Anda di halaman 1dari 1

Cara-Cara Permainan Baling Tin

Alat: tin dan selipar

Tempat: ruangan yang luas atau padang bola

Cara:

1. Membahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pelontar/pembahagi dan kumpulan


penyerang.
2. Membuat undian untuk menentukan kumpulan yang mana akan memulakan permainan.
3. Jika pihak pelontar memulakan permainan, mereka perlulah berdiri di belakang garisan
untuk melontar selipar.
4. Kumpulan penyerang akan berada di belakang tin untuk bersedia sekiranya pihak pelontar
akan menjatuhkan tin, mereka perlu menyerang dengan segera dengan membalingkan
selipar tersebut.
5. Cubaan balingan sebanyak 3 kali. Sekiranya pelontar gagal menjatuhkan tin,maka mereka
akan bertukar menjadi pihak penyerang.
6. Jika pihak pelontar dapat menjatuhkan tin, maka mereka hendaklah segera melarikan diri
kerana pihak penyerang akan menyerang mereka dengan selipar. Jika selipar tersebut
terkena akan mereka, maka mereka tersingkir atau keluar dari permainan.
7. Sekiranya pihak pelontar berjaya menyusun semula kesemua tin tersebut mereka akan dikira
pemenang.

Anda mungkin juga menyukai