Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG


PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE
SK BUKIT MAT DALING

USAHA SAMA:

PIBG SK Bukit Mat Daling


&
Warga kerja dan Komuniti
Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling
1.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta memohon perkenan dan
kelulusan pihak yang berkenaan agar dapat menyalurkan sumbangan kewangan bagi menampung
kos perbelanjaan Pembinaan Gelanggang Petanque yang akan dianjurkan di sekitar kawasan SK
Bukit Mat Daling.

2.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian
yang unggul. Bertepatan dengan kehendak Program Transformasi Pendidikan Pahang
bertunjangkan CITra Pahang dimana dalam aspirasi murid penguasaan kemahiran berfikir dalam
melahirkan model murid yang sihat dan selamat serta kreatif, inovatif dan kritis melalui sukan
petanque ini.

3.0 MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan Transformasi Pendidikan Pahang


untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi hebahan dan penyaluran maklumat
kepada semua terutama murid, ibu bapa dan komuniti setempat.

4.0 MISI

Menyediakan murid dengan pelbagai prasarana untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan
dalam akademik dan penerapan nilai-nilai murni ke arah pembentukan sahsiah yang cemerlang.

5.0 OBJEKTIF PROJEK

4.1 Merealisasikan konsep Model Sekolah Transformasi Pendidikan Pahang iaitu Sekolah
Selamat dan Penyayang selain berfokus beridentiti Pahang.

4.2 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,indah,
selamat dan ceria.

4.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan
semua pihak dalam projek Laman Gedung Ilmu.
4.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.

4.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan projek.

6.0 CADANGAN AKTIVITI/ SKOP TUGAS

6.1 Mereka Bentuk Landskap


Tugas mereka bentuk landskap dilakukan adalah untuk mencantikkan dan
menceriakan tapak projek agar memenuhi konsep yang diinginkan. Reka bentuk
landskap tersebut dapat memberi impak positif dan inspirasi kepada warga sekolahkhususnya
di samping memanfaatkannya secara optimum.

6.2 Pembersihan Tapak Projek


Tapak projek perlu dilakukan pembersihan agar kerja-kerja memperindah kawasan tersebut
menjadi lebih lancar. Melalui kerja gotong-royong di kawasan ini, ibu bapa, guru-guru dan
murid-murid akan membersihkan kawasan di sekitarnya.

6.3 Mengecat dan Memasang papan tanda


Bagi memberikan impak keceriaan kepada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga
di sekitar tapak projek akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan
tanda nama pokok juga akan dipasang pada pokok-pokok yang ditanam. Panitia mata
pelajaran teras akan menampal info-info mata pelajaran masing-masing.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga SK Bukit Mat Daling – PIBG, Ibubapa dan guru-guru, murid-murid dan komuniti

8.0 TARIKH PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh cadangan : sepanjang bulan Februari hingga April


Tempat : Kawasan sekitar SK Bukit Mat Daling
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Pakaian : Pakaian sukan

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat
En. Mohd Safri bin Mohd Yunus ( Guru Besar)

Pengerusi
En. Yusof bin Bapil (YDP PIBG)

Naib Pengerusi PIBG


En. Zulhilmey bin Baseri

Setiausaha PIBG
Cik Maryam binti Nordin

Bendahari PIBG
En. Ahmad Syahmi bin Che Hanafi

AJK Macang Perah


Pn. Dian Mariani binti Marwin
Pn. Husramiza binti Mat Hussin

AJK Semena
Pn. Noorhamiza binti Ahmad Kamal
Pn. Bariah binti Bahrudin

AJK Bukit Mat Daling


Pn. Wan Norsyuhada binti Wan Nasaruddin
Pn. Norlizawana binti Mohamed

AJK Tanah Pindah


Pn. Norismasari binti Ishak
Pn. Norlida binti Abdul Rashid

Juru Audit Dalaman


En. Aminallah bin Mohamad

Juru Audit Luar


Pn. Nor Suhaiza Aziema binti Mohd Noh

Ahli Jawatankuasa
En. Mohd Saruddin bin Mat Zin (PK. 1)
Pn. Normala binti Salleh (PK HEM)
En. Muhammad Rizal Fahmi bin Mohd Kassim( PK Kokurikulum)

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN MENGIKUT BIDANG TUGAS

BIL BIDANG TUGAS KETUA DAN KUMPULAN YANGTERLIBAT


1. En. Yusof bin Bapil
2. En. Mohd Safri bin Mohd Yunus
3. En. Wan Shamsudin bin Wan Yasin
1. Mereka Bentuk Landskap
4. Pn. Normala binti Salleh
5. Pn. Norfabilah binti Saidin
6. Semua murid Tahun 6
1. Pn. Noorhamiza binti Ahmad Kamal
2. Pn. Bariah binti Bahrudin
3. En. Zakaria bin Serahan
4. En. Lokman Hakim bin Buang
Pembersihan Tapak
2. 5. Cik Maryam binti Nordin
Projek
6. Pn. Safura binti Idris
7. En. Ahmad Syahmi bin Che Hanafi
8. En. Muhammad Rizal Fahmi bin Mohd Kassim
9. Semua murid Tahun 4

1. En. Wan Mohd Zafir bin Wan Abdul Manan


2. Pn. Raja Sharifah binti Tuan Mat
3. Pn. Aznah binti Mat Darun
4. Pn. Ainon binti Ayub
5. Cik Maryam binti Nordin
Mengecat Dan Memasang
3. 6. En. Aminallah bin Mohamad
Papan Tanda
7. Pn. Dian Mariani binti Marwin
8. Pn. Husramiza binti Mat Hussin
9. Pn. Wan Habsah bin Wan Awang
10. En. Mohd Saruddin bin Mat Zin
11. Semua murid Tahun 5

11.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan
8.15 pagi Taklimat agihan tugas
8.30 pagi Gotong–royong bermula
Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan oleh YDP PIBG
12.00 tengahari
& Guru Besar SK Bukit Mat Daling
12.30 tengahari Makan tengahari dan majlis bersurai

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA
BIL BUTIRAN PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH (RM)
SEUNIT (RM)
1. Simen 50 beg 21.00 1050.00
2. Pasir 10 lori 350.00 3500.00
3. Batu- bata 3 palet 300.00 900.00
Cat dan alatan mengecat
i. Cat alas 18 liter 3 tong 45.00 135.00
ii. Cat warna 7 liter 5 tong 60.00 300.00
4.
iii. Berus cat dan roller 15 unit 7.50 112.50
iv. Thinner 10 botol 8.00 80.00
v. Cat kayu syelek 5 liter 10 tong 55.00 550.00
5. Batu pejalan kaki (2 kaki x 2 kaki) 50 keping 25.00 150.00
Kayu-kayu
50 batang 10.00 500.00
6. i. 1” x 2” x 6ft
50 batang 15.00 750.00
ii. 2” x 3” x 6 ft
7. Kerusi batu 5 unit 250.00 1250.00
Pokok Bunga Campuran 5 jenis 10
8. 100 unit 4.50 450.00
warna
JUMLAH KESELURUHAN RM9,727.50

13.0 LOKASI CADANGAN


Antara blok akademik dengan blok pejabat

Pandangan sudut kiri

14. CADANGAN LANDSKAP


Gazebo yang akan dihias berfokus kepada beridentiti Pahang

Antara contoh Laman Gedung Ilmu

15.0 PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping
mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak terutama daripada pihak Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan
Ismail dalam menyokong kami demi Transformasi Pendidikan Pahang ini. Projek ini sememangnya
mampu memberikan manfaat yang tinggi terutama kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan komuniti
setempat. Kekurangan kami dari aspek sumbangan dana tidak mudah mematahkan semangat kami dalam
mewujudkan Laman Gedung Ilmu dan kami amat berbesar hati menjemput pihak Dato’ Sri untuk
merasmikan projek Gedung Ilmu ini setelah siap pembinaannya kelak.

Disediakan oleh: Disahkankan oleh:

………………………………....... ……………………………….......
( CIK MARYAM BINTI NORDIN ) ( EN. YUSOF BIN BAPIL )
Setiausaha PIBG, Pengerusi PIBG,
SK Bukit Mat Daling, SK Bukit Mat Daling,
27020, Jerantut 27020, Jerantut

Anda mungkin juga menyukai