Anda di halaman 1dari 2

Melentur buluh biarlah dari rebung, begitulah pepatah yang sering dicontohi dalam

amalan kehidupan kita seharian termasuk membentuk jati diri anak-anak. Anak-anak
umpama kain putih yang polos, kita sebagai ibu bapa dan masyarakat yang akan
membentuk dan mencorakkan mereka. Jika betul coraknya, maka anak-anak akan
membesar menjadi manusia yang berkeyakinan dan berjaya.

Peranan ibu bapa penting dalam membina jati diri anak-anak kerana mereka adalah
“role-model” kepada anak-anak kerana setiap apa yang mereka lakukan akan
menjadi ikutan anak-anak. Ibu bapa harus menerapkan nilai positif dalam diri anak-
anak mereka dan menggalakkan mereka untuk mengekspresi diri mereka tanpa
sebarang tekanan. Anak-anak yang membesar dalam persekitaran yang positif akan
cenderung untuk membentuk sikap jati diri yang kuat dan sentiasa akan
menggalakkan orang sekeliling mereka untuk menjadi positif juga.

Selain ibu bapa, peranan para guru juga sangat penting Selain mencurahkan ilmu,
guru-guru juga selalu memastikan pematuhan disiplin dan peraturan. Di sekolah,
anak-anak telah didedahkan dengan peraturan dan disiplin seawal di peringkat
tadika lagi kerana ini akan membentuk anak-anak menjadi orang yang berintegriti,
sistematik dan bertanggungjawab.

Sistem pendidikan kita adalah antara yang terbaik. Peranan kerajaan yang sentiasa
menambah baik sistem pendidikan ke arah pembangunan insan cemerlang telah
melahirkan ramai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga
dari segi pembentukan jati diri dan sifat pemimpin di dalam diri mereka. Jika dilihat,
taksiran dan silibus pembelajaran di Malaysia sekarang lebih menjurus kepada
methodologi yang menggalakkan anak-anak untuk berfikir di luar kotak.

Media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam membudayakan nilai-
nilai murni. Anak-anak zaman ini meluangkan masa yang banyak dan mudah
terdedah kepada media massa. Media massa harus menyediakan “content” yang
lebih berfaedah dan bermanfaat. Generasi muda akan cepat belajar dan mencontohi
apa yang mereka lihat di laman sosial dan media massa.
Didikan agama dan moral dari awal juga sangat penting agar anak-anak tahu
membezakan yang buruk dan yang baik. Asas agama dan moral yang kukuh akan
membimbing mereka dalam membentuk jati diri yang positif dan tidak mudah
terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak sihat dan salah.

Setelah anak-anak berjaya membentuk jati diri yang baik, mereka harus diberi
penghargaan. Lumrah manusia yang sukakan penghargaan dan sekali gus akan
menaikkan semangat mereka untuk terus menjadi orang yang berjaya kerana
mereka merasai dihargai.

Semua pihak memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jati diri anak-
anak. Oleh itu ayuhlah kita sama-sama berganding mahu dalam melahirkan lebih
ramai anak-anak yang cemerlang dan berkeperibadian yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai