Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Menulis Tahun 1

Standard Kandungan 3.2. Menulis secara mekanis berdasarkan bahan


yang diberi dengan betul dan kemas.

Standard Pembelajaran 3.2.5. Menulis frasa yang mengandungi perkataan


dua atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul dan tulisan yang kemas.
Penerangan Frasa : frasa ialah binaan yang boleh terdiri
daripada satu patah kata atau rentetan
beberapa patah kata yang berfungsi sebagai
konstituen dalam ayat.
 Dua suku kata :
 Tiga suku kata :
 Diftong :
 Vokal berganding:
 Digraf :
 Konsonan bergabung :
Tulisan yang kemas : memerlukan cara memegang
pensel , menulis bentuk huruf
dengan cara yang
betul,penggunaan kosa kata
pengecaman dan minat untuk
menulis.
Aktiviti Aktiviti antara guru dan murid-murid.
Menggunakan kaedah ‘ANJULANG’ (Ansur Maju
Berulang)
 Menggunakan bahan inovasi kad roda
berputar, peta I-Think dan kertas garis tiga.
 Murid didedahkan dengan objektif atau
tajuk pembelajaran terlebih dahulu.
(Membaca dan menulis perkataan suku
kata terbuka).
 Setiap murid diberikan kad roda berputar
yang mengandungi gambar dan suku kata
terbuka untuk dipadankan.
 Murid diberikan papan putih yang bersaiz
A4 berserta ‘marker’ untuk menulis
perkataan yang dipadankan.
 Kemudian, guru mendedahkan murid
dengan penulisan peta I-Think (menulis
semula tajuk dan cabang isi.
 Pengukuhan, guru menyediakan kertas
bergaris tiga untuk menulis semua
perkataan yang dipadankan dengan
menunjukkan cara penulisan yang kemas.
 Penilaian, guru boleh menyuruh pelajar
melengkapkan ayat berdasarkan frasa
yang diberi. (ditulis)

Aktiviti antara murid-murid


Aktiviti bermain puzzle
 Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil.
 Guru menyediakan puzzle di dalam
sampul untuk diselesaikan oleh murid-
murid.
 Apabila puzzle sudah selesai, murid-murid
diminta untuk menulis benda yang
terdapat dalam gambar yang telah
digabungkan.
 Murid juga diminta untuk membaca
semula dengan kuat perkataan yang
ditulis.

Anda mungkin juga menyukai