Anda di halaman 1dari 2

AMALAN KEBERSIHAN

DIRI
Kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kebersihan diri
membantu kita untuk menjadikan badan kita sihat dan cergas. Badan kita juga
hendaklah sentiasa bersih daripada menghindari sebarang
penyakit.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya
badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena
penyakit kulit dan berbau. Sewaktu mandi, kita hendaklah
menggunakan

sabun

untuk

menghilangkan

kekotoran.

Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.


Selepas makan, kita hendaklah menggosok gigi untuk
menghilangkan sisa makanan. Kebersihan gigi amat
penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta
menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan
orang ramai. Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan
bertambah manis.
Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh
menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu
mengandungi kuman. Kuman boleh tersebar ke dalam badan kita semasa
kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit
dan sebagainya.
Rambut ialah mahkota diri seseorang. Kita perlu menyikat
rambut setiap hari supaya nampak kemas. Rambut yang
panjang dan tidak terurus haruslah dipotong. Jika perlu,
gunalah pencuci rambut agar rambut kita kelihatan lembut dan
cantik.

Rambut

yang

bersih

tidak

kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

mudah

dihinggapi

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh


itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan
kebahagiaan hidup kita.

JAGALAH KEBERSIHAN DIRI


UNTUK KEBAHAGIAAN HIDUP
KITA !!!!

Anda mungkin juga menyukai