Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN AWANA,

05460 JALAN LANGGAR, KEDAH DARUL


AMAN.

HARI/TARIKH :
RABU (17 APRIL 2019)

MASA :
8.00 PAGI – 4.00 PETANG

TEMPAT :
DEWAN SERI PELANGI, SK TAMAN AWANA

1
KERTAS KERJA
KEM BINA SAHSIAH KOKURIKULUM 2019

1.0 PENGENALAN

Unit Kokurikulum dan Ahli Jawatan Kuasa Bimbingan & Kaunseling Sekolah
Kebangsaan Taman Awana , telah bercadang untuk mengadakan satu Program
Pembentukkan Sahsiah Diri di mana ianya disertai oleh murid-murid Tahap 2 iaitu
Tahun 4, 5 dan 6. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu membentuk
sahsiah diri murid dalam pelbagai aspek memandangkan masalah sahsiah ini bermula
apabila murid – murid tidak dapat menguasai bidang akademik dan disiplin diri mereka
dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba mencari jalan keluar yang mudah dengan
melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah supaya mereka juga
boleh dikenali di kalangan rakan – rakan yang lain.

2.0 RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang
mempunyai sahsiah diri dan semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh
dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik.
Jika masalah disiplin di setiap sekolah dapat dikurangkan , pihak sekolah sudah
semestinya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan
kokurikulum .

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi
bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa
pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.

2
4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk sahsiah diri yang tinggi, menghargai diri sendiri serta menghormati hak
orang lain.
2. Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di
sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
3. Membimbing murid meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4. Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan
hidup.
5. Memotivasikan diri setiap murid supaya dapat belajar dengan lebih teratur dan
menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
6. Murid-murid juga dapat menyeimbangkan antara aspek akademik dan kokurikulum
di sekolah.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

HARI/TARIKH : RABU (17 APRIL 2019)


MASA : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI PELANGI, SK TAMAN AWANA.

6.0 KUMPULAN SASARAN


SEMUA MURID TAHAP 2 IAITU MURID TAHUN 4, 5 DAN 6.

7.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Awana dengan kerjasama Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Awana

8.0 PENGISIAN PROGRAM

 Ustazah Zukarnimi Binti Mohd Zain Al Rashidi


 Pn. Murni Wati Binti Abdul Karim

3
 Ustaz Ahmad Fakharuddin Bin Ghazali.

9.0 PERBELANJAAN MENGURUS KEWANGAN

Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah


1. Makan dan minum pagi peserta (230 x RM3.00) RM 690.00
2. Banner Program RM 50.00

Jumlah Keseluruhan RM 740.00

9.1 SUMBER KEWANGAN:

Bantuan Kokurikulum (BKK) – RM 740.00

10.0 JAWATANKUASA INDUK KEM BINA SAHSIAH KOKURIKULUM SK TAMAN


AWANA 2019

PENGERUSI : Pn Che Mahani Bt Othman (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1 : En. Hasrul Bin Amir (PK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Zaharah Binti Ishak (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 3 : Pn. Mashitah Binti Sharif (PK HEM)

PENYELARAS PROGRAM : Pn. Nurul Zurianty Binti Md Zuki (Guru Bimbingan

Kaunseling)

BENDAHARI : Pn. Zuraini Binti Abdul (Pembantu Tadbir)

AHLI JAWATANKUASA : Pn. Noor Asmah Binti Ibrahim (Setiausaha

Kokurikulum)

: Pn. Zukarnimi Binti Mohd Zain Al-Rashidi (Penyelaras

Kelab/ Persatuan

: En. Khairull Nizam b. Mat Taib (Penyelaras Badan


4
Beruniform) :

11.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA KEM BINA SAHSIAH KOKURIKULUM SK TAMAN


AWANA SESI 2019

5
BIL BIDANG KERJA AJK KERJA
1. Penyambut tetamu En.Hasrul Bin Amir (PK KOKO)
Pn.Zaharah Bt Ishak (PK Pentadbiran 1)
Pn. Mashitah Bt Sharif (PK HEM)
2. P.A Sistem/ Siaraya En. Mohd Naim Bin Abu Bakar
En. Husnul Hadi Bin Halim
3. Bacaan Doa Ustaz Khairull Nizam Bin Md.Taib *
MAKLUMAN :
4. Persiapan tempat/ En. Ahmad Shahabudin Bin Che Noh KAWALAN
En. Mohamad Sofi Bin Ahmad@Mohamed MURID
En. Irwan Suhardi Bin Hussin MENGIKUT
5. Pendaftaran Pn. Che Fatimah Bt Hassan MASA PDP
Pn. Kamaliah Bt Bakar KELAS
Pn. Marsitah Binti Ramli GURU
Pn. Mashitoh Binti Abd Aziz MASING-
Pn. Muniroh Binti Ku Shaari MASING.*
*SEMUA
6. Disiplin dan Kawalan En. Zolkifli Bin Mohamad GURU
murid Pn. Kasira Binti Kamis ADALAH
Pn. Liza Aishah Binti Shahidan GURU
Pn. Najmiah Binti Osman DISIPLIN. *
Pn. Noor Asmah Binti Ibrahim
Pn. Nor Shamila Binti Safie
Pn. Rogayah Binti Hamid
Pn. Ruzita Binti Zainon@Zainol
Pn. Saveetha a/p K.R.Vasudevan
7. Jurugambar En. Ridzuan Bin Abd.Razak
Pn. Norzaim Binti Hassim
8. Sijil murid Pn. Sharifah Binti Kamis
Pn. Ummi Kalthum Binti Zainul Ariffin
Pn. Yusnita Binti Yahya
Pn. Yuzaria Binti Ma’rof
Pn. Zainab Binti Abdullah
Pn. Zundirah Binti Che Long
9. Jamuan murid Pn. Roszita Binti Amer
Pn. Sharifah Bt Omar
Pn. Asmida Bt Aziz
Pn. Fairos Binti Abdul
Pn. Nora Binti Yusoff
Pn. Norazira Binti Harun
Pn. Norsalmi Binti Ariffin

10. Juruacara Majlis Pn. Rusmawati Binti Md.Din

11. Cenderahati / Air Pn. Zukarnimi Binti Mohd Zain


penceramah Pn. Nur Afni Binti Abd Rahman
Pn. Nurul Zurianty Bt Md.Zuki
12. Dokumentasi Pn. Norsasarina Binti Rahim
Pn. Normalawati Binti Abdullah 6
12.0 ATURCARA PROGRAM
RABU (17 APRIL 2019)

BIL MASA AKTIVITI TINDAKAN


1. 8.00 PAGI Pendaftaran peserta AJK
Pendaftaran
2. 8.30 PAGI – Solat Dhuha Berjemaah dan Slot Penghayatan AJK Disiplin
10.15 PAGI Dhuha dan Kelebihannya oleh Ustazah dan Kawalan
Zukarnimi Binti Mohd Zain Al Rashidi Murid

3. 10.15 PAGI – Rehat & Minum Pagi AJK Jamuan


10.45 PAGI
4. 11.00 PAGI – Slot Motivasi oleh Kaunselor SK Alor Janggus, AJK Disiplin
1.00 PETANG Pn.Murni Wati Binti Abdul Karim dan Kawalan
Tajuk : PEMBENTUKKAN SAHSIAH DAN JATI Murid
DIRI
5. 1.00 PETANG – Makan tengahari. AJK Jamuan
1.30 PETANG
6. 1.30 PETANG – Solat Zohor Berjemaah AJK Disiplin
2.00 PETANG dan Kawalan
Murid
7. 2.00 PETANG – Slot Motivasi Kerohanian oleh Ustaz Ahmad AJK Disiplin
4.00 PETANG Fakharuddin Bin Ghazali dan Kawalan
Murid
8. 4.00 PETANG Majlis Bersurai AJK Disiplin
dan Kawalan
Murid

13.0 Penutup

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini
agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah .Semoga
dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan serta
kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata mereka dapat menghargai diri
sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan negara.

7
............................................
Disediakan Oleh :(PN. NURUL ZURIANTY BT MD.ZUKI)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
SK TAMAN AWANA.

............................................
Disemak Oleh : (EN. HASRUL BIN AMIR)
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
SK TAMAN AWANA.

...............................................
Disahkan Oleh :(PN. CHE MAHANI BT OTHMAN)
GURU BESAR,
SK TAMAN AWANA.

Anda mungkin juga menyukai