Anda di halaman 1dari 8

1.

PENGENALAN
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Ianya

menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan yang menjadi identiti kita,
malah

permainan

tradisional

ini

merangkumi

hasrat

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, emosi,


rohani, intelek, dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi
rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana menggunakan
kemahiran asas, antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta
manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah konda kondi, galah
panjang, batu Seremban, tuju getah, tuju kasut, dan sebagainya.
Penganjuran pertandingan seumpama ini merupakan pendedahan awal
tentang kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih
merancang sebuah pertandingan pengurusan pertandingan sukan yang baik dan
lebih sistematik. Diharap penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini akan
memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai
kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini daripada lenyap
ditelan kemodenan zaman yang serba canggih.

2.0

TEMPAT BERMAIN
Kawasan lapang seperti di halaman rumah atau padang.

3.0

4.0

PERALATAN PERMAINAN
-

Gundu (ibu getah) / paduk

Gelang getah

Para (Kayu ranting)

PEMAIN
Bilangan pemain yang diperlukan ialah antara dua hingga tujuh orang dalam
satu pertandingan.

5.0

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
5.1

Permainan ini dimainkan secara berkumpulan.

5.2

Setiap pemain diberikan sebiji gundu atau paduk.

5.3

Jarak sejauh 5 meter dari garis mula ke para getah.

.Gambarajah 1.1: Lakaran gambaran main getah atas para

.Gambarajah 1.2: Para daripada kayu

.Gambarajah 1.2: Gundu tangan atau ibu getah

.Gambarajah 1.3: Karan


-

Ibu getah yang tersangkut atau terbelit pada getah alang ini dikira batal dan
giliran pemain seterusnya membuat tujuan.

.Gambarajah 1.4: Getah ibu yang telah siap dibuat dalam tiga saiz

.Gambarajah 1.5: Salah seorang pemain yang sedang membidas getah


yang telah siap disusun

.Gambarajah 1.6: Pemain menghitung dan menyusun getah di atas alang


yang telah siap dibuat

6.0

PERATURAN PERMAINAN TUJU GETAH


5

6.1

Permainan dijalankan secara kumpulan selama 15 minit.

6.2

Setiap kumpulan perlu memiliki bilangan gelang getah yang sama


banyak dengan kumpulan yang lain.

6.3

Permainan dimulakan apabila wisel ditiup. Pemain mesti berada di


dalam gelung. untuk melastik.

6.4

Setiap pemain dibenarkan menuju atau melastik dengan menggunakan


gundu tangan ataupun ibu getah yang telah disediakan.

6.5

Gelang getah akan menjadi milik pemain sekiranya gelang getah


terjatuh dari para setelah dilastik. Seterusnya pemain perlu menyusun
gelang getah pada kayu skor.

6.6

Apabila gelang getah tersangkut pada para, ia tidak dikira sebagai

mata
kerana ia masih ada karan daripada para. Maka, gelang getah itu
perlu
diletakkan semula di atas para.
6.7

Apabila semua gelang getah jatuh daripada para, pemain perlu


mengambil

gelang

getah

tambahan

daripada

Urusetia

dan

menyusunnya semula di atas para. Kemudian permainan diteruskan


seperti biasa sehingga masa tamat.
6.7

Jika gundu tangan dituju tidak mengenai sasaran, maka ianya tidak
boleh

diulang

semula.

Pemain

seterusnya

akan

meneruskan

permainan.
6.8

Pemain yang mempunyai gelang getah yang paling banyak akan dikira
sebagai pemenang.

6.9

Pada akhir pemainan, pengiraan gelang getah akan dilakukan.


Kumpulan yang mempunyai bilangan getah yang paling banyak dikira
sebagai pememang.
6

7.1 CARA BERMAIN


7.2 Sebelum Bermain
7.2.1 Pembahagian kumpulan.
7.2.2 Urusetia memberikan penerangan dan peraturan permainan.

7.2.3 Setiap kumpulan diberikan masa selama 2 minit untuk percubaan permainan
Tuju Getah.
7.3 Semasa Bermain
7.3.1 Permainan dimulakan apabila pemain berada di dalam gelung getah dan
wisel ditiupkan.
7.3.2 Pemain yang melanggar peraturan akan tersingkir dan dikenakan hukuman
untuk berada di sangkar.
7.3.3 Getah yang berjaya jatuh diletakkan di dalam kayu skor.
7.3.4 Jika getah telah habis dilastik, pemain perlu mengambil getah tambahan
daripada urusetia dan menyusunnya sendiri di atas para sebelum masa
tamat.

7.4 Selepas Bermain


7.4.1 Pengiraan bilangan getah yang terkumpul pada kayu skor.

8.0

PENGIRAAN MATA
8.1

9.0

Berdasarkan bilangan getah yang jatuh iaitu 1 gelang getah = 1 mata.

PENENTUAN PEMENANG
9.1

Kumpulan yang paling banyak mempunyai bilangan getah yang


terkumpul.

9.2

SERI : Setiap kumpulan mempunyai 2 peluang untuk membuat lastik.


Kumpulan yang paling banyak bilangan gelang getah yang terkumpul
dikira sebagai pemenang.

10.0

PENYINGKIRAN PEMAIN
10.1

Kaki pemain berada di luar kawasan gelung.

10.2

Pemain membawa masuk bahan larangan seperti gelang getah sendiri,


kertas, kayu, dan sebagainya.

10.3

Percubaan untuk menipu dalam permainan seperti tidak mengikut


giliran, dan menambah bilangan getah pada kayu skor.

10.4

Pemain mengingkari peraturan permainan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai