Anda di halaman 1dari 2

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 3)


Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan perlu dibersihkan.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang
perlu dipotong. Tangan yang kotor perlulah dicuci dan dilapkan
sehingga kering. Gigi pula perlu digosok. Pakaian yang dipakai pula
perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 4)
Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang
lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang
bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang
perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Gigi pula perlu
digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula
perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 5)
Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang
lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang
bersih dan sabun.

Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang


perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu
dicuci selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja.
Contohnya selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurangkurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar
setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 6)
Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang
lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki perlu
dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu bagi mengelakkan kelemumur dan
jangkitan kutu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong.
Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci
selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja.
Contohnya selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurangkurangnya dua kali sehari. Bagi menjaga gigi kita perlu membuat
pemeriksaan gigi enam bulan sekali. Pakaian yang dipakai pula perlu
ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.

Anda mungkin juga menyukai