Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,para hakim yang arif, guru-

guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan cerita yang bertajuk "Rusa yang
Bongkak".

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu berasa bangga
melihat tanduknya yang cantik ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada
dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. Rusa mahu
kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki.

Pada suatu hari, rusa terdengar seekor anjing sedang dikejar oleh
pemburu. Rusa berasa takut lalu berlari sekuat hati. Tiba-tiba tanduknya tersangkut
pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu bertambah cemas apabila
kedengaran jeritan anjing semakin dekat.

Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu menolongnya melepaskan


diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit. Rusa itu berjaya melarikan diri kerana ia
boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu. Sedarlah rusa itu
bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar, para hakim yang arif, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan cerita yang bertajuk "Belalang dan
Semut".

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi
dan menari. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Belalang mempunyai
ramai teman di dalam taman itu, mereka sering bermain dan menyanyi bersama-
sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain


tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung
sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia
asyik menyanyi dan menari sendirian.

Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Ia
berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.Belalang berasa menyesal
kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan. Akhirnya belalang
jatuh sakit.

Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya
dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di
atas katil di rumah.

Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang.
Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat
daripada rakannya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,para hakim yang arif, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia
ini, saya ingin menyampaikan cerita yang bertajuk "Sang Monyet yang Degil".

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun bersama rakannya Sang kura-
kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang
kelihatan amat kelaparan sekali.

"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang
Monyet dengan sedih. "Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku
makan", kata Sang Monyet tadi.

Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang
Monyet seperti itu. "Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.

"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", seloroh Sang Monyet gembira.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet


berasa tamak.

"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet.

"Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.

Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus
meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya.

Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,

"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",

Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi
menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-
gelengkan kepala mereka.

Anda mungkin juga menyukai