Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LALANG

08100 BEDONG, KEDAH

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKANEKA
TAHAP 1
1. TAJUK

KARNIVAL SUKANEKA TAHAP 1

2. PENGENALAN

Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan


Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek
adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka memberi sumbangan yang
baik terhadap perkembangan para peserta.

Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan
sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan
game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan.

Permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan


kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

3. OBJEKTIF

1. Menjana kreativiti para perserta dalam mengatur strategi permainan.


2. Memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama di dalam permainan.
3. Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang sihat.
4. Memupuk imej kendiri, kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri
pelajar.
5. Memberi keseronokan dan kepuasan kepada peserta.

4. TARIKH PELAKSANAAN

20 OKTOBER 2018.
5. JANGKA MASA

8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

6. TEMPAT

Padang SK Sungai Lalang

7. PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

BIL. ACARA PROSEDUR

1. Membawa bola pingpong Prosedur


dengan sudu.
Peserta akan berlari sambil membawa
Alatan : bola pingpong dengan sudu. Kumpulan
yang berjaya sampai dahulu dikira
- Bola ping pong pemenang.
- Sudu
- Skitel besar

2. “Water Bomb” Prosedur

Alatan : Peserta akan berlari ke garisan yang


disediakan di tengah gelanggang.
- Belon berisi air Peserta perlu melambung belon berisi air
- Baldi
kepada rakan sepasukan yang akan
- Skitel besar
menyambut belon berisi air tersebut.
Kumpulan yang mengumpul belon
terbanyak dalam masa terpantas akan
dikira pemenang.

3. ” Jaring Bergantung ” Prosedur

Secara berpasangan, peserta perlu


membawa bola menggunakan dahi
Alatan : secara berhadapan ke garisan penamat.
Kumpulan yang sampai dahulu akan
- Pundi Kacang
- Bakul Kecil dikira pemenang.

4. ”Mengail Gelung getah” Prosedur


Alatan : Peserta perlu berlari sehinga ke garisan
yang disediakan di tengah gelanggang.
- Gelung getah Seterusnya peserta perlu memindahkan
- Kayu pancing
gelung getah yang disediakan ke dalam
baldi menggunakan kayu panjang.
Kumpulan yang dapat memindahkan
semua gelang getah dalam masa yang
terpantas akan dikira sebagai pemenang.

- Bagi setiap permainan, kumpulan yang menang akan diberikan 5 markah dan
berikutnya.
- Pemenang keseluruhan akan ditentukan dengan memcampurkan markah dari
keempat-empat permainan.

8. PERATURAN AM PERMAINAN

1. Bilangan pemain seramai 6 orang bagi setiap pasukan.


2. Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk dalam
prosedur pelaksanaan permainan yang disediakan oleh penganjur.
3. Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan, kumpulan
tersebut akan disingkirkan dari permainan.
4. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)

Makanan RM 1.00 x 365 orang


1 RM 1.00
- Makan Pagi RM 365.00

Tempat pertama - RM 70

2 Hadiah Tempat kedua - RM 50 RM 150.00

Tempat ketiga - RM 30

JUMLAH RM 415.00

10. RUMUSAN

Sukaneka dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan


sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang murid
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sukaneka ini dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada murid.


Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka
terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ABD. RANI BIN HARON) (NAZRI BIN HASSAN)


Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh,
3) “Head to Head”

MULA

XX XX XX XX XX
peserta

4) Jom Pancing arah larian

MULA

X
peserta
TAMAT
X

X
arah larian
X

baldi berisi gelungkayu


plastik
panjang

Garisan tengah gelanggang


baldi

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai