Anda di halaman 1dari 14

MADRASAH TARBIYAH ISLAMIAH

MACHANG BUBOK

HARI SUKANEKA

TARIKH : 16 MAC 2016

HARI : SABTU

MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PADANG SEKOLAH MACHANG BUBOK


CADANGAN KERTAS KERJA SUKANEKA 2019

1.0 PENDAHULUAN

Program ini bertujuan untuk memberikan keseronokan dan kegembiraan sebenar yang akan
dapat dirasai oleh para pelajar apabila para pelajar menyertai, mengambil bahagian atau
terlibat secara langsung. Ia juga menjurus kepada pendedahan peringkat awal untuk
menanamkan minat yang lebih mendalam terhadap aktiviti yang bercorak pertandingan.
Secara tidak langsung, ia juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada para
pelajar untuk digunakan pada masa yang bersesuaian. Selain itu, ia juga dapat memupuk
semangat kesukanan dalam diri pelajar untuk digabungkan serta digunakan di dalam
suasana pembelajaran yang berkaitan. Melalui aktiviti yang sedemikian, para pelajar akan
didedahkan dengan peraturan dan kemahiran yang sebenar untuk diaplikasikan dalam
permainan sama ada dalam bentuk pertandingan atau bukan pertandingan. Selain itu,
program ini dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar dalam menempuh kehidupan
pada masa akan datang.

2.0 RASIONAL

Melalui aktiviti yang sebegini para pelajar akan mempunyai sikap yang positif seperti percaya
dan yakin kepada diri sendiri serta perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan mental. Melalui aktiviti ini juga, para pelajar akan dinilai dari pelbagai sudut sama
ada secara kumpulan ataupun individu. Pemupukan nilai murni yang lain akan dapat
dicungkil atau dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, program ini
dapat mencungkil bakat semulajadi yang telah ada dalam diri pelajar untuk dikembangkan.
Program ini juga diharapkan dapat memberikan keseronokan dan kegembiraan dalam diri
pelajar agar pelajar akan lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam sukan-sukan yang lain.

2
3.0 MATLAMAT

Dengan adanya aktiviti seperti ini para pelajar akan:

1. Merasai keseronokan dan kegembiraan


2. Mempunyai sikap yang positif ke arah penjagaan kesihatan
3. Mempunyai nilai-nilai murni yang perlu diamalkan semasa terlibat
dalam sesuatu pertandingan
4.Mempunyai aktiviti yang positif untuk diisi pada masa lapang
5. Mengaplikasi dan mengembangkan bakat semulajadi
6. Sentiasa ingin ke sekolah

4.0 PERINCIAN AKTIVITI

4.1 Tarikh , masa dan tempat

Tarikh : 16 Mac 2019


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Padang Sekolah Machang Bubok
Sasaran : Warga MTIMB (230 pelajar)

4.2 Penglibatan

Program ini melibatkan seramai 230 pelajar Sekolah Madrasah Tarbiyah Islamiah
Machang Bubok berserta 11 orang guru sekolah. Setiap pelajar adalah diwajibkan
untuk mengambil bahagian.

3
4.3 Acara permainan yang dipertandingkan

4.3.1 Mengambil coklat dalam tepung ( Tahap 1 ) -Umum


4.3.2 Bawa bola ping pong dengan menggunakan sudu ( Tahap 1) Lelaki
4.3.3 Memancing botol (Tahap 1) Lelaki
4.3.4 Meniup belon sehingga pecah (Tahap 1) Perempuan
4.3.5 Mengisi air dalam botol menggunakan span (Tahap 1 ) -Perempuan
4.3.6 Lari dalam guni (Tahap 2 ) Lelaki
4.3.7 Lari membawa bola berganti-ganti ( Tahap 2) Lelaki
4.3.8 Lari menggunakan terompah tempurung ( Tahap 2) Perempuan
4.3.9 Lumba Skipping ( Tahap 2) Perempuan
4.3.10 Makan Biskut ( Tahap 2 ) Umum
4.3.11 ‘Musical chair’ (Guru dan murid )
4.3.12 Bowling Kelapa (Guru)

4.4 Format permainan

4.4.1 Pelajar akan dipecahkan kepada 3 kumpulan dengan 4 atau 5 ahli bagi
setiap kumpulan dan setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang ketua
yang akan dilantik oleh ahli kumpulan tersebut semasa pembentukan
kumpulan pada masa pendaftaran.

4.4.2 Taklimat mengenai acara permainan akan diberikan oleh ahli


jawatankuasa penganjur sebelum acara dimulakan dengan penerangan
susunatur permaianan yang akan dimainkan serta format pemarkahan
yang diberikan untuk setiap acara. Bagi setiap acara yang akan dimulakan,
penerangan dan tatacara tentang acara tersebut akan diberikan terlebih
dahulu oleh pihak penganjur.
4.4.3 Perlaksanaan untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan dinyatakan seperti
berikut:-

4
Acara Aktiviti

1. Mengambil coklat dalam Para peserta dikehendaki untuk mengambil coklat yang diletakkan
tepung di dalam tepung dengan menggunakan mulut. Peserta dikehendaki
berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item diletakkan).
Peserta yang berjaya memperolehi item yang diminta dengan masa
yang terpantas dikira pemenang.

2. Bawa bola ping pong Para peserta dikehendaki untuk membawa bola ping pong dengan
menggunakan sudu menggunakan sudu dan sudu tersebut perlu diletakkan dimulut
oleh setiap peserta. Peserta yang gagal dalam lariannya
dikehendaki untuk mengulanginya semula di garisan mula. Peserta
dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan). Peserta yang berjaya adalah dikira berdasarkan masa
yang terpantas.

3. Memancing botol Para peserta dikehendaki untuk memancing botol dengan


menggunakan pancing yang direka khas oleh pihak penganjur.
Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B
(tempat item diletakkan) secara bergilir-gilir dengan peserta yang
lain. Pemenang dikira berdasarkan masa terpantas oleh setiap
peserta.

4. Meniup belon sehingga Acara ini dimulakan secara serentak untuk ke semua peserta
pecah (individu). Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke
garisan B (tempat item diletakkan). Peserta yang berjaya meniup
belon sehingga pecah dengan masa yang terpantas dikira sebagai
pemenang.

5
5. Mengisi air dalam botol Para peserta dikehendaki untuk mengisi air dalam botol dengan
menggunakan span menggunakan span. Setiap peserta dibekalkan span dan satu baldi
air. Tindakan ini perlu dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta
dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan). Peserta yang berjaya mengisi air dalam botol sehingga
penuh dan dengan masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

6. Lari dalam guni Acara ini dilakukan secara berkumpulan iaitu setiap kumpulan akan
dipecahkan kepada dua kumpulan kecil utama. Setiap peserta
dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (ke kumpulan
kecil ke-2). Larian ini dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta yang
berjaya melakukannya dalam masa yang terpantas dikira sebagai
pemenang.

7.Lari Membawa Bola Setiap kumpulan akan terdiri daripada 6 orang kanak-kanak
Berganti-Ganti sepasukan. 3 orang akan berada dibelakang garisan permulaan
dengan sebiji bola dan empat orang lagi akan berada digarisan
penamat. Apabila wisel dibunyikan , peserta pertama di garisan
permulaan akan berlari membawa bola kepada peserta pertama
digarisan penamat dan peserta itu pula akan berlari menghantar
bola kepada peserta seterusnya. Langkah ini akan diulangi oleh
peserta-peserta lain dalam kumpulan sehingga giliran peserta
terakhirnya. Peserta terakhir kumpulan akan membawa bola
sepantas mungkin untuk melepasi garisan penamat. Pemenang
akan ditentukan berdasarkan siapa yang sampai dahulu digarisan
penamat.

6
8. Lari menggunakan Acara ini juga dilakukan secara berkumpulan iaitu setiap kumpulan
terompah tempurung akan dipecahkan kepada dua kumpulan kecil utama. Setiap peserta
(kasut emas) dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (ke kumpulan
kecil ke-2). Larian ini dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta yang
berjaya melakukannya dalam masa yang terpantas dikira sebagai
pemenang.

9.Lumba Skipping Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang. Separuh daripada mereka
akan berada di garisan permulaan dan separuh akan berada
digarisan penamat. Apabila wisel dibunyikan, peserta pertama
digarisan permulaan akan berlari ke tengah gelanggang dan
menggambil tali skip dari dalam gelung rotan, seterusnya berlari
skip ke arah peserta pertama digarisan penamat dan memberikan
tali skip tersebut kepadanya.peserta tersebut pula akan berlari skip
ke tengah gelanggang dan meletakkan kembali tali skip ke dalam
gelung,kemudian berlari ke arah peserta seterusnya dan menepuk
tangan peserta itu untuk meneruskan permainan. Peserta-peserta
lain akan melakukan rutin yang sama sehingga peserta terakhir
dapat berlari sepantas mungkin ke garisan penamat untuk merebut
gelaran pemenang. Pemenang akan ditentukan berdasarkan siapa
yang sampai dahulu di garisan penamat.

7
10. Makan Biskut Acara ini memerlukan kerjasama bagi setiap kumpulan iaitu lelaki
dan perempua. Peserta akan bertanding secara berasingan di
antara lelaki dan perempuan. Peserta dikehendaki untuk makan
biskut yang digantung sehingga habis. Peserta yang berjaya
memakan biskut sehingga habis dalam masa yang terpantas dikira
sebagai pemenang.

11. ‘Musical chair’ Acara ini memerlukan dua orang wakil bagi setiap kumpulan iaitu
lelaki dan perempuan. Peserta akan bertanding secara berasingan
di antara lelaki dan perempuan. Muzik (lagu) akan dimainkan oleh
pihak penganjur dan peserta dikehendaki untuk berebut untuk
mendapatkan kerusi yang diletakkan apabila muzik diberhentikan.
Peserta yang berjaya mendapatkan kerusi dalam masa yang
terpantas dikira sebagai pemenang.

12.Bowling Kelapa Peserta akan diberi sebiji kelapa seorang .Pemain hendaklah
menggolekkan kelapa kearah botol minuman yang tersusun dan
menjatuhkannya.Pemain yang dapat menjatuhkan botol minuman
paling banyak akan dikira sebagai pemenang.Setiap pemain diberi 3
kali percubaan

4.5 Hadiah

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kumpulan dengan
mengambilkira tempat pertama, kedua, dan ketiga.

8
4.6 Keselamatan

Pihak penganjur akan menyediakan peti kecemasan (First Aid Kit) sewaktu program
sedang berlangsung. Penganjur juga menyediakan kenderaan sekiranya berlaku
kecemasan/kecederaan.

4.7 Pakaian

Para peserta diingatkan agar memakai pakaian sukann sekolah berwarna ungu
sekiranya tidak mempunyai pakaian sukan berwarna ungu boleh memakai tshirt
berwarna putih.

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN BIDANG TUGAS

5.1 Ahli Jawatankuasa

Penasihat Program : Ustaz Hushaimi Bin Othman


Pengarah Program : Ustazah Nor Faizah Bt Shukor
Timbalan Pengarah : Ustazah Nurul Amalina Bt Yusni
Setiausaha : Ustazah Yusmida Bt Yahya

Bendahari : Ustazah Syuhaida Bt Mustafa


AJK Logistik : Ustazah Fadzilah Bt Abu Seman
: Ustazah Siti Hanum Bt Samsuri
AJK Cenderahati : Ustazah Rohaniyah Bt Ahmad
: Ustazah Hazwani Bt Md. Ramli

AJK Tugas Khas : Ustazah Munirah Bt Nordin


: Ustazah Noraini Bt Osman

9
5.2 Bidang Tugas AJK

5.2.1 Pengarah Program

5.2.1.1 Memantau setiap AJK menjalankan tugas dan


memastikan program berjalan dengan lancar.
5.2.1.2 Berurusan dengan pihak pengurusan untuk kelulusan
kertas kerja dan pelaksanaan program.

5.2.2 Timbalan Pengarah Program


5.2.2.1 Membantu Pengarah Program menjalankan tugas
seperti 5.2.1.1 dan 5.2.1.2

5.2.3 Setiausaha
5.2.3.1 Menyediakan minit mesyuarat.
5.2.3.2 Menyediakan urusan surat-menyurat rasmi.
5.2.3.3 Menyediakan kertas kerja.

5.2.4 Bendahari
5.2.4.1 Menyediakan anggaran belanjawan program.
5.2.4.2 Mengumpul dan memegang kutipan yuran program.
5.2.4.3 Bertanggungjawab ke atas perbelanjaan program.
5.2.4.4 Memantau prestasi kewangan.

5.2.5 AJK Logistik

5.2.5.1 Menyediakan segala peralatan yang diperlukan.


5.2.5.2 Mengatur dan menyediakan gelanggang untuk pertandingan acara.
5.2.5.3 Membekalkan makanan dan minuman kepada peserta.

10
5.2.6 AJK Cenderahati
5.2.6.1 Menyediakan hadiah untuk setiap pemenang.
5.2.6.2 Bertindak sebagai urusetia program.

5.2.6.3 Memastikan perjalanan acara program berjalan


dengan baik seperti yang dirancangkan.

5.2.7 AJK Tugas Khas

5.2.7.1 Memberi taklimat dan penerangan bagi setiap acara yang akan
dimulakan.
5.2.7.2 Menyediakan format pertandingan dan pemenang.
5.2.7.3 Bersedia jika berlaku kecemasan sewaktu menjalankan acara.

5.2.7.4 Menyediakan kenderaan sekiranya berlaku kecemasan.

11
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL PERKARA KUANTITI KOS ANGGARAN CATITAN

1 MINUMAN PERSERTA RM 1.00 X 230 RM 230

2 ROTI RM 0.80 X 230 RM 184

3 HADIAH

• TEMPAT PERTAMA RM 2.00 X 60 RM 120


• TEMPAT KEDUA RM 2.00 X 60 RM 120
• TEMPAT KETIGA RM 2.00 X 60 RM 120

4
PERALATAN AKTIVITI

• TEPUNG RM 2.50 X 5 RM 12.50


• BELON RM 5.00 X 3 RM 15.00
• GULA-GULA RM 5.00 X 5 RM 25.00

JUMLAH BESAR RM 718.50

12
7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TEMPAT PETUGAS

7.30 -8.00 am Murid berkumpul Padang sekolah AJK Terlibat

8.00-8.20 am Bawa Bola ping pong Padang sekolah AJK Terlibat


(Tahap 1-L)
8.20-8.40 am Mengisi air dalam botol Padang sekolah AJK Terlibat
Menggunakan span (Tahap 1-P)
8.40-9.00 am Meniup Belon Hingga Pecah Padang sekolah AJK Terlibat
(Tahap 1-P)
9.00-9.20 am Memancing Botol Padang sekolah AJK Terlibat
(Tahap 1-L)
9.20-9.40 am Mengambil coklat dalam Padang sekolah AJK Terlibat
tepung (Tahap 1-Umum)
9.40-10.00 am Lari Dalam Guni Padang sekolah AJK Terlibat
(Tahap 2- L)
10.00-10.20 am Lumba Skinpping Padang sekolah AJK Terlibat
(Tahap 2-P)
10.20-10.40 am Lari Membawa Bola Berganti- Padang sekolah AJK Terlibat
ganti (Tahap 2-L)
10.40-11.00 am Lari Mengunakan Terompah Padang sekolah AJK Terlibat
Tempurung (Tahap 2-L)
11.00-11.20 am Makan Biskut Padang sekolah AJK Terlibat
( Tahap 2-Umum)
11.20-11.40 am Musical Chair Padang sekolah AJK Terlibat
(Guru dan Murid)
11.40-12.00 am Bowling Kelapa Padang sekolah AJK Terlibat
(Guru)
12.00-12.30 am Penyampaian Hadiah Padang sekolah AJK Terlibat

12.30 am Bersurai Padang sekolah AJK Terlibat

13
8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala objektif dan tujuan yang telah dirancang dalam kertas kerja ini
dapat dicapai dengan jayanya. Sehubungan itu, kami amat berharap agar kertas kerja ini
mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ ...............................................
NOR FAIZAH BINTI SHUKOR HUSHAIMI BIN OTHMAN
Pengarah Guru Besar
Program ‘Sukaneka Sekolah’ Madrasah Tarbiyah Islamiah
Machang Bubok

14

Anda mungkin juga menyukai