Anda di halaman 1dari 13

Topik2 X UrusDiri

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: (a) (b) (c) (d) Menunjukkan cara-cara membersihkan anggota badan dengan betul; Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan badan; Menghuraikan cara-cara berdandan dan kepentingan berdandan; dan Menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara menguruskan diri semasa kedatangan haid.

PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui, proses menjaga kesihatan adalah satu proses yang berterusan. Kita perlu menyedari dan mengamalkan langkah-langkah yang betul bagi menjamin kesihatan diri yang optimum. Pengenalpastian tabiat kebersihan diri yang asas adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Tabiat yang baik adalah pelindung yang utama bagi menjamin kesihatan.

2.1

AMALAN KEBERSIHAN

Setiap orang perlu menjaga kesihatan diri sendiri. Badan yang sihat akan menjadikan hidup kita lebih sempurna dan bahagia. Kebersihan adalah asas utama kepada penjagaan kesihatan. Sekarang kita akan melihat amalan kebersihan ini dari beberapa aspek seperti agama, ekonomi dan juga sosial (rujuk Jadual 2.1)

TOPIK 2

URUS DIRI

27

Jadual 2.1: Amalan Kebersihan dari Aspek Agama, Ekonomi dan Sosial No. 1 Aspek Agama Penerangan Agama menekankan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan hidup yang bersih ditekankan untuk menjamin kesejahteraan hidup. Kebersihan diri juga merupakan tuntutan utama apabila seseorang menghampiri Tuhan. Kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perladangan dan perindustrian juga perlu mengutamakan kebersihan. Masalah pencemaran alam perlu dikurangkan. Kesihatan yang terganggu akan menjejaskan aktiviti ekonomi. Dengan menjaga kebersihan diri, kita dapat mengelakkan jangkitan penyakit, wabak penyakit dan menjaga persekitaran alam. Taraf kesihatan akan dapat ditingkatkan.

Ekonomi

Sosial

2.1.1

Menama dan Melabel Anggota Badan

Murid-murid berkeperluan adalah murid-murid yang istimewa. Anda haruslah mengajar mereka tentang setiap anggota badan supaya mereka mengetahui yang mana satu tangan, kaki, muka dan sebagainya.

Rajah 2.1: Melabel anggota badan

28 X

TOPIK 2 URUS DIRI

2.1.2

Menama dan Melabel Alat Penjagaan Diri dan Fungsi


Jadual 2.2: Alat-alat Penjagaan Diri

No. 1

Alat-alat Penjagaan Diri Sikat

Penerangan Digunakan untuk menyikat rambut. Rambut perlulah disikat dengan rapi agar kelihatan kemas dan terurus. Bagi individu yang menghadapi masalah seperti kutu, seharusnya tidak berkongsi sikat dengan orang lain kerana dikhuatiri akan berjangkit.

Sabun

Digunakan ketika mandi untuk membersihkan badan supaya badan kita tidak berbau dan sentiasa bersih dan segar.

Berus dan ubat gigi

Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan gigi. Gigi hendaklah sentiasa diberus tiga kali sehari selepas makan dan sebelum tidur.

Ketika mandi kita hendaklah mencuci rambut dengan syampu rambut yang sesuai agar rambut kelihatan bersih, segar, berkilau dan mudah diurus.

Syampu rambut

TOPIK 2

URUS DIRI

29

Lelaki atau perempuan perlu sentiasa menjaga kebersihan muka atau wajah agar kelihatan bersih. Jadi pembersih muka perlulah digunakan untuk membersihkan muka agar segala kotoran dan habuk dapat disingkirkan. Pembersih muka

2.1.3

Cara-cara Membersihkan Setiap Anggota Badan dengan Betul

Para pelajar sekalian, murid-murid khas juga perlu diajar dan dilatih cara-cara bagaimana mereka perlu membersihkan anggota badan mereka. Anda boleh mengajar mereka dengan cara mendemonstrasikannya di dalam kelas. Apa kata sekarang kita lihat dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda patut menjelaskan kepada murid-murid anda tentang cara-cara membersihkan anggota-anggota badan seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci rambut, memotong kuku, mandi dan juga memberus gigi. (a) MencuciTangan Biasanya kita menggunakan tangan untuk menyentuh benda dan memegang sesuatu tidak kira bersih atau kotor. Jadi kita mestilah mencuci tangan dengan baik sebelum memegang makanan untuk dimakan. Ini adalah untuk memastikan segala kekotoran di tangan tidak bercampur dengan makanan yang kita akan makan. Membersihkan tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas makan dan mengeringkannya adalah satu amalan yang baik.

Rajah 2.2: Tangan mestilah dicuci sebelum menyentuh makanan

30 X

TOPIK 2 URUS DIRI

b)

MenjagaKaki Kaki kita digunakan untuk membawa kita ke sana dan ke mari. Ia adalah anggota yang terletak di paras paling bawah sekali jika dibandingkan dengan anggota-anggota yang lain. Kita perlu menjaga kebersihan kaki dengan memakai alas kaki seperti kasut dan selipar di mana sahaja kita berada. Kaki hendaklah dibasuh dengan bersih dan dikeringkan. Cacingcacing yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar boleh memasuki tubuh badan kita melalui kaki. Memakai stoking ketika memakai kasut amatlah digalakkan untuk menjaga kebersihan kaki.


Rajah 2.3: Pakai kasut sebelum kita keluar untuk berjalan-jalan

(c)

Mencuci Rambut Berapa kalikah dalam seminggu kita mencuci rambut? Adakah kita menggunakan syampu yang sesuai dengan rambut kita? Adakah rambut kita selalu diberus? Memberus rambut setiap hari boleh membaiki peredaran darah ke kulit kepala, leher dan bahu kita. Semasa memberus atau menyikat, jangan tekan kulit kepala terlalu kuat. Ini bertujuan untuk mengelakkan kerosakan kulit kepala. Menggunakan syampu yang sesuai dapat menghilangkan minyak yang berlebihan pada rambut dan habukhabuk yang melekat di rambut. Rambut eloklah dipotong pendek supaya senang diurus. Mengurut kulit kepala juga dapat menolong menjadikan rambut kita sihat.

TOPIK 2

URUS DIRI

31

Rajah 2.4: Maklumkan kepada murid-murid anda untuk mencuci rambut apabila mandi

(d)

Memotong Kuku Kecantikan kuku adalah bergantung kepada kesihatannya dan cara bagaimana kita hendak menguruskannya. Kuku hendaklah sentiasa pendek supaya kekotoran yang tersentuh tidak terkumpul dalam kuku. Kebersihan kuku tangan hendaklah dijaga dengan rapi. Kuku yang tidak cantik menggambarkan kesihatan diri yang kurang baik.

Rajah 2.5: Elakkan jangkitan kuman dengan memastikan kuku sentiasa pendek

(e)

Mandi Mandi adalah satu cara untuk membersihkan tubuh badan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Apabila mandi, pastikan setiap tempat terkena sabun dan selepas mandi pastikan pula seluruh badan dikeringkan dengan tuala yang bersih. Perhatian yang lebih harus diberikan terutamanya pada tempat-tempat yang tersembunyi seperti ketiak, celah-celah jari, kulit kepala, telinga dan sebagainya.

32 X

TOPIK 2 URUS DIRI

Rajah 2.6: Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk kebersihan diri

(f)

Memberus Gigi Kita perlu memberus gigi terutamanya selepas makan, sebelum tidur dan selepas tidur. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan makanan yang melekat dicelah-celah gigi. Rajah2.6: Ajar murid-murid anda untuk memberus gigi setiap hari

2.1.4

Kepentingan Menjaga Kebersihan Badan

Setiap individu bertanggungjawab terhadap kesihatannya sendiri. Menjaga kesihatan diri tidak boleh diharapkan kepada orang lain. Penjagaan kesihatan diri bukanlah setakat menjaga makan dan minum supaya tidak lapar dan dahaga. Ia merangkumi penjagaan terhadap seluruh anggota badan zahir dan batin. Ini termasuklah penjagaan terhadap rambut, telinga, mata, gigi, badan dan sebagainya. Selain daripada anggota badan, menjaga kebersihan pakaian seperti baju, seluar, pakaian dalam, sarung kaki dan kasut juga amat penting.

TOPIK 2

URUS DIRI

33

Penjagaan kesihatan diri bukanlah merupakan satu tanggungjawab sementara waktu sahaja tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang berterusan dengan tidak mengambil kira masa atau tempat. Ini bertujuan untuk menjamin supaya kita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. Oleh itu, tubuh badan kita hendaklah sentiasa bersedia setiap masa menghadapi sebarang kemungkinan.

2.2

BERDANDAN

Berdandan adalah satu aktiviti yang sangat digemari terutamanya oleh golongan wanita. Ia dapat memupuk dan mendidik diri kita agar sentiasa suka kepada kebersihan dan menjaga penampilan diri agar kelihatan sentiasa kemas, cantik dan segak. Apabila diri kita kelihatan kemas, cantik dan segak ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri seseorang individu itu untuk berhadapan dengan orang ramai.

2.2.1
x x x x x x x Sikat; Bedak;

Alat-alat Dandanan

Antara alat-alat dandanan yang sering digunakan ialah:

Minyak wangi; Losen; Lipstik (Perempuan); Minyak rambut; dan Lain-lain lagi.

2.2.2

Cara Menggunakan Alat Dandanan dengan Betul

Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat dandanan dengan betul. (a) Sikat hendaklah digunakan untuk menyikat rambut agar rambut terurus dengan rapi dan kemas. Gunakan sikat yang bersesuaian dengan individu. Diingatkan agar tidak menggunakan sikat yang terlalu tajam giginya. Ini kerana ia boleh mencederakan kulit kepala.

34 X

TOPIK 2 URUS DIRI

(b)

Bedak terbahagi kepada dua iaitu bedak badan dan bedak muka. Bedak badan selalunya berwarna putih, berbentuk serbuk dan berbau wangi. Manakala bedak muka berbentuk padat, berwarna coklat dan sebaginya (mengikut warna kulit) dan tidak berbau. Bedak muka ini sering digunakan oleh golongan wanita. Bedak badan digunakan sesudah mandi agar badan kita berasa sentiasa segar dan selesa apabila hendak memakai baju.

2.2.3

Kepentingan Berdandan dan Menjaga Kebersihan Diri

Seterusnya kita akan melihat pula kepentingan berdandan dan menjaga kebersihan diri. (a) Menjaga kesihatan Berdandan dan menjaga kebersihan diri amat penting kerana ia mempengaruhi kesihatan setiap individu. Jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat ini, pasti kita akan jatuh sakit dan sekali gus tidak dapat menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak serta diri kita sendiri. Dengan ini keadaan atau suasana akan menjadi tidak ceria dan memberangsangkan. Menjaga penampilan Apabila kita berdandan dan menjaga kebersihan diri, sekali gus ia dapat membentuk dan menjaga penampilan kita agar kelihatan kemas, bersih dan terurus apabila berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu, penampilan diri perlu dititikberatkan kerana ia dapat membina keyakinan diri dalam apa juga keadaan dan situasi. Membina keyakinan diri Kita akan sentiasa berasa yakin dan bermotivasi dalam melakukan sebarang aktiviti dalam apa juga keadaan kerana kita sentiasa berdandan dan menjaga kebersihan diri. Bukan sahaja memberi keyakinan pada diri sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling kita. Menjaga hubungan Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mempunyai hubungan baik sama ada dengan ahli keluarga sendiri mahupun dengan masyarakat luar. Oleh yang demikian, faktor kebersihan diri amat memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan. Ini kerana sekiranya kita berada dalam keadaan yang tidak terurus dan compang-camping sudah pasti kita akan disisihkan, ditertawakan dan dihina; sekali gus ini menyebabkan orang tidak mahu

(b)

(c)

(d)

TOPIK 2

URUS DIRI

35

berkawan dan mendampingi diri kita yang sentiasa dalam keadaan berbau busuk dan kotor. (e) Kelihatan cantik dan segak Setiap manusia inginkan penampilan yang menarik. Jadi kita seharusnya berusaha ke arah itu. Cantik dan segak adalah sifat-sifat yang diinginkan oleh semua orang. Seharusnyalah kita sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa berdandan agar kelihatan cantik dan segak. Apabila kita sentiasa cantik dan segak maka orang akan sentiasa memuji dan tertarik dengan kita dan sekali gus ingin berdamping dengan kita.

2.3

MENGURUS DIRI SEMASA KEDATANGAN HAID

Dahulu masyarakat Barat menganggap haid sebagai satu yang memalukan dan perlu dirahsiakan. Kini, walaupun maklumat tentang haid tersebar luas, para remaja masih lagi menganggap haid sebagai sesuatu yang negatif iaitu sebagai satu tempoh ketidak selesaan dan menyusahkan yang mengganggu kerja sekolah dan aktiviti sukan. Sikap ini mungkin berpunca daripada ibu atau kawan-kawan yang mungkin menggelar haid sebagai waktu uzur ataupun mereka mungkin beranggapan demikian setelah membaca buku dan risalah tertentu. Biasanya bahan-bahan bacaan memberikan gambaran yang salah tentang haid dan membayangkan waktu itu sebagai kejadian yang misteri, memalukan dan tidak boleh dibincangkan dengan orang lain. Maklumat yang diberikan juga biasanya memberi penekanan kepada apa yang harus dirasai oleh gadis dan apa yang harus dia lakukan untuk menjamin kebersihan haid dan tidak membiarkan gadis berkenaan membuat penilaian sendiri tentang perasaannya terhadap haid.

2.3.1

Persediaan Sebelum Kedatangan Haid

Sebagai seorang guru, anda harus menerangkan kepada murid-murid perempuan atau para gadis tentang persediaan sebelum kedatangan haid. Murid-murid perlu diberi nasihat agar mengamalkan kebiasaan menandakan di kalendar tentang tarikh permulaan haid dan juga tarikh berakhirnya haid. Amalan ini adalah penting kerana dengan mencatatkan tarikh tersebut, mereka akan mengetahui pola atau corak pusingan haid mereka. Dengan cara ini juga, mereka akan dapat meramal bila pusingan haid pada bulan hadapan. Ini akan membantu mereka membuat persediaan seperti membawa tuala wanita ke sekolah.

36 X

TOPIK 2 URUS DIRI

2.3.2

Penjagaan Kesihatan Diri Ketika Kedatangan Haid

Setiap murid yang kedatangan haid perlu diberitahu dan diterangkan bahawa mereka perlu memakai tuala wanita atau tampon yang bersih. Pemakaian tuala wanita juga harus ditukar setiap 3 hingga 4 jam. Mereka juga harus dinasihatkan agar menggunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Penggunaan tampon yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya Toxic Shock Syndrome yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa. Di samping itu, penyakit yang berkaitan dengan haid adalah penyakit vagnitis iaitu jangkitan atau ketumbuhan pada faraj. Gadis atau wanita mengeluarkan sedikit sahaja darah haid. Ini adalah hasil keseimbangan asid-asid yang ada dalam faraj. Jika keseimbangan ini terganggu, bakteria boleh membiak dan menjangkiti dinding faraj. Antara sebab-sebabnya adalah: (i) (ii) Pengambilan antibiotik terlalu lama Terlebih tidur

(iii) Pemakanan yang tidak seimbang (iv) Pengambilan pil perancang (v) Masalah faraj

2.3.3

Pembersihan Diri Selepas Kedatangan Haid

Anda juga harus menerangkan kepada murid-murid tentang pembersihan diri selepas kedatangan haid. Menjaga kebersihan diri selepas kedatangan haid adalah amat penting. Antara perkara yang perlu disampaikan kepada muridmurid adalah: (i) (ii) Jangan basah atau basuh kemaluan dengan sabun atau pun buih Memakai pakaian dalam yang selesa

(iii) Sentiasa menukar tuala wanita atau tampon 3 hingga 4 jam sekali ketika didatangi haid (iv) Bahagian kemaluan hendaklah sentiasa kering

SEMAK KENDIRI 1.5

TOPIK 2

URUS DIRI

37

x x

Urus diri merupakan kemahiran asas yang sangat penting diajar kepada murid-murid berkeperluan khas. Aspek kebersihan diri hendaklah menjadi fokus utama kerana murid-murid khas tidak akan selama-lamanya bergantung pada orang lain terutama ibu bapa untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan dirinya seperti ke tandas, menggosok gigi, mandi dan sebagainya. Amalan kebersihan adalah penting bagi menjamin diri kita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. Murid-murid perlu diajar tentang cara-cara membersihkan anggota-anggota badan seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci rambut, memotong kuku, mandi dan juga memberus gigi. Pengajaran perlu dibuat secara amali kerana murid-murid khas lebih mudah memahami melalui cara ini. Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat dandanan dengan betul seperti cara menggunakan sikat serta bedak. Kepentingan berdandan adalah seperti menjaga kesihatan, menjaga penampilan membina keyakinan diri, menjaga hubungan dan juga supaya kelihatan cantik dan segak. Para pelajar perlu diterangkan tentang bagaimana menguruskan diri mereka semasa kedatangan haid iaitu dari segi:    Persediaan sebelum kedatangan haid; Penjagaan kebersihan diri semasa kedatangan haid; dan Membersihkan diri selepas kedatangan haid.

x x

x x x

Optimum Toxic Shock Syndrome Vagnitis

38 X

TOPIK 2 URUS DIRI

x x

Hallahan, D. & Kauffman (2003). Exceptional Children: Introduction To Special Education. Boston: Allyn and Bacon. Heward, W. (2003). Exceptional Children: An Introduction To Special Education. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai