Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Pendahuluan
Kebersihan diri - penting - kehidupan - menjaga kebersihan diri

Isi-isi
- mandi - dua kali sehari
- membersihkan - badan - kepala - kaki - sabun dan air yang bersih
- mencuci rambut - syampu - mengelakkan - berkelemumur dan berkutu

- selepas mandi- memakai pakaian yang bersih


- Pakaian - ditukar setiap hari
- Pakaian yang kotor – dicuci
- Kawan-kawan - menjauhi - kotor dan berbau busuk

- memotong kuku – panjang


- kuman mudah membiak di celah-celah kuku –
- perlu menggosok gigi tiap-tiap hari
- berkumur selepas makan - sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi
- membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun - gigi - sihat dan kuat

- menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal


- persekitaran - yang bersih mencerminkan imej - personaliti –
- orang yang bersih akan disenangi oleh orang lain
- menanam tin-tin kosong, membersihkan longkang - sampah sarap dibuang ke dalam tong sampah -
mengelakkan pembiakan –
-  Tikus dan lalat -membawa jangkitan penyakit -

Penutup
- kebersihan - asas kesihatan
- menjaga kebersihan diri, - tidak - dijangkiti penyakit
- Orang yang bersih dan sihat - ceria
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri
Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah menjaga
kebersihan diri.

Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita hendaklah membersihkan semua
anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan air yang bersih. Kita juga
mestilah mencuci rambut menggunakan syampu untuk mengelakkan rambut berkelemumur dan
berkutu.

            Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian yang kita pakai mestilah
ditukar setiap hari. Pakaian yang kotor mesti dicuci. Kawan-kawan akan menjauhi kita jika kita kotor
dan berbau busuk.

Selain itu, kita mestilah memotong kuku tangan dan kaki yang panjang. Hal ini demikian kerana kuman
mudah membiak di celah-celah kuku tangan dan kaki yang panjang. Bukan itu sahaja, kita perlu
menggosok gigi tiap-tiap hari. Kita juga hendaklah berkumur selepas makan agar sisa makanan tidak
melekat di celah-celah gigi. Kita hendaklah membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun untuk
memastikan gigi kita sentiasa sihat dan kuat.

Di samping itu, kita mestilah menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal. Persekitaran tempat
tinggal yang bersih mencerminkan imej dan personaliti kita. Orang yang bersih akan disenangi oleh
orang lain. Justeru, kita perlu menanam tin-tin kosong, membersihkan longkang yang tersumbat dan
memastikan sampah sarap dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan pembiakan haiwan
perosak.  Tikus dan lalat boleh membawa jangkitan penyakit kepada kita.

Pendek kata, kebersihan adalah asas kesihatan. Jika kita menjaga kebersihan diri, kita tidak akan
mudah dijangkiti penyakit. Orang yang bersih dan sihat juga akan hidup ceria.

Anda mungkin juga menyukai