Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN Permainan tradisional merupakan satu khazanah bangsa yang amat berharga.

Ia duwujudkan oleh manusia yang mempunyai daya cipta, daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Manusia sememangnya kreatif dalam menghasilkan permainan-permainan bagi mengisi masa lapang mereka. Menurut sejarah, sebenarnya memang sukar untuk menentukan asal-usul, kewujudan serta pemilik sebenar permainan-permainan tradisional ini. Ia disebabkan oleh pengaruh dan kaedah penyampaian secara lisan oleh nenek moyang kita dahulu kepada anak cucu mereka. Maka dengan ini berlakulah penceritaan yang ditokok tambah serta beberapa pengurangan daripada cerita sebenar. Secara tidak langsung ia telah mengubah keadaan sebenar serta teknik-teknik permainan daripada awalnya. Kesannya, permainan tradisional ini menjadi satu cerita rakyat yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Di negara kita Malaysia, banyak terdapat permainan tradisional yang dimiliki oleh pelbagai kaum. Disini terdapat antara contoh-contoh permainan tradisional mengikut kaum di Malaysia :

MELAYU
Batu Seremban Sepak Raga Congkak Galah Panjang

CINA
Yoyo Cina Mahjong Dam Cina

INDIA
Kabbadi Kho-kho

PERMAINAN TRADISIONAL ( TAYAR LERENG ) Permainan tayar lereng merupakan satu permainan tradisional yang popular sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Ia sangat popular pada waktu itu dan dimainkan oleh kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Permainan ini juga merupakan salah satu permainan kami pada masa kecil. Pada masa itu, permainan ini sangat popular dan diminati di kalangan kami. Akan tetapi, di masa ini permainan tayar lereng ini telah jarang dimainkan oleh kanak-kanak. Maka sebab itulah kami memilih permainan ini untuk diketengahkan. Permainan ini tidak memerlukan banyak alatan di mana ia hanya memerlukan sebuah tayar basikal terpakai sahaja untuk memulakannya. Permainan ini juga dikenali sebagai bola lereng kerana cara permainannya seolah-olah menggolek sebiji bola. Secara ringkasnya, permainan ini dimainkan oleh seorang pemain yang akan melerengkan tayar tersebut di celah kaki beberapa lagi pemain yang berdiri dihadapannya. Kami akan menerangkan lebih lanjut lagi mengenai kaedah-kaedah dan peraturan permainan ini di halaman seterusnya. Kami juga telah membuat bebarapa perubahan dalam permainan ini untuk disesuaikan dengan muridmurid. Perubahan tersebut adalah dari segi cara permainan dan hukuman yang dikenakan kepada pemain dalam permainan ini. Harapan kami

mengketengahkan permainan tradisional ini adalah supaya ia akan terus kekal dan tidak pupus ditelan zaman.

CIRI-CIRI PERMAINAN TAYAR LERENG Antara ciri-ciri permainan ini ialah : Permainan luar Bukan pertandingan Diubahsuai Lokomotor KAEDAH DAN PERATURAN PERMAINAN TAYAR LERENG Kawasan Permainan Permainan tayar lereng hanya memerlukan kawasan yang tidak terlalu luas di mana ia boleh dimainkan di : Halaman rumah Padang permainan Keluasan kawasan permainan :

Kawasan padang/halaman

Pemain yang melerengkan tayar.

Pemain dalam keadaan membuka kaki seluas bahu.

Tayar yang hendak dilereng.

Penjaga supaya tayar tidak jauh tersasar.

Peralatan Permainan tayar lereng hanya memerlukan sebuah alatan iaitu : Tayar basikal terpakai

Pemain Pemain bagi permainan ini adalah : Minimum 3 orang Seramai mungkin Seorang sukarela untuk menjadi penghalang tayar supaya tidak pergi lebih jauh ke belakang.

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN Berikut adalah langkah-langkah dalam permainan tayar lereng : Sebelum memulakan permainan, undian perlu dilakukan untuk memilih siapa yang akan menjadi pelereng tayar dan seorang sukarela menjadi penghalang tayar. Undian yang dilakukan adalah dengan cara Lalalitamplom. Pemain yang mula-mula terkeluar akan menjadi pelereng tayar dan pemain yang paling akhir terkeluar akan menjadi seorang sukarela sebagai penghalang tayar. Pelereng yang terpilih akan berdiri di hadapan dengan pemain lain dan bersedia untuk melereng tayar. Pemain lain pula akan berada dalam posisi yang betul dan dalam keadaan bersedia iaitu berdiri sambil membuka kaki seluas bahu. Apabila semua pemain telah bersedia permainan tayar lereng bolehlah dimulakan. Pelereng akan mula melerengkan tayar dan pemain lain perlu mengelak daripada terkena tayar tersebut dengan melompat apabila tayar berada di celah kaki masing-masing. Pemain yang mengelak bebas menggunakan teknik ataupun cara-cara untuk mengelak

asalkan tayar tersebut melalui di celah kaki. Jika tayar tersebut tidak melalui celah kaki, maka dengan secara automatik pemain tersebut akan terkeluar. Jika ada di kalangan pemain yang terkena tayar, maka pemain itu dianggap mati ataupun terkeluar daripada permainan. Pemain yang

terkeluar akan dikenakan denda. Denda yang akan dikenakan ialah pemain akan melakukan lompatan katak sebanyak 10 kali ataupun berjalan itik mengelilingi barisan pemain yang lain. Setelah pemain tersebut melaksanakan denda tersebut, dia pula akan menjadi pelereng. Permainan akan berterusan sehiggalah mendapat persetujuan

daripada semua pemain untuk dihentikan ataupun ditamatkan.

PERATURAN PERMAINAN Setiap posisi pemain adalah ditentukan melalui undian. Posisi tersebut ialah pelereng, pemain yang mengelak dan seorang sukarela yang akan menghalang tayar daripada terkeluar jauh dari kawasan permainan. Pemain hanya boleh mengelak tayar dengan menggunakan kaedah lompatan dan sebagainya asalkan tayar tersebut melalui celah kaki. Mengelak dengan melangkah ke kanan ataupun kiri adalah tidak dibenarkan. Jarak antara pemain adalah sedepa. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan supaya pemain tidak berlanggar antara satu sama lain. Mana-mana pemain yang terkena tayar akan didenda dengan melakukan lompatan katak sebanyak 10 kali ataupun berjalan itik mengelilingi barisan pemain yang lain. Pemainan boleh ditamatkan mengikut persetujuan semua pemain.

Menguji kecekapan kanak-kanak dalam aktiviti lokomotor iaitu aktiviti lompatan.

OBJEKTIF PERMAINAN

OBJEKTIF PERMAINAN

Memupuk semangat guna semula barangan terpakai dalam kalangan kanak-kanak dengan menggunakan semula tayar yang telah digunakan.

Meningkatkan daya tindak balas kanakkanak dengan mengelak daripada terkena tayar yang melereng ke arah mereka.

Mengukur daya ketepatan murid semasa melereng tayar supaya tidak terkeluar daripada sasaran.

NILAI-NILAI MURNI

Memupuk nilai berjimat cermat dalam kalangan kanak-kanak.

Menyemai semangat ingin berusaha dalam diri kanakkanak.

NILAI NILAI MURNI

Menanam sikap berhati-hati dalam diri kanak-kanak.

Menimbulkan nilai mempertahankan diri dalam kalangan kanakkanak.

PENGURUSAN BERMAIN PERMAINAN TAYAR LERENG DALAM PROSES PEMBELAJARAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan tayar lereng ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran matematik. Ini adalah kerana permainan ini berkait rapat dengan nombor. Di sini kami mengaplikasikannya dalam tajuk ukuran panjang. Tajuk ukuran panjang adalah bersesuaian dengan permainan ini kerana ia melibatkan jarak. Jika dilihat pada permulaan permainan ini lagi ia sudah melibatkan tajuk ukuran panjang di mana murid yang bermain sebagai pengelak akan mengukur jarak dalam barisan. Ukuran yang digunakan adalah depa. Ukuran depa adalah ukuran di mana pemain akan mendepakan kedua-dua tangan di antara satu sama lain. Jadi, dengan menggunakan ukuran ini, secara tidak langsung murid telah belajar satu unit ukuran bukan piawai iaitu ukuran depa. Selain itu, semasa proses pengajaran guru juga boleh mengaplikasikan unit ukuran bukan piawai yang lain seperti hasta, jengkal dan langkah. Murid boleh menukar unit ukuran yang digunakan selain daripada menggunakan unit ukuran depa. Proses ini akan membuatkan murid berasa seronok untuk bermain kerana mereka menggunakan anggota badan dalam membuat ukuran. Setelah permainan dimulakan, selain daripada mengelak tayar yang dilerengkan, di sini murid boleh melaksanakan satu aktiviti pembelajaran mengukur jarak tayar yang dilerengkan dengan menggunakan unit piawai. Ukuran yang digunakan adalah dalam unit meter (m) dan sentimeter (cm). Guru akan membimbing murid mengukur jarak dengan menggunakan pita pengukur.

Murid akan merekod ukuran yang telah dibuat. Semasa permainan berjalan, guru juga boleh menyoal murid secara lisan berkaitan dengan hasil ukuran jarak yang telah direkodkan. Guru boleh menyoal tentang penukaran unit antara meter (m) dan sentimeter (cm). Soalan mestilah berupa penukaran unit yang mudah dan senang dijawab oleh murid. Ini adalah kerana murid hanya menjawab secara lisan. Pemain yang membuat ukuran yang tepat dan menjawab dengan betul soalan yang diberikan boleh dikira sebagai pemenang selain daripada berjaya mengelak tayar yang dilerengkan. Pemain yang gagal merekod dengan tepat dan gagal menjawab soalan yang diberikan akan didenda mengikut cara denda yang telah ditetapkan dalam permainan ini. Dengan ini, berlaku dua proses pembelajaran iaitu aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam keseronokan bermain, murid secara tidak langsung akan mendapat pembelajaran daripadanya. Guru juga boleh melaksanakan aktiviti tambahan seperti penambahan dan penolakan unit ukuran panjang. Murid akan menambah dan menolak unit ukuran panjang daripada hasil ukuran yang telah direkodkan. Aktiviti ini boleh dilakukan setelah murid selesai bermain. Kesimpulannya, permainan tradisional seperti tayar lereng ini sangat sesuai untuk dijadikan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran matematik. Ia juga tidak terhad kepada tajuk ukuran panjang sahaja, malah boleh juga digunakan dalam tajuk masa dan waktu. Guru boleh menggunakan kreativiti sendiri dalam mengolah permainan tayar lereng ini menjadi satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok dan

bermakna. Sesungguhnya permainan tradisional yang telah dimainkan sejak dahulu lagi bukan sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja, akan tetapi ia boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping bermain, murid juga melalui proses pembelajaran.

REFLEKSI Konsep permainan dalam proses pembelajaran kanak-kanak adalah satu konsep yang sangat efisyen dalam menarik minat murid untuk belajar. Setelah saya mendapat tugasan ini, saya berasa sangat teruja untuk menyiapkannya. Ini adalah kerana konsep ini merupakan elemen yang sangat sesuai dalam pembelajaran kepada kanak-kanak terutamanya murid-murid yang berada di sekolah rendah. Murid-murid di sekolah rendah lebih cenderung kepada bermain. Maka pengurusan bermain dalam proses pembelajaran adalah bertepatan dengan mereka. Melalui tugasan yang telah saya hasilkan ini, sedikit sebanyak ia dapat mengembangkan lagi idea-idea saya tentang bagaimana cara-cara dan teknikteknik yang akan saya gunakan dalam proses ini. Saya menyedari bahawa permainan tradisional adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk melaksanakannya. Dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, di mana saya lebih menekankan untuk menarik minat murid untuk belajar. Murid yang pada dasarnya tidak berminat untuk belajar akan timbul minatnya seandainya proses permainan dalam pembelajaran ini digunakan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan saya sebagai guru dalam menyampaikan maklumat pembelajaran kepada mereka. Selain itu, ia juga boleh menggalakkan kehadiran murid saya ke sekolah. Ini adalah kerana di sekolah saya majoritinya adalah di kalangan murid orang asli. Mereka sememangnya tidak berminat untuk datang ke sekolah dan jika

saya gunakan konsep permainan dalam proses pembelajaran, ia boleh mengubah keadaan ini. Mereka akan tertarik dan akan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Melalui penggunaan permainan tradisional dalam proses pembelajaran ini, ia dapat mengekalkan kewujudannya dan tidak pupus ditelan zaman. Manakala dalam aspek alam pembelajaran yang berkesan terhadap murid-murid, saya mendapat maklumat yang berguna dalam pengurusan kelas. Tiga aspek yang saya pelajari ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya nanti. Ia juga bertepatan dengan teknik pengajaran menggunakan permainan tradisional seperti permainan tayar lereng yang saya aplikasikan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN NEGERI SEMBILAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP) ________________________________________________________________

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103


________________________________________________________________ NAMA SUNAN : MOHD NORSUHAIMI B MOHD

( 810525-05-5093 ) MOHD ZAKI B JANHARI () ANGKA GILIRAN KUMPULAN / UNIT (PPG) : : / PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH 1 SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2011

KOD / MATA PELAJARAN

EDU 3103 / MURID DAN ALAM

BELAJAR PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN : : 10.03.2012

KANDUNGAN PENGHARGAAN PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL PENGURUSAN BERMAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN MEWUJUDKAN ALAM BELAJAR YANG BERKESAN (3 ASPEK ALAM BELAJAR) RUJUKAN REFLEKSI LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai