Anda di halaman 1dari 4

SK AIR PAPAN,

KAMPUNG AIR PAPAN,


86800 MERSING

LAPORAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

1.0 TAJUK
Merentas Desa Peringkat Sekolah

2.0 TARIKH
29 Januari 2018

3.0 PENDAHULUAN
Murid prasekolah dilibatkan dengan aktiviti fizikal peringkat sekolah. Merentas Desa Peringkat
Sekolah melibatkan murid-murid prasekolah supaya melahirkan anak-anak yang berdaya saing
dalam aktiviti yang disediakan. Selain itu, guru dapat mencungkil bakat sejak dari peringkat
prasekolah dan dijadikan sebagai pelapis pada akan datang. Dengan melibatkan murid
prasekolah dalam aktiviti merentas desa ini, murid-murid dapat mengetahui kepentingan
menjaga kesihatan diri dan cara untuk meningkatkan kecergasan badan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan sukan.
4.2 Murid-murid dapat melahirkan perasaan bersaing dalam diri untuk mendapatkan
kemenangan.
4.3 Murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri.
4.4 Murid-murid dapat membuat senaman dan aktiviti kecergasan.

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Murid-murid dimaklumkan tarikh dan hari bagi Hari Merentas Desa Peringkat Sekolah
dengan mengedarkan surat.
5.2 Murid-murid melakukan rengangan sebelum bermulanya larian.
5.3 Larian bermula. Laluan yang digunakan adalah mengikut murid tahap satu.
5.4 Murid diminta membuat ‘cooling down’ setelah tiba di perkarangan sekolah. Murid
tidak dibenarkan terus duduk.
5.5 Pemenang diberikan hadiah.

6.0 IMPAK
6.1 Kanak-kanak dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan baik kerana mereka
telah dimaklumkan lebih awal.
6.2 Murid-murid menunjukkan minat kepada aktiviti yang dilaksanakan.
6.3 Murid-murid mampu menunjukkan kebolehan diri dalam larian.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa program ini amat baik untuk warga kelas Prasekolah
Nur Ilmu. Murid-murid dilihat amat seronok dapat melakukan aktiviti larian di luar kawasan
sekolah. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan kesungguhan murid untuk
memenangi aktiviti sukan yang disertai. Oleh itu, adalah dicadangkan agar program ini dapat
diteruskan pada tahun hadapan.

8.0 LAMPIRAN (GAMBAR PROGRAM)

Di garisan permulaan larian merentas desa bagi kategori perempuan.

Di garisan permulaan larian merentas desa bagi kategori lelaki.


Pemenang tempat pertama bagi kategori Pemenang tempat kedua bagi kategori lelaki
lelaki iaitu adik Saiful Akmal Izzuddin bin iaitu adik Muhammad Afiq Amsyar bin
Rozlani. Norazman.

Pemenang tempat ketiga bagi kategori lelaki


iaitu adik Muhammad Adam Asyraf.
Pemenang tempat pertama bagi kategori Pemenang tempat kedua bagi kategori
perempuan iaitu adik Nur Hanan Rifqah binti perempuan iaitu adik Wan Nursafarilla bin
Mohd Zamri. Wan Mohd Radzi.

Pemenang tempat ketiga bagi kategori


perempuan iaitu adik Nur Alia Zulaikha binti
Mohd Khairom.

Disediakan Oleh : Disemak oleh :

( NUR ZAFIRAH ‘AQILAH BINTI MD. YUSOFF )


Guru Prasekolah Nur Ilmu,
SK Air Papan.

Anda mungkin juga menyukai