Anda di halaman 1dari 16

1.0 PENGENALAN Permainan Hit It ini diasaskan daripada kombinasi permainan Rounders dan Softball.

Permainan ini juga menyerupai permainan Baseball. Permainan ini telah diubahsuai dari segi undang-undang permainan, kawasan permainan dan alatan yang digunakan. Dalam permainan Baseball, bola dibaling kepada pihak pemukul dengan kadar yang laju. Tetapi dalam permainan Hit It ini bola hanya perlu dilontar dalam keadaan melambung kepada pemukul agar lebih mudah dipukul oleh pihak pemukul yang pemainnya terdiri daripada budak-budak sekolah rendah. Dalam aspek keselamatan pula, permainan ini lebih selamat dimainkan oleh kanak-kanak. Pemukul tidak perlu memakai topi keselamatan seperti dalam permainan Rounders dan Baseball. Ini kerana, bola yang digunakan adalah bola yang diperbuat daripada kertas berbanding bola keras yang digunakan dalam permainan sebenar. Kayu pemukul juga telah diubahsuai daripada pemukul kayu kepada bahan-bahan buangan seperti gelen minyak, tiub kertas serta tapak tangan yang diperbuat daripada kotak. Ini bagi memudahkan kanak-kanak untuk memukul supaya bola yang dilontarkan tidak dipukul terlalu jauh. Permainan ini seronok dimainkan dan boleh dimainkan oleh jumlah pemain yang ramai. Permainan ini amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak.

2.0 SEJARAH PERMAINAN ASAL (ROUNDERS) Permainan Rounders berasal dari negara Inggeris. Rounders pertama kali dimainkan di Tudor. Rounders mulai popular di Indonesia pada tahun 1950 yang dikembangkan oleh seorang berbangsa Belanda. Pada tahun 1951 Rounders sudah dipertandingkan. Permainan Rounders berasal dari Amerika Syarikat, yang diciptakan di Gedung oleh seorang ahli Farragut Boat Club Chicago, Illinois pada 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock. Rounders merupakan perkembangan dari olahraga sejenis iaitu besbol (baseball) atau hardball. Bola Roundes saat ini berdiameter 28-30,5 sentimeter; bola tersebut dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan tongkat pemukul (bat). Terdapat sebuah regu yang berjaga (defense) dan pasukan yang memukul (offense). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan angka (run) dengan cara melengkapkan pusingan tiga seri tapak(base) pelari hingga menyentuh tapak akhir iaitu home plate. Awalnya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan hasil akhir pertandingan bola sepak Amerika antara Yale dan Harvard di kelab Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan Yale, seorang alumni Yale dengan melempar sebuah sarung tinju ke pemain Harvard. Seorang memberi respon dengan mengambil sebuah tongkat dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu, ia telah memberikan sebuah idea kepada seorang wartawan Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang diperbuat daripada sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat dengan menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa buah kapur, Hancock menandai lantai Farragut Boat menyerupai lapangan besbol. Alat pemukul pula ialah sebatang penyapu. Pasukan dibahagi menjadi dua dan Hancock menjerit kata-kata Play ball, maka bermulalah permainan itu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan Roundes versi dalam ruangan diperkenalkan dan dinamakan sebagai indoor baseball.

3.0 MATLAMAT Matlamat utama permainan kanak-kanak ini dianjurkan adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk membentuk insan yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, matlamat permainan ini juga ialah untuk menghasilkan individu yang bukan sahaja memiliki otak yang cerdas dan cemerlang dalam bidang akademik bahkan juga untuk menghasilkan generasi guru yan memiliki fizikal yang aktif dan cerdas serta turut cemerlang dalam aspek amali.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Mendedahkan lokomotor. 4.2 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli pasukan. 4.3 Melatih murid-murid berfikir dan merancang strategi dalam kumpulan. 4.4 Mempraktikkan semula pergerakan-pergerakan asas yang telah dipelajari. 4.5 Meningkatkan kecerdasan fizikal dan mental. 4.6 Melatih kestabilan emosi dalam kalangan murid. 4.7 Melatih sifat kepimpinan murid dalam pasukan. 4.8 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai tugas-tugas yang bakal dihadapi semasa mengajar subjek Pendidikan Jasmani apabila bergelar seorang guru kelak. 4.9 Memupuk sifat kepimpinan dalam diri setiap guru pelatih dalam menjalankan sesuatu aktiviti. gabungan pergerakan asas lokomotor dan bukan

5.0 TARIKH 27 September 2012, Khamis.

6.0 MASA Pukul 7.45 pagi 9.45 pagi.

7.0 TEMPAT Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.

i.

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

: Kalairajan a/l Sandasagan

Naib Pengerusi : Brenda Anthony Setiausaha : Nur Anis binti Apandi

ii.

JAWATANKUASA KERJA AJK Pertandingan dan Peraturan : Kalairajan a/l Sandasagan

AJK Peralatan dan Persiapan Tempat: Brenda Anthony AJK Keselamatan AJK Pengadil AJK Kehadiran : Nur Anis binti Apandi : Nur Anis binti Apandi : Brenda Anthony

iii.

SENARAI

SEMAK

SEBELUM,

SEMASA

DAN

SELEPAS

PELAKSANAAN PERMAINAN a) Sebelum i) Bil Senarai Semak Sebelum Pelaksanaan Permainan Mengadakan perbincangan 1 dengan semua ahli kumpulan Melantik ahli jawatankuasa 2 pertandingan serta senarai tugas masing-masing 3 4 Membuat kertas kerja Menghantar kertas kerja kepada pensyarah Ya Tidak Catatan

pembimbing. ii) Senarai semak alatan Alatan Tapak tangan Gelen minyak Pemukul kertas Bakul Gelung besar Bola kertas Kon besar 1 4 1 1 1 Bilangan 1 Ya Tidak Catatan

b) Semasa i) Bil Senarai Semak Semasa Pelaksanaan Permainan Memastikan keadaan 1 kesihatan pelajar Memastikan pakaian pelajar 2 adalah selesa Memastikan pelajar 3 memanaskan badan dengan cara yang betul Ya Tidak Catatan

4 5 6

Penyemakan alatan Mengambil kehadiran pelajar Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal Kemudahan peti pertolongan

cemas disediakan. Memberi penerangan tentang

aktiviti yang akan dijalankan Memastikan keadaan padang

selamat Pengadil mestilah berada di kawasan padang permainan

10

sepanjang permainan berlangsung

ii) Senarai Semak Alatan Yang Digunakan Alatan Tapak tangan Gelen minyak Pemukul kertas Bakul Gelung besar Bola kertas 1 1 1 1 Bilangan 1 Ya Tidak Catatan

Kon besar c) Selepas i) Bil

Senarai Semak Selepas Pelaksanaan Permainan Mengemas kawasan padang Menyimpan semula alatan

Ya

Tidak

Catatan

1 2

yang digunakan Membuat refleksi terhadap

pelaksanaan permainan

ii) Senarai Semak Alatan Alatan Tapak tangan Gelen minyak Pemukul kertas Bakul Gelung besar Bola kertas Kon besar 1 4 1 1 1 Bilangan 1 Ya Tidak Catatan

8.0 PELAKSANAAN BUNKER

PERMAINAN

BERDASARKAN

MODEL

THORPE

&

Langkah 1 : Permainan Nama permainan : Hit It Permainan asal : Rounders dan Baseball Kawasan permainan : 10 m x 13 m

-Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan i) Pelan Padang

ii) Pelan Kedudukan Pemain

Petunjuk :

Nama

Gambar

Kon besar

Pemukul

Pembaling

Bakul

Bola

Pengadil

Gelung besar

iv.

Bilangan pemain : 2 kumpulan, 8 orang 1 kumpulan SENARAI NAMA PESERTA

a) Kumpulan Kuning Bil. 1 2 3 4 5 6 7 Haritharan a/l Chandran Lee Yong Hui Wan Noor Farrahheda binti Wan Mohamad Asma binti Hassan Siti Sarah binti Mohd Noor Dewi Ratnahsari binti Japar Farah Solehah binti Ahmad Shukri Nama

Chan Sui Ching

b) Kumpulan Biru Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Chin Soon Seng Muhammad Hasbi bin Bidi Nurul Farah Hani binti Norzari Dyna Nurmaina binti Pidu Farah Azryena binti Nor Azhar Nurul Syazwani binti Ramli Mary Michelle a/k Risa Nur Ayuni binti Zunaidi Nama

Alatan :

Alatan

Bilangan

Gambar

Tapak tangan

Gelen minyak

Pemukul kertas

Bakul

Gelung besar

Bola kertas

Bola besar

8 tali biru Tali biru dan tali kuning 8 tali kuning

Gelung Kecil

20

Wisel

Kumpulan sasaran : Murid sekolah rendah Tahap 2

Langkah 2 : Apresiasi Permainan Peraturan dan Syarat-Syarat Permainan

1.) Permainan ini perlu mempunyai dua pihak iaitu pihak pemukul dan pihak lawan dan setiap pihak perlu mempunyai lapan orang peserta. 2.) Pada pusingan pertama setiap peserta pihak pemukul boleh memilih salah satu daripada tiga pemukul yang disediakan, manakala pada pusingan kedua pihak pemukul perlu menentukan satu pemukul untuk kesemua peserta dalam kumpulan dan ia tidak boleh ditukar sepanjang pusingan kedua. 3.) Pihak pemukul harus melepasi setiap gelung untuk mendapatkan satu mata, manakala jika pihak lawan dapat memasukkan bola semasa pihak pemukul berada di luar gelung, peserta tersebut akan hilang giliran. Sekiranya, pihak pemukul berada di dalam gelung, pemukul lain akan memukul bola dan peserta tersebut boleh menghabiskan pusingan. 4.) Sekiranya pihak pemukul mendapat tiga mata, maka pemukul yang telah mati giliran akan dapat bermain semula.

5.) Sekiranya pihak lawan dapat menangkap bola tanpa jatuh ke tanah maka secara automatik kesemua pihak pemukul akan dikira mati giliran dan mereka akan menjadi pihak lawan. Pihak pemukul tidak boleh memukul bola ke belakang. Ubahsuai 1. Mengubahsuai kayu pemukul kepada pemukul kertas, gelen minyak dan tapak tangan. 2. Bola juga diubahsuai daripada bola keras kepada bola kertas. 3. Kawasan permainan telah diubahsuai kepada 10 x 13 m 2. 4. Jarak antara gelung juga diubahsuai daripada 15 m kepada 4 m. 5. Mengubahsuai bilangan pemain daripada 12 orang pemain kepada 8 orang pemain dalam 1 kumpulan. Variasi 1. Menggunakan 3 jenis pemukul iaitu pemukul kertas, gelen minyak dan tapak tangan. 2. Menggunakan gelung getah kecil yang dimasukkan ke dalam skittle bagi pengiraan mata. 3. Menggunakan tali yang berwarna biru dan kuning untuk membezakan pemain. 4. Menggunakan gelung besar sebagai base. Langkah 3 : Kesedaran Taktikal Prinsip pergerakan 1. Kemahiran melontar bola dan memukul. 2. Kemahiran menangkap bola. 3. Kemahiran berlari. Ruang dan masa 1. Masa bermain diberikan selama 3 minit. 2. Pemain bebas untuk menggunakan ruang yang ditetapkan. Situasi lanjut 1. Pemain perlu pantas bergerak kerana masa untuk bermain adalah terhad. Kesan kelemahan lawan

1. Semasa bermain, pemain boleh mengatur strategi dan dapat membaca gerak geri pihak lawan. 2. Pemain perlu bijak mengatur strategi untuk memungut mata. Langkah 4 : Membuat keputusan 1. Apabila pihak pemukul menggunakan gelen minyak, bola akan melantun dan senang ditangkap oleh pihak lawan. Manakala, sekiranya

menggunakan tapak tangan, bola akan melambung jauh dan sukar untuk ditangkap. 2. Jadi, untuk pusingan kedua, pihak lawan perlu bijak memilih alat pemukul yang akan menentukan mata yang bakal diperolehi. Langkah 5 : Pelaksanaan kemahiran Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan

1.) Salah satu peserta daripada pihak lawan perlu membaling bola kepada pihak memukul untuk memukul bola. 2.) Salah satu peserta daripada pihak pemukul perlu memukul bola sejauh yang mungkin setelah memilih pemukul. 3.) Setelah itu, pemukul tersebut hendaklah berlari untuk menghabiskan satu pusingan sebelum bola dapat dimasukkan ke dalam bakul oleh pihak lawan. 4.) Sementara itu, pihak lawan yang lain perlu mengambil tempat mengikut strategi kumpulan untuk menangkap bola yang dipukul oleh pihak pemukul. 5.) Pihak pemukul yang lain dikehendaki menunggu giliran semasa salah seorang daripada mereka memukul bola. 6.) Permainan diteruskan sehingga masa tamat iaitu selama 3 minit untuk satu pusingan. 7.) Pada pusingan kedua, pihak lawan akan memilih alat pemukul yang akan digunakan oleh pihak pemukul dan begitulah sebaliknya. Langkah 6 : Prestasi Murid-murid seronok semasa bermain. Penglibatan murid juga secara menyeluruh. Murid-murid dapat merancang dan melaksanakan strategi bermain.

Murid-murid dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran pergerakan asas yang diajar oleh guru.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Dalam aspek keselamatan, pemukul tidak boleh memukul ke arah bahagian muka pihak lawan. Pihak lawan juga perlu berada dalam jarak 4 meter daripada gelung tengah. Sediakan kawasan yang terhad supaya apabila bola yang dipukul melebihi kawasan tersebut, pihak pemukul telah membuat homerun dan akan mendapat mata serta tidak perlu melengkapkan pusingan. Masa permainan perlu dipanjangkan, dari 3 minit ke 5 minit.

9.0 RUMUSAN Permainan kanak-kanak ini diharapkan dapat menjadi aktiviti yang dapat membentuk keperibadian positif seseorang individu termasuk semangat kerjasama, perpaduan, saling tolong-menolong, komitmen, tanggungjawab serta komunikasi berkesan dan diharap juga dapat memenuhi tuntutan sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Permainan kanak-kanak ini juga dapat membentuk sahsiah diri, ketahanan mental dan fizikal serta membentuk jati diri yang baik dalam diri murid-murid. Melalui permainan kanak-kanak ini juga, guru dapat merangsang pemikiran yang kreatif dan kritis. Gabungan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang ada dalam permainan ini akan menjadikan kekuatan mental dan fizikal murid berkembang dengan baik dan seimbang. Di samping itu juga, ia mampu memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan murid sekaligus dapat melahirkan seorang rakyat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai