Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk

bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting

dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah

menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap

perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani

dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah

beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan

pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan

interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat

membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di

samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan

seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta.

2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.

3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.

4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.

5. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.

6. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan

memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang

dijalankan.
4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 10 NOVEMBER 2016

Hari : Khamis

Masa : 8.00 – 11.00 pagi

6.0 TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Air Papan

7.0 KUMPULAN SASARAN

17 orang murid prasekolah

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Mohd Shaari bin Embong (Guru Besar SKAP)

Naib pengerusi : En. Yusoff bin Ibrahim (GPK Kurikulum)

Pn. Rahmah binti Ahmad (GPK Hal ehwal murid)

Pn. Afrah Hani binti Shahrom (GPK Ko-kurikulum)

Setiausaha : Pn. Nur Zafirah ‘Aqilah binti Md. Yusoff

Bendahari : Pn. Jamilah binti Jimat

AHLI JAWATANKUASA:
-Pn. Siti Haslinda binti Abas
-Pn. Nor Azizah binti Muhammad Saleh
-En. Mohd Hafiz bin Md Nasir
-En. Norazmi bin Ismail

9.0 ACARA SUKANEKA

9.1 ACARA BERKUMPULAN (MURID)

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang

3. Acara membawa bola dalam gelung

4. Acara Kaki Badak


9.2 ACARA IBU BAPA / PENJAGA

1. Acara ikat kaki dengan anak dan mengisi air dalam botol

2. Acara menyampaikan mesej

10.0 PERBELANJAAN

10.1 Senarai Alatan

Alatan Kuantiti
Air 3 baldi
Baldi 3
Botol mineral 3 botol
Bola 3 biji
Gelung rotan 3 gelung
Skitel 15
Gula-gula 40 biji
Belon 15
Span 3
healer 2
Pundi kacang 15
Kaki badak 3 pasang

10.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Jumlah Harga RM

1. Hamper 17 195.75
3. Peralatan sukaneka - 14.00
JUMLAH KESELURUHAN 209.75

SUMBER PERUNTUKKAN : Peruntukan ko-kurikulum prasekolah dan Peruntukan Makanan Prasekolah


10.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para

peserta. Selain itu, para kanak-kanak juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai

matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka

dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat

membentuk diri para kanak-kanak menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta.

Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap

kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Disediakan oleh:

………………………………………

(PN. NUR ZAFIRAH ‘AQILAH BINTI MD.YUSOFF)

Setiausaha Sukaneka,

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Air Papan.

Disahkan oleh:

……………………………………

(EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Air Papan.


Lampiran 1

KUMPULAN A

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

6.

KUMPULAN B

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

6.

KUMPULAN C

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

6.
Lampiran 2

BORANG PEMARKAHAN

NAMA KUMPULAN : ……………………………………………..

NAMA PESERTA MASA MARKAH

Tarikh : ………………. …………………… ……………………..

(Pencatat) (Pengadil)
TENTATIF PROGRAM

7 :30 Pagi : Kehadiran guru, murid-murid.

7:45 Pagi : Senaman aerobik

8:00 Pagi : Acara pertama


1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang

3. Acara membawa bola dalam gelung

4. Acara Kaki Badak

5. Acara Ibu Bapa/ Penjaga

 Acara ikat kaki dengan anak dan mengisi air dalam botol

 Acara menyampaikan mesej

11:00 Pagi : Majlis penutup

1. Penyampaian hadiah

2. Nyanyian lagu kebangsaan

3. Jamuan makan

4. Majlis bersurai
TEMPAT:

PADANG SEKOLAH, SKAP

TARIKH:

10 NOVEMBER 2016

PRASEKOLAH

SK AIR PAPAN

KG AIR PAPAN

Anda mungkin juga menyukai