Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah
menjaga kebersihan diri.

Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita hendaklah


membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan
sabun dan air yang bersih. Kita juga mestilah mencuci rambut menggunakan
syampu untuk mengelakkan rambut berkelemumur dan berkutu.

Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian


yang kita pakai mestilah ditukar setiap hari. Pakaian yang kotor mesti dicuci. Kawan-
kawan akan menjauhi kita jika kita kotor dan berbau busuk.

Selain itu, kita mestilah memotong kuku tangan dan kaki yang panjang.
Hal ini demikian kerana kuman mudah membiak di celah-celah kuku tangan dan kaki
yang panjang.

Bukan itu sahaja, kita perlu menggosok gigi tiap-tiap hari. Kita juga
hendaklah berkumur selepas makan agar sisa makanan tidak melekat di celah-celah
gigi. Kita hendaklah membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun untuk memastikan
gigi kita sentiasa sihat dan kuat.

Di samping itu, kita mestilah menjaga kebersihan kawasan tempat


tinggal. Persekitaran tempat tinggal yang bersih mencerminkan imej dan
personaliti kita. Orang yang bersih akan disenangi oleh orang lain.

Kesimpulannya, kebersihan adalah asas kesihatan. Jika kita menjaga


kebersihan diri, kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Orang yang bersih dan
sihat juga akan hidup ceria.

ISI TERSURAT (Isi penting berdasarkan tajuk)

Perenggan 1 :
_______________________________________________________________________

Perenggan 2:
_______________________________________________________________________

Perenggan 3 :
_______________________________________________________________________
Perenggan 4 :
_______________________________________________________________________

Perenggan 5 :
_______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai