Anda di halaman 1dari 6

IDEA PERMAINAN

Bowling Kelapa

Peralatan:

i. Buah Kelapa
ii. Botol Air

Cara Permainan:

1. Peserta haruslah berada di belakang garisan dan tidak dibenarkan melebihi garisan
tersebut semasa meleretkan buah kelapa.
2. Peserta perlu menggolekkan kelapa untuk menjatuhkan botol mineral yang telah disusun.
3. Kemahiran meleret dan menggolek sahaja dibenarkan. Jika peserta menggunakan
kemahiran lain peserta akan dikira batal dan tidak dikira markah.
4. Pasukan yang menjatuhkan botol mineral paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

1
Lari Dalam Guni

Peralatan:

i. Guni
ii. Tali Rapia

Cara Permainan:

1. Dua garisan penanda dibuat sebagai garisan permulaan dan penamat untuk para
pemain.
2. Pemain hanya perlu memasukkan kaki dan anggota badan ke paras pinggang ke
dalam guni.
3. Setelah isyarat mula diberitahu, pemain perlu berlari sambil memegang bucu guni
bagi mengelakkan daripada terjatuh.
4. Pemain yang sampai dahulu ke garisan penamat dikira sebagai pemenang.
Manakala pemain yang terjatuh atau terkeluar dari dalam guni perlu memulakan
permainan dari garisan penanda.

2
Tic Tac Toe

Peralatan:
i. Kain berlainan warna (dua jenis warna)
ii. Hula Hoop (kecil)

Cara Permainan:
1. Bentuk dua pasukan (Pasukan 1 dan Pasukan 2) dan beratur. Setiap pasukan akan
mewakili kain warna yang berbeza. Beri kain kepada tiga orang pertama
mewakili warna kumpulan mereka.
2. Gunakan Hula Hoop untuk membentuk Tic-Tac-Toe di hujung lapangan dari
tempat pemain bermula.
3. Apabila fasilitator memberi isyarat "Go", pemain pertama dalam setiap pasukan
berlumba ke Tic-Tac-Toe, meletakkan kain di dalam Hula Hoop dan berlari
semula ke garisan permulaan.
4. Pemain kedua dalam pasukan mula larian apabila pemain pertama melepasi garis
mula dan pemain pertama berlari ke belakang garisan kumpulan semula.
5. Selepas tiga pemain berlari ke Tic-Tac-Toe, pemain seterusnya akan mengalihkan
kain pasukan mereka untuk mendapat satu garisan warna yang sama. Permainan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat satu garisan warna dan dikira sebagai
pemenang.

3
Balung

Peralatan:
i. Skital (kecil)
ii. Hula Hoop (kecil)

Cara Bermain:
1. Pasukan mesti berada di belakang garisan yang telah ditetapkan
2. Masa akan diberikan selama 3 minit
3. Satu kumpulan dibekalkan dengan (nombor) Hula Hoop
4. Pemain mestilah melontarkan kesemua Hula Hoop ke dalam skital yang
diletakkan.
5. Pemain yang dapat memasukkan 10 Hula Hoop ke dalam skital dan paling cepat
menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang.

4
Baling Bola Ping Pong Dalam Bakul

Peralatan:
i. Bola Ping Pong
ii. Bakul (3 Saiz)

Cara Permainan:
1. Pasukan mesti berada di belakang garisan yang telah ditetapkan
2. Masa akan diberikan selama 3 minit
3. Satu kumpulan dibekalkan dengan (nombor) bola Ping Pong
4. Pemain mestilah melontarkan kesemua Ping Pong ke dalam bakul yang
diletakkan.
5. Pemain yang dapat memasukkan bola Ping Pong ke dalam bakul dan paling cepat
menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang.

5
Lari Ikat Kaki
Lastik Piramid Kad

Anda mungkin juga menyukai