Anda di halaman 1dari 11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR MURID TERHADAP PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Shatyawathi A/P Somasundharam


Pn. Sakila Binti Dollah
BM3 SJKT
satya_soma@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun empat di sebuah
sekolah bandar. Fokus kajian ini tertumpu kepada penyelesaian masalah kemahiran bertutur
peringkat maju murid. Kajian ini memberi fokus kepada tujuh aspek iaitu, berani untuk tampil
ke hadapan, boleh bertutur dengan baik dan yakin, boleh menjawab soalan lisan dengan
baik, boleh bertutur berpandukan gambar, boleh memberikan pendapat tentang sesuatu
gambar, isu, ataupun topik dan boleh melahirkan idea dan dapat membicarakannya dengan
baik dan yakin. Sasaran kajian ini adalah murid-murid darjah 4 yang lemah dalam kemahiran
bertutur peringkat maju. Kajian ini merupakan jenis kajian tindakan yang mengaplikasikan
Model Kajian Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Kajian ini dirancang dengan tiga
tindakan iaitu, ‘Saya Yakin Saya Boleh’, ‘Satu Sampai Mampu’ dan ‘Fikir, Gabung dan
Kongsi’. Pemerhatian dengan menggunakan senarai semak, rakaman video, gambar, soal
selidik, ujian awal dan ujian akhir serta temu bual digunakan sebagai instrumen utama dalam
kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan dalam kemahiran
bertutur murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selepas kajian
ini dilaksanakan. Kajian ini dapat meningkatkan minat murid dalam kemahiran bertutur dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran bertutur murid dalam
peringkat maju perlu diberi penekanan yang berterusan agar dapat meningkatkan pencapaian
murid. Penguasaan kemahiran bertutur dapat melahirkan murid yang berketerampilan dalam
berbahasa terutamanya dalam bahasa lisan dan boleh menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan dan bertatasusila.

Kata kunci: kemahiran bertutur, pemerhatian, bahasa lisan, berketerampilan bahasa,


berbicara

PENGENALAN

Kemahiran bertutur merupakan salah satu unsur komunikasi yang sangat penting untuk
kanak-kanak. Siti Abdul Hajar (2008) pula berpendapat bahawa kemahiran bertutur
merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Kemahiran bertutur
menjadi salah satu unsur komunikasi yang sangat penting untuk kanak-kanak. Hal ini kerana,
seseorang kanak-kanak dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran bertutur di sekolah rendah dalam pengajaran
Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Keupayaan untuk
menuturkan sesuatu akan mempercepatkan kefahaman murid. Meningkatkan kemahiran dan
kecekapan murid dalam kemahiran bertutur dalam peringkat maju menjadi salah satu
cabaran yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah rendah. Kajian tindakan yang saya
cadangkan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam pembelajaran
Bahasa Melayu.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, didapati beberapa masalah
yang dikenal pasti dalam kelas 4B. Masalah yang saya dapati paling ketara dan memerlukan
perhatian serta tindakan yang khusus untuk diselesaikan adalah masalah kemahiran bertutur.
Kewujudan masalah ini dalam kelas 4B dapat dibuktikan dengan jelas melalui pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, temu bual dengan guru bahasa Malaysia dan
rakan sekelas peserta kajian serta rakaman video. Saya memilih fokus kajian berdasarkan
kriteria-kriteria seperti kepentingan, kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi
dan kerelevenan kepada sekolah. Saya memberi fokus utama kepada peningkatan
kemahiran bertutur murid tahun 4 dalam peringkat maju berdasarkan aspek-aspek berikut.

Boleh
Berani Boleh
Boleh memberikan Boleh melahirkan
untuk menjawab
bertutur Boleh bertutur pendapat idea dan dapat
tampil ke soalan
dengan berpandukan tentang membicarakannya
hadapan lisan
baik dan gambar sesuatu dengan baik dan
dan dengan
yakin gambar/ isu/ yakin
bertutur baik
topik

Rajah 1. Fokus kemahiran bertutur yang dikaji

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Perancangan kajian tindakan saya mempunyai objektif seperti berikut :

i. Meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu.
ii. Meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu dengan tindakan yang dijalankan.
iii. Mengesan perubahan minat murid dalam kemahiran bertutur murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Soalan Kajian

i. Adakah kemahiran bertutur murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu dapat ditingkatkan?
ii. Adakah kemahiran bertutur murid dapat ditingkatkan dengan tindakan yang
dijalankan?
iii. Adakah terdapat perubahan minat murid dalam kemahiran bertutur murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setelah kajian ini selesai
dilaksanakan?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian yang dipilih merupakan murid tahun 4B dari Sekolah L yang terletak di daerah
Kota Bharu. Kelas 4B merupakan kelas pertama daripada empat kelas tahun 4 di sekolah ini.
Kebanyakan murid di kelas ini menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik.
Namun, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai kemahiran bertutur
peringkat di peringkat maju. Menyedari masalah mereka, saya berasa bertanggungjawab
untuk memperbaiki amalan pengajaran saya dalam menangani masalah yang dihadapi murid.

Jadual 1
Maklumat Peserta Kajian Tahun 4B 2016

PESERTA / PERKARA PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2


JANTINA PEREMPUAN PEREMPUAN
TARAF SOSIOEKONOMI
KELUARGA SEDERHANA SEDERHANA
TAHAP KESIHATAN SIHAT SIHAT
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Bagi mengatasi masalah kemahiran bertutur dalam kalangan murid Tahun 4B, tindakan ‘Saya
Yakin Saya Boleh”, “Dari Satu Sampai Mampu” dan “Fikir, Gabung dan Kongsi dijalankan.
Ketiga-tiga tindakan ini dijalankan untuk dua orang peserta kajian dan dua orang peserta
tambahan untuk membantu peserta kajian. Sepanjang ketiga-tiga tindakan ini dilaksanakan
peserta kajian kekal dalam kumpulan berdua dengan pasangannya iaitu peserta tambahan
untuk membantu peserta kajian untuk menguasai kemahiran bertutur dalam peringkat maju.
Berikut merupakan jadual pelaksanaan tindakan kajian ini.

Peserta Kajian

Ujian Awal

Pemerhatian Awal

Tindakan 1 : Saya Yakin Saya Boleh

Tindakan 2 : Dari Satu Sampai Mampu

Tindakan 3 : Fikir, Gabung dan Kongsi

Ujian Akhir

Pemerhatian Akhir

Rajah 2 : Langkah perancangan pelaksanaan kajian tindakan

Tindakan 1 : Saya Yakin Saya Boleh

Tindakan ‘Saya Yakin Saya Boleh’ adalah tindakan yang berkonsepkan motivasi. Tindakan ini
merangkumi tiga aktiviti yang bertujuan meningkatkan keyakinan diri murid untuk bertutur di
hadapan ramai seperti berikut.

• Aktiviti 'Motivasi Diri' ini adalah satu aktiviti di mana murid dipaparkan slaid 'Powerpoint'
yang disediakan oleh guru tentang kecacatan bibir dan mulut serta pelbagai masalah yang
dihadapi oleh mereka kerana tidak boleh bertutur. Guru meminta murid untuk memberikan
Motivasi Diri pendapat mereka tentang video tersebut. Kemudian, guru dengan berbantukan slaid
memberi motivasi kepada murid untuk menggunakan keistimewaan bertutur yang diberikan
oleh Tuhan untuk bertutur dengan baik. Selepas diberi motivasi, murid menyanyi lagu
"Gemuruh".

• Aktiviti 'Kerjaya Saya' dimulakan dengan guru memaparkan slaid tentang kepentingan
kemahiran bertutur dalam kehidupan seharian. Seterusnya, murid diedarkan kertas
lembaran kerja untuk menulis cita-cita mereka serta melukis diri mereka sebagai seorang
Kerjaya
yang berkerjaya pada masa hadapan. Murid diminta melabelkan gambar yang dilukis
Saya
dengan kelebihan dan kekurangan diri. Seterusnya, murid diminta untuk menulis tentang
kepentingan kemahiran bertutur untuk kerjaya pilihan mereka dan berkongsi dengan rakan-
rakan lain di hadapan.

• Aktiviti 'Surat Untuk Diri' bertujuan memberikan peluang kepada murid untuk menulis surat
untuk diri sendiri tentang kelemahan bertutur mereka dan memberi keyakinan diri kepada diri
Surat Untuk sendiri untuk mengatasi masalah ini. Surat-surat yang ditulis ini dimasukkan dalam sampul
Diri surat dan disimpan oleh guru. Selepas pelaksanaan keempat-empat tindakan selesai, murid
diberi semula salinan surat mereka untuk menyedari perubahan yang berlaku dalam diri
mereka terhadap kemahiran ini.

Rajah 3. Aktiviti-aktiviti dalam tindakan 1

Tindakan 2 : Dari Satu Sampai Mampu

Tindakan ‘Dari Satu Sampai Mampu’ bertujuan merangsang murid untuk mengembangkan
ayat dengan memikirkan idea dan menyampaikannya. Peserta-peserta dibahagikan kepada
dua kumpulan. Peserta kajian masing-masing dilantik sebagai ketua kumpulan dan diminta
untuk tampil ke hadapan dan mengambil satu kad bergambar. Selepas memilih kad, peserta
kajian mula menyebut satu ayat pendek tentang gambar tersebut. Pasangannya
mengembangkan ayat tersebut dengan menambah satu perkataan dalam ayat yang
diucapkan tadi. Kedua-dua peserta masing-masing menambah perkataan dalam ayat dan
mengembangkan ayat tersebut setakat mampu. Satu mata diberikan kepada setiap ayat yang
diujarkan dengan betul. Langkah ini diulang semula sebanyak sepuluh kali secara bergilir-gilir
oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang mengumpul mata yang banyak diumumkan sebagai
pemenang dan diberi hadiah sebagai peneguhan.

Tindakan 3 : Fikir, Gabung dan Kongsi

Tindakan ini merupakan aktiviti yang diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan fokus
kajian dari strategi ‘Think-Pair-Share’. Peserta-peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Peserta kajian masing-masing dilantik sebagai ketua kumpulan. Guru memaparkan soalan
dan murid dikehendaki menulis isi atau idea mereka dalam lembaran yang diberi. Kemudian
peserta kajian bergabung dengan rakan sekumpulan mereka dan berbincang tentang apa
yang mereka menulis serta apa yang mereka hendak berkongsi di hadapan. Setiap kumpulan
tampil ke hadapan dan berkongsi idea mereka secara lisan. Aktiviti ini memberi peluang
kepada peserta kajian untuk menghuraikan idea mereka secara lisan.

Kaedah Mengumpul Data

Dalam kajian ini, data dikumpul berasaskan beberapa sumber seperti pemerhatian, temu
bual, dan ujian awal dan ujian akhir. Bagi melihat keberkesanan kaedah ini, ujian penilaian
dijalankan untuk melihat perkembangan dan kemajuan murid dalam kajian tindakan yang
dijalankan. Pemerhatian dilakukan ke atas peserta kajian sebelum, semasa dan selepas
melaksanakan tindakan yang dirancang.

Cara Menganalisis Data

Cara penganalisisan data untuk kajian ini dilaksanakan dengan membandingkan setiap
instrumen kajian yang digunakan sebelum dan selepas kajian. Analisis data ini bertujuan
untuk mengetahui sama ada objektif kajian tercapai atau sebaliknya. Bagi menganalisis data
yang diperoleh melalui instrumen pemerhatian, borang senarai semak kemahiran bertutur
disediakan. Hasil pemerhatian sepanjang proses pelaksanakan kajian dihuraikan dengan
membanding bezakan setiap perubahan yang dilihat dalam diri murid terhadap kemahiran
bertutur. Kriteria penskoran yang disediakan dirujuk untuk menganalisis data yang diperoleh
melalui pemerhatian sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan tindakan. Dapatan data
melalui pemerhatian disokong dengan instrumen-instrumen tambahan seperti rakaman video,
gambar dan nota lapangan.

Cara Menyemak Data

Teknik menyemak data yang saya gunakan dalam kajian ini adalah teknik triangulasi, iaitu
triangulasi kaedah, masa dan sumber. Triangulasi kaedah diaplikasikan dengan membuat
perbandingan antara sumber data yang dikumpul seperti rakaman video, nota lapangan,
temu bual, borang soal selidik dan rekod perkembangan prestasi peserta kajian.
Perbandingan sumber-sumber ini membantu saya untuk menyemak kredibiliti data yang
diperolehi.

DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, berlakunya peningkatan dalam kemahiran bertutur murid dalam


peringkat maju apabila dibandingkan analisis keputusan instrumen-instrumen yang
digunakan. Dapatan menunjukkan ketiga-tiga objektif kajian telah dicapai.

Objektif pertama kajian saya adalah meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil pemerhatian menunjukkan
bahawa kemahiran bertutur murid meningkat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Pemerhatian awal sebelum kajian ini dijalankan menunjukkan peserta kajian
tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu pada peringkat maju semasa proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebelum kajian dilaksanakan, semasa guru
melaksanakan aktiviti kemahiran bertutur dalam kelas, PK1 hanya mengujarkan satu ayat
berdasarkan tajuk yang diberikan manakala PK2 pula mengujarkan dua ayat. Selepas
tindakan dilaksanakan, PK1 dan PK2 melibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan dapat bertutur dengan baik. Ini dapat dilihat apabila murid dapat
melakukan aktiviti main peranan dengan bertutur berdasarkan maklumat yang diberikan
dengan mantap.

Jadual 2
Hasil Analisis Pemerhatian Akhir – Aktiviti Main Peranan

ISI / PESERTA KAJIAN PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2

 Edible Harmony Assalamualaikum.Ini adalah Taman Sekarang kamu berada di


Garden Harmony Edible Garden. Taman ini Taman Harmony Edible Garden.
 Juara keseluruhan pernah menjadi juara keseluruhan Taman ini menjadi juara
pertandingan ‘Kitchen pertandingan ‘Kitchen Garden’. keseluruhan pertandingan
Garden’ Taman ini pernah mendapat ‘Kitchen Garden’. Taman ini
 Anugerah daripada anugerah daripada Perdana mendapat anugerah daripada
Perdana Menteri Menteri. Perdana Menteri dan
 Ditubuhkan oleh Kelab Taman ini telah ditubuhkan oleh ditubuhkan oleh Pn. Wahidah
Kemahiran Hidup Kelab Kemahiran Hidup.Edible Hassan Hilimi.
 Dikendalikan oleh Pn. Harmony Garden dikendali oleh Tama Taman ini ditanam dengan
Wahidah Hassan Hilmi Pn.Wahidah Hassan Hilimi. Edible tanaman seperti cili, tomato,
 Ditanam cili, tomato, Garden ditanam dengan tanaman bendi dan herba lain. Hiasan
bendi dan herba lain seperti cili, tomato, bendi dan herba landskap cantik dan kehijau-
 Hiasan landskap cantik lain Hiasan landskap cantik dan hijauan. Taman ini memberi
dan kehijau-hijauan kehijau-hijauan.Taman ini memberi suasana segar dan
suasana segar dan ceria. Taman menceriakan sekolah, satu
 Suasana yang segar
Edible Garden ini merupakan kebanggaan sekolah.
 Kebanggan sekolah
kebangaan Sekolah Kebangsaan Semua warga SK. Langgar
Langgar. Semua warga SK. sangat sayang pada taman ini.
Langgar sangat sayang pada taman Sekian, terima kasih.
ini. Sekian, terima kasih.

Objektif kedua kajian ini adalah meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan tindakan yang
dilaksanakan.Selepas tindakan ‘Saya Yakin Saya Boleh’ dijalankan didapati PK1 dan PK2
telah berani untuk tampil ke hadapan untuk bertutur dan boleh bertutur dengan baik.
Kemahiran menjawab soalan lisan dengan baik masih dalam tahap kurang memuaskan bagi
kedua-dua peserta ini. PK1 dan PK2 juga masih lemah dalam aspek bertutur berdasarkan
gambar dan aspek berbicara dengan mantap selepas pelaksanaan tindakan satu.

Tindakan kedua yang dijalankan adalah tindakan ‘Satu Sampai Mampu’. Terdapat
peningkatan dalam fokus kemahiran bertutur yang dikaji melalui tindakan ini. PK1 mencapai
tahap memuaskan dalam aspek menjawab soalan secara lisan dengan baik, tahap baik
dalam aspek bertutur berdasarkan gambar. Dari segi berbicara, PK1 mencapai tahap
memuaskan dalam aspek memberikan pendapat tentang sesuatu gambar, isu atau topik dan
mencapai aspek kurang memuaskan dalam aspek melahirkan idea dan membicarakannya.
PK2 pula mencapai tahap baik dalam tiga aspek yang menonjolkan keyakinan diri dan
mencapai tahap sangat baik dalam aspek kemahiran bertutur berdasarkan gambar. Dilihat
dalam aspek berbicara, PK2 mencapai tahap baik dalam kriteria memberikan pendapat
tentang sesuatu gambar, isu atau topik serta tahap memuaskan dalam fokus melahirkan idea
dan membicarakannya.
Jadual 3
Rekod Pencapaian Murid Dalam Aktiviti “Satu Sampai Mampu”
BILANGAN AYAT
KAD
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
(PK 1) (PK 2)
1 /// ///
2 /// ////

3 //// /////

4 ////// ////

5 //// /////
6 ///// //////

7 ////// ////////

8 ////// ///////
9 //// /////

10 //////// /////

JUMLAH 49 52

‘Fikir, Gabung dan Kongsi’ adalah tindakan ketiga yang dilaksanakan. Tindakan ini
dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian terutamanya dari segi kemahiran berbicara.
Tindakan ini telah berjaya meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam peringkat maju.
PK1 telah mencapai tahap sangat baik dari segi kriteria keyakinan diri dan bertutur
berpandukan gambar. Dalam aspek berbicara, PK1 berjaya mencapai tahap baik. PK2 telah
mencapai tahap sangat baik dalam kriteria kemahiran bertutur yang difokuskan.

Jadual 4
Rekod Ayat-Ayat Yang Diujarkan Oleh Peserta Kajian Dalam Tindakan “Fikir, Gabung Dan
Kongsi”

Topik Bilangan Isi


Kumpulan 1 Kumpulan 2
(PK1) (PK2)
Cara  Kita perlu menumpukan perhatian  Cara menjadi murid cemerlang adalah dengan
menjadi semasa guru mengajar dalam kelas. berusaha bersungguh-sungguh.
murid  Kita boleh mengulangkaji pelajaran  Kita perlu rajin belajar untuk menjadi murid
cemerlang bersama rakan-rakan. cemerlang.
 Kita boleh menulis nota ringkas untuk  Kita perlu beri tumpuan semasa guru mengajar di
digunakan semasa peperiksaan. dalam kelas.
 Kita perlu membaca buku untuk  Kita juga perlu banyak membaca untuk menjadi
meningkatkan pengetahuan am. murid yang cemerlang.
 Kita harus mengikut jadual waktu untuk Selain itu, kita perlu berdoa banyak agar kita tidak
mengulang kaji di rumah. lupa apa yang kita belajar.
 Kita juga perlu menghormati guru agar ilmu yang
kita dapat berkat.
Faedah  Faedah menabung yang pertama adalah Faedah menabung duit untuk menggunakan wang
menabung boleh menggunakan duit menabung tersebut untuk kegunaan masa hadapan.
untuk membeli buku rujukan.  Kita boleh membeli rumah dan kereta pada masa
 Faedah menabung kedua adalah boleh hadapan.
menggunakan duit menabung untuk  Wang tersebut boleh juga digunakan untuk
bercuti. meneruskan pelajaran.
 Seterusnya kita boleh menggunakan  Selain itu, faedah menabung adalah wang ini
wang menabung untuk belajar tinggi dan boleh digunakan pada maa kecemasan.
juga boleh digunakan untuk kecemasan. Kita juga menggunakan duit yang disimpan untuk
membantu orang lain
Cara  Kita perlu makan makanan yang  Kita perlu mandi tiga kali sehari dengan
menjaga seimbang untuk menjaga kesihatan diri. menggunakan sabun.
kesihatan  Kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8  Kita juga perlu gosok gigi tiga kali setiap hari.
diri jam untuk memastikan kita berehat.  Kita perlu sentiasa memakai pakaian yang bersih
 Kita perlu melakukan senaman tiga kali  Kita perlu memastikan memotong kuku tangan
seminggu. dan kaki.
 Kita perlu memotong kuku untuk  Kita perlu memastikan kita sentiasa memakan
memastikan tidak terkena virus. makanan yang bersih agar dapat mengelakkan
penyakit.
 Kita perlu bersenam untuk hidup sihat.
Ujian awal dan ujian akhir merupakan instrumen kedua yang menjadi pengukur
pencapaian peserta kajian dalam kemahiran bertutur murid melalui tindakan-tindakan yang
dijalankan. Hasil analisis perbandingan keputusan ujian awal dan ujian akhir menunjukkan
objektif kedua kajian ini telah dicapai melalui tindakan yang dijalankan. Peserta kajian dapat
membicarakan sesuatu tajuk yang diberi dengan menghuraikan isi yang lebih banyak semasa
ujian akhir dilaksanakan.

Jadual 5
Hasil Keputusan Ujian Awal

TAJUK DAN ISI / PESERTA PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2

HAIWAN KESAYANGAN SAYA  Jenis Haiwan


 Jenis Haiwan  Warna
 Nama -  Nama
 Warna
 Paras Rupa
 Makanan Kegemaran
 Cara Menjaga
 Apa yang disukai

SKOR 0/ LEMAH 4/MEMUASKAN

TEMPOH MASA MENJAWAB 0.08 saat 26 saat

BUKTI video video

Jadual 6
Hasil Keputusan Ujian Akhir

TAJUK DAN ISI / PESERTA PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2

CARA MENJAGA HAIWAN  Jenis Haiwan  Jenis Haiwan


KESAYANGAN SAYA  Nama  Nama
 Warna  Warna
 Jenis Haiwan  Menjaga pemakanan haiwan  Menjaga pemakanan haiwan
 Nama  Menjaga kebersihan haiwan  Menjaga kebersihan haiwan
 Warna  Menyediakan tempat tidur yang  Menjaga kesihatan haiwan
 Paras Rupa selesa  Membawa untuk berjalan-jalan
 Menjaga pemakanan haiwan  Membawa untuk berjalan-jalan  Tidak menyakiti haiwan
 Menjaga kebersihan haiwan  Membawa ke klinik kesihatan
 Menyediakan tempat tidur yang selesa haiwan jika tidak sihat
 Memberi kesayangan
 Membawa untuk berjalan-jalan
 Tidak menyakiti haiwan
 Membawa ke klinik kesihatan haiwan jika
tidak sihat
 Dan isi lain yang boleh diterima

SKOR 8/ BAIK 9/ CEMERLANG

TEMPOH MASA MENJAWAB 1.50 saat 2.23 saat

BUKTI video video

Objektif kajian ketiga saya adalah mengesan perubahan minat murid dalam
kemahiran bertutur murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil
dapatan data-data melalui instrumen yang digunakan menunjukkan bahawa minat murid
dalam kemahiran bertutur murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
telah meningkat. Instrumen pertama yang digunakan untuk membuktikan objektif ketiga telah
dicapai adalah soal-selidik. Borang soal-selidik yang mempunyai 10 item kemahiran bertutur
telah diedarkan kepada peserta kajian sebelum dan selepas kajian dilaksanakan. Perubahan
drastik dapat dilihat melalui perbandingan jawapan peserta kajian bagi item-item soal-selidik
sebelum dan selepas kajian.

Jadual 7
Jawapan Peserta Kajian Bagi Item-item Soal-selidik Sebelum Dan Selepas Kajian
ITEM PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2
SEBELUM SELEPAS SEBELUM SELEPAS
TINDAKAN TINDAKAN TINDAKAN TINDAKAN
DILAKSANAKAN DILAKSANAKAN DILAKSANAKAN DILAKSANAKAN
Saya tidak menggunakan SETUJU SETUJU SETUJU SETUJU
dialek (bahasa Kelantan)
semasa berbual-bual dengan
rakan-rakan saya.

Saya boleh bertutur dalam TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU
Bahasa Melayu baku dengan
baik dan yakin di mana-mana
sahaja.
Saya suka menjawab soalan TIDAK PASTI SETUJU TIDAK PASTI SETUJU
yang ditanyakan oleh guru
dalam kelas.
Saya berani menjawab soalan TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU
walaupun saya tidak pasti
dengan jawapan saya
Saya suka apabila saya TIDAK PASTI SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU
dipanggil ke hadapan untuk
menjawab sesuatu soalan.
Saya boleh menjawab sesuatu TIDAK PASTI SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU
soalan dalam Bahasa Melayu
dengan ayat yang panjang
Saya boleh menghuraikan isi TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU
sesuatu tajuk untuk
dibincangkan secara lisan.
Saya sangat suka jika guru TIDAK PASTI TIDAK PASTI SETUJU SETUJU
Bahasa Melayu melaksanakan
aktiviti seperti lakonan,
simulasi, main peranan,
bercerita dan sebagainya.

Saya boleh bercerita tentang TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU
sesuatu perkara dengan
panjang lebar hadapan orang
ramai dengan yakin.
Saya boleh memikirkan idea TIDAK SETUJU TIDAK PASTI TIDAK SETUJU SETUJU
dengan cepat semasa
bercakap.

Instrumen kedua yang digunakan dalam proses mencapai objektif kajian ketiga
adalah temu bual. Hasil analisis temubual bersama guru Bahasa Melayu kelas 4B dan dua
orang rakan sekelas peserta kajian juga menunjukkan perubahan minat peserta kajian murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu meningkat.
Jadual 8
Rumusan Analisis Temu Bual Sebelum dan Selepas Kajian

PESERTA KAJIAN 1 RUMUSAN PESERTA KAJIAN 2


SEBELUM SELEPAS ANALISIS SEBELUM SELEPAS
TEMU BUAL
-Murid lemah -Aktif semasa proses -Murid ada idea -Aktif semasa proses
dalam kemahiran pngajaran dan tetapi memerlukan pengajaran dan
bertutur. pembelajaran rangsangan untuk pembelajaran
-Murid tidak -Yakin dan berani tetapi menghuraikan. -Yakin dan berani
menjawab apabila kadang-kadang menjadi -Mengangkat tangan
disoal oleh guru. kelam kabut. untuk menjawab
-Mengangkat tangan soalan guru seccara
untuk menjawab soalan lisan
guru secara lisan -Membicarakan
-Mencuba untuk bertutur GURU sesuatu isi dengan
tetapi tidak boleh baik
membicarakan sesuatu
isi dengan kreatif dan
kritis
-Jarang menjawab -Berani -Hanya menjawab -Yakin dan aktif
soalan guru. -Bertutur dengan baik soalan guru jika -Bertutur dengan baik
-Tidak pernah -Berani menjawab dipaksa guru. -Menjawab soalan
membentang. soalan guru -Tidak berani guru
-Tidak pernah -Berani membentang di bertutur. -Aktif dalam aktiviti
melibatkan diri hadapan kelas kumpulan
dalam aktiviti RAKAN 1 -Sering keluar ke
kumpulan. hadapan untuk
membentang
-Boleh bertutur secara
panjang lebar

-Tidak pernah -Keyakinan diri -Tidak pernah -Yakin


mencuba untuk meningkat mengangkat tangan -Bertutur dengan baik
menjawab soalan -Bertutur dengan baik untuk menjawab -Berani menjawab
guru. dan berani soalan guru. soalan guru
-Tidak pernah -Menjawab soalan guu -Tidak pernah -Berani
membentang secara sukarela RAKAN 2 membentang. membentangan hasil
-Membentang secara -Jarang mencuba kerja kumpulan
sukarela untuk bertutur.
-Melibatkan diri dalam
aktiviti bertutur dalam
kelas

REFLEKSI

Berdasarkan pengalaman yang saya peroleh sepanjang menjalankan kajian ini, saya sebagai
penyelidik telah membuat rumusan awal terhadap kajian ini. Setelah intervensi “Saya Yakin
Saya Boleh”, “Satu Sampai Mampu” dan “Fikir, Gabung dan Kongsi” berjaya dilaksanakan,
saya mengumpul dan menilai dapatan kajian berdasarkan instrumen-instrumen yang
digunakan.

Objektif pertama kajian ini adalah meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebelum kajian ini dilaksanakan,
peserta kajian tidak berani untuk keluar ke hadapan dan bertutur dengan yakin . Mereka
sangat takut untuk menonjolkan diri di hadapan kelas untuk bertutur. Peserta kajian juga
berubah menjadi resah jika mereka dipanggil ke hadapan sewaktu melaksanakan aktiviti
berkonsepkan kemahiran bertutur kerana mereka jarang dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti
sebegini. Mereka juga tidak diberi galakkan ataupun motivasi untuk meningkatkan keyakinan
diri mereka. Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005) dalam bukunya bertajuk “ Panduan dan
Strategi Motivasi Diri” menyatakan bahawa perkara utama yang harus ada pada diri
seseorang adalah motivasi diri yang menyediakan seseorang itu dengan satu sumber
inspirasi agar terus membina semangat, menguatkan diri, mengatasi masalah, menghadapi
persaingan, dan terus mencuba apabila menghadapi masalah atau kekecewaan. Perubahan
dapat dikesan apabila kesemua peserta kajian tidak lagi malu untuk tampil ke hadapan dan
bertutur kerana tindakan satu yang berkonsepkan motivasi berjaya meningkatkan keyakinan
diri mereka. Tindakan satu berjaya meningkatkan keyakinan dirimurid dengan memberi
kesadaran kepada murid tentang kepentingan kemahiran bertutur. Murid dapat memahami
keistimewaan dapat bertutur dan kepentingan kemahiran bertutur apabila mereka menyedari
masalah-masalah yang dihadapi oleh individu-individu yang tidak berupaya untuk bertutur.

Objektif kedua kajian ini adalah meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan tindakan yang dilaksanakan.
Bagi mencapai objektif kedua, tiga tindakan dijalankan. Tindakan pertama adalah tindakan
“Saya Yakin Saya Boleh”. Tindakan ini berkonsepkan motivasi dan dorongan untuk
meningkatkan keyakinan diri peserta kajian agar menjadi berani untuk bertutur dalam proses
pembelajaran Bahasa Melayu. Setelah aktiviti “Motivasi Diri” selesai, kedua-dua peserta
kajian kelihatan lebih berani dan bersemangat.Ini dapat dilihat semasa mereka menyanyikan
lagu “Gemuruh Jiwa”. Keyakinan diri peserta kajian meningkat lagi semasa aktiviti “Kerjaya
Saya. Selepas aktiviti kedua, PK1 dan PK2 juga membentang tentang kelebihan dan
kelemahan diri mereka di hadapan peserta-peserta lain dengan yakin dan berani. Hal ini
kerana tindakan satu mampu memberi kesedaran kepada peserta kajian tentang kepentingan
kemahiran bertutur kepada mereka.

Tindakan kedua yang dijalankan adalah “Satu Sampai Mampu”. Aktiviti ini membantu
murid meningkatkan kemahiran bertutur berpandukan gambar. Hasil analisis tindakan kedua
didapati menjadikan peserta kajian lebih berupaya untuk menerangkan aktiviti yang tertera di
gambar secara lisan walaupun masih tidak mencapai tahap cemerlang. Murid dapat bertutur
berdasarkan gambar kerana mereka mula mengenali cara mengembangkan sesuatu ayat
secara panjang lebar apabila mereka mengembangkan ayat dengan memasukkan satu
perkataan yang sesuai sehingga menjadi ayat yang panjang dan betul. Selain itu, mereka
juga dibantu oleh peserta tambaha untuk mengenali tentang cara mengembangkan sesuatu
ayat.

Tindakan tiga yang dilaksanakan adalah tindakan “Fikir, Gabung dan Kongsi”.
Sewaktu permulaan tindakan ketiga peserta kajian sudah boleh bertutur walaupun tidak
mencapai tahap cemerlang. Melalui tindakan ini, kemahiran bertutur PK1 semakin meningkat
dari tahap memuaskan namun masih tidak mencapai tahap sangat baik berdasarkan kriteria
penskoran kemahiran bertutur yang disediakan PK2 berjaya mencapai tahap sangat baik.
Aktiviti ini telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran bertutur. Tindakan ini membantu
murid melahirkan idea mereka dan membicarakannya dengan baik di samping mengalakkan
interaksi lisan murid dengan rakan sekumpulan mereka melalui kaedah perbincangan.

Objektif ketiga kajian saya adalah mengesan perubahan minat murid dalam
kemahiran bertutur murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Zarina Binti Mohamed Yusoff (2008) dalam kajiannya bertajuk “Meningkatkan Kemahiran
Pertuturan Dalam Bahasa Inggeris Melalui Kaedah Ujian” menyatakan bahawa kegagalan
meningkatkan penguasaan kemahiran pertuturan menggambarkan program tindakan guru
kurang berkesan dan program lain mungkin lebih sesuai. PK1 dan PK2 mula menunjukkan
minat untuk bertutur dengan lebih baik apabila mereka diberi galakkan dan dorongan
berbentuk motivasi melalui tindakan ‘Saya Yakin Saya Boleh’ dan seterusnya diberi latihan
untuk mengembangkan ayat secara panjang lebar dalam tindakan seterusnya iaitu, ‘Satu
Sampai Mampu’. Peserta kajian dilatih untuk berbicara hanya selepas mereka dilatih untuk
mengembangkan ayat iaitu, cara menghuraikan sesuatu isi berdasarkan gambar dengan
menggunakan ayat yang panjang melalui tindakan ‘Fikir, Gabung dan Kongsi. Walaupun
fokusnya adalah kemahiran bertutur dalam peringkat maju, kajian ini mungkin tidak dapat
mencapai objektifnya jika saya hanya melaksanakan tindakan yang berkaitan dengan
perbicaraan. Pencapaian objektif ketiga ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dirancang
yang memudahkan peserta kajian untuk menguasai kemahiran ini secara berperingkat.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat membantu guru untuk menyelesaikan
masalah kemahiran bertutur murid dalam peringkat maju. Tindakan yang dijalankan dalam
kajian ini dapat meningkatkan kemahiran bertutur murid sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang saya ingin mencadangkan agar
keberkesanan kajian ini dapat meningkat. Saya ingin mencadangkan agar pengkaji yang
ingin melaksanakan kajian ini pada masa hadapan meluaskan skop kajian ini dengan
menyelitkan aspek sebutan dan intonasi. Saya juga mencadangkan agar kajian ini dilakukan
dengan menggabungkan kemahiran mendengar dan bertutur agar murid dapat juga
meningkatkan kemahiran mendengar secara berkesan. Semoga hasil penyelidikan tindakan
ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan keterampilan berbahasa lisan murid.

RUJUKAN.

Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. (2008). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005). Panduan Dan Strategi Motivasi Diri. Shah Alam :
Utusan publication.

Siti Abdul Hajar. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Zarina Binti Mohamed Yusoff. (2008). Meningkatkan Kemahiran Pertuturan Dalam Bahasa
Inggeri Melalui Kaedah Ujian. Program Kajian Tindakan Negeri Perak Peringkat
Sekolah. Jabatan Pelajaran Perak.

Anda mungkin juga menyukai