Anda di halaman 1dari 1

Contoh Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakanrakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Caracara Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagian hidup kita. Kita mesti
memastikan supaya telinga kita berada dalam keadaan yang bersih. Kita
perlu membersihkan telinga kita sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi
sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan
menjadi sihat dan cergas.
Kita hendaklah memotong kuku supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman
akan melekat pada kuku kita. Kuman tersebut boleh tersebar ke dalam badan
kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita dihinggapi
penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lain-lain lagi.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut. Kita mestilah menggunakan syampu
untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi
kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh
itu, kita mestilah menanamkan sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk
kebahagiaan hidup kita.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai