Anda di halaman 1dari 6

Jenis-Jenis Komunikasi Era Digital dalam Revolusi Perindustrian ke-4 (IR 4.

0) dan
Cabaran Guru dalam Mengaplikasikan Pembelajaran Digital dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

Kronologi perkembangan negara yang mencakupi pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi
dan politik sering menawan perhatian di persada dunia. Dalam transisi dari era pertanian ke era
industri, kehidupan manusia menjadi lebih kompleks dan penuh dengan unsur persaingan
(Noorashid et al., 2019). Sehubungan dengan itu, Revolusi Perindustrian ke-4 (IR 4.0)
dibuktikan memainkan peranan sebagai tunjang bagi keberkesanan negara dalam
memanfaatkan potensinya dengan penuh. Revolusi Industri 4.0 berdefinisikan sebagai
penguatan pengoperasian dan struktur industri yang menitikberatkan perkembangan teknologi
digital untuk meminimumkan pembiayaan tenaga kerja manusia serta meningkatkan hasil dan
kelangsungan pengurusan. Penggunaan teknologi setara dengan IR 4.O telah memberikan
dampak positif bukan sahaja pada gaya hidup, tetapi juga mengacukan perubahan yang ketara
dalam bidang pendidikan (Arifin, 2022). Tambahan pula, bidang pendidikan menerima
penyusunan yang drastik di mana pengaplikasian teknologi dalam proses pembelajaran lebih
ditumpukan dengan mendokong implimentasi IR 4.0. Peneguhan teknologi terhadap bidang
pendidikan adalah khusus supaya tenaga kerja yang diperoleh daripada sistem pendidikan
negara mampu melengkapi mutu pasaran pekerjaan berkonsepkan IR 4.0. Dalam konteks yang
lain, kewujudan elemen multimedia seperti teks, grafik, video dan audio membekalkan pelajar
dengan persekitaran pembelajaran yang menarik serta kondusif. Namun, pendidik didapati
berdepan dengan pelbagai cabaran ketika menerapkan komponen digital dalam proses
pengajaran mereka walaupun mempunyai pilihan yang meluas.

Keberhasilan Revolusi Perindustrian ke-4 (IR 4.0) membawa kepada kelahiran variasi
komunikasi era digital. Panggilan video dalam talian merupakan salah satu jenis komunikasi era
digital yang menampakkan prestasi yang gemilang seiring dengan era pemodenan negara.
Pada mulanya, panggilan video dalam talian dicipta bertujuan mengatasi jurang komunikasi
yang wujud akibat faktor-faktor tertentu. Sehubungan dengan itu, kemunculan wabak Covid-19
mendorong kemajuan panggilan video ke arah pemerkasaan pembelajaran secara maya.
Pelbagai aplikasi atau platform digital yang bersesuaian diaplikasikan seperti Whatsapp, Google
Meet, Zoom, Webex, Microsoft Teams dan sebagainya untuk meneruskan aktiviti
pembelajaran meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan
oleh kerajaan (Nor Fauziana Mohd Salleh, 2020). Penerapan aplikasi-aplikasi tersebut telah
membuka laluan kepada para pendidik dalam penerusan proses pembelajaran mangarungi
cara yang efisien serta mudah diakses. Proses pembelajaran dinaik taraf dan menjadi lebih
interaktif bagi kalangan pelajar. Pada masa yang sama, ini juga secara tidak langsung mendidik
generasi muda tentang cara-cara menggunakan teknologi maklumat secara beretika. Selain itu,
fungsi-fungsi istimewa yang terkandung dalam aplikasi-aplikasi panggilan video mampu
menyediakan medium yang seiras dengan sekolah. Sebagai contoh, aplikasi Google Meet
dapat memuatkan lebih kurang 100 pelajar dan pendidik berupaya mengadakan sesi
pembentangan sekaligus mencapai objektif pembelajaran. Tuntasnya, panggilan video dalam
talian merupakan satu solusi yang amat cekap serta strategik dalam pemantapan komunikasi
semasa kelangsungan proses pembelajaran.

Jenis komunikasi digital yang seterusnya ialah Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan
buatan. Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) merupakan satu cabang dari kemahiran
komputer yang mendalami bagaimana mengatur mesin (komputer) yang berupaya melakukan
kegiatan seperti dan sebaik yang dilaksanakan oleh manusia mahupun lebih baik daripada
kemampuan manusian (Dahria, 2008). Tambahan pula, sesetengah perusahaan teknologi telah
menerapkan AI diantaranya Amazon, Facebook, Microsoft, Google Form, Quizzes, Kahoot
hingga Google (Kiding, 2021). AI sebagai satu pilar revolusi industri 4.0 berperanan cukup
primer dalam memfasilitasikan prosedur pembelajaran yang diperantarakan oleh teknologi.
Dalam konteks yang lain, akibat perlandaan wabak Covid-19 telah mendorong kepada
pengenalan pendidikan secara maya di mana golongan pendidik menggunakan aplikasi-aplikasi
yang berteraskan AI dalam pembelajaran. AI kerap digunakan untuk tujuan menyelesaikan
pertanyaan dan penilaian secara automatik di laman web. Atribut ini memudahkan guru atau
pendidik dalam mempersiapkan dan melaksanakan kuiz serta ulangan dengan cara yang
mudah. Sistem AI akan beroperasi berdasarkan kebiasaan pengguna atau siswa.di samping
menepati arahan yang telah diprogramkan. Misalnya, sebelum penularan Covid-19,
peperiksaan dijalankan secara bersemuka dan pelajar dikehendaki menjawab soalan secara
manual. Sebaliknya, selepas pandemik Covid-19 mengambil alih, pelajar diwajibkan menjawab
soalan peperiksaan secara atas talian. Contohnya, melalui laman web Google Form. Tegasnya,
golongan pelajar dan pendidik dibekalkan dengan kemudahan yang mencukupi oleh aplikasi-
aplikasi AI untuk memastikan mutu sistem pendidikan negara kekal cemerlang.

Walaupun perkembangan teknologi digital berasaskan IR 4.0 menonjolkan pelbagai


maanfat, para pendidik tetap dibebani dengan cabaran-cabaran dalam mempraktikkan
kemahiran teknologi dalam pembelajaran. Cabaran pertama ialah kurang pendedahan tentang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan para guru. Krisis global akibat
penularan wabak COVID-19 mengundang kepada kesukaran pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran (PdP) secara bersemuka termasuklah mengubah tugasan guru menjadi semakin
mencabar dalam usaha menyesuaikan diri dengan norma baharu (Ong, 2020). Berdasarkan
konteks pendidikan pada masa kini, golongan pendidik diwajibkan untuk mencakupi tahap
literasi ICT yang tinggi serta memuaskan tuntutan proses PdP. Kebanyakan para pendidik
masih mencekapi proses PdP tradisional yang tidak melibatkan penggunaan teknologi secara
mendalam. Impaknya, para guru tidak berkemampuan untuk mengguna pakai aplikasi-aplikasi
digital bagi menjadikan PdP lebih kreatif tanpa membosankan bagi kalangan pelajaran. Di
samping itu, kemusykilan ini diambil kesempatan oleh golongan pelajar untuk tidak menghadiri
kelas yang mana mengemukakan cabaran yang kedua kepada pihak pendidik. Motivasi
merudum, kekangan akses internet, kurang minat terhadap norma pengajaran baharu
mendorong kepada kemerosotan peratus kehadiran murid dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) (Mahpar, 2021). Penglibatan murid yang tidak memuaskan
akan mengancam keyakinan diri para guru untuk melaksanakan proses PdP secara maya
dengan jayanya. Para guru hilang semangat untuk mengusahakan kelas PdP yang inovatif
serta menarik bagi pelajar. Komitmen pelajar termasuklah pendidik merupakan komponen asas
bagi keberkesanan PdP secara atas talian.

Secara kesuluharannya, IR 4.0 memainkan peranan penting dalam segala konstitut negara
terutamanya pada bidang teknologi. Manfaat yang dilontarkan oleh IR 4.0 tiada batasannya
malah masih mangacukan elemen-elemen pendidikan negara sedikit demi sedikit. Sistem
pendidikan manakala menjadi tumpuan IR 4.0 selaras peralihan negara ke arah kemajuan
dalam segala sektor yang diceburi. Suasana pembelajaran yang berubah demi mencapai tahap
pemodenan taraf dunia telah membawa kepada kekurangan pemerkasaan proses
pembelajaran kaedah konvensional. Perkembangan teknologi maklumat yang pesat
membolehkan segala informasi atau rujukan dibuat serta dicapai hanya dihujung jari.
Kebolehan ICT ini juga menandakan bahawa peranan golongan pendidik sebagai sumber
maklumat utama tidak lagi dipertingkatkan malah digantikan oleh penggunaan ICT . Oleh itu,
warga pendidik perlu menyesuaikan diri dengan kaedah baharu pengajaran seiras dengan
perkembangan aktif teknologi demi melahirkan generasi muda yang memperolehi kreativiti dan
inovasi selain mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk menghadapi
cabaran Revolusi Industri 4.0 (Intan Hazlina, 2021). Tambahan pula, cabaran guru melibatkan
pengaplikasian komponen IR 4.0 dapat diatasi jikalau guru-guru diberi latihan serta pendedahan
tentang prosedur yang tepat bagi menggunakan aplikasi-aplikasi digital tanpa wujudnya
gangguan semasa PdP. Sehubungan dengan itu, para ibu bapa haruslah memantau
pergerakan anak-anak mereka sepanjang PdPR berlangsung. Natijahnya, penyertaan murid-
murid dalam PdPR dapat dijamin untuk memperkasakan hubungan dua hala antara pendidik
dan murid-murid. Jadi, semua pihak haruslah mengambil bahagian dalam perkembangan IR 4.0
supaya menyerlah dalam aspek-aspek teknologi maklumat dan komunikasi.
RUJUKAN

Dahria, M. (2008). Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). Jurnal SAINTIKOM, 5(2).

https://prpm.trigunadharma.ac.id/public/fileJurnal/160B2-OK-Jurnal9-MD-Kecerdasan

%20Buatan.pdf

Intan Hazlina. (2021, August 27). Revolusi Industri 4.0 dalam Pendidikan - IntanHazlina.com.

IntanHazlina.com. https://intanhazlina.com/revolusiindustri-4-0-dalam-pendidikan/

Kiding, S. (2021). (PDF) Manfaat dan Kontroversi penggunaan Artificial Intelligence dalam

Dunia Pendidikan. ResearchGate.

https://www.researchgate.net/publication/350721684_Manfaat_dan_Kontroversi_penggu

naan_Artificial_Intelligence_dalam_Dunia_Pendidikan

Mahpar, N. (2021, June 19). Kehadiran merosot, murid mula bosan dengan PdPR, kata pakar.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/19/kehadiran-

merosot-murid-mula-bosan-dengan-pdpr-kata-pakar/

Noorashid, N., Pendidikan, F., & Sosial, S. (2019). REVOLUSI INDUSTRI 4.0: IMPAK

TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA. In Journal

of Sciences and Management Research (pp. 2600–2738).

https://widad.edu.my/download.php?f=Journal_Vol5_Nov2019_04.pdf

Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020, July). (PDF) PANDEMIK CORONAVIRUS (COVID-19):

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA ATAS TALIAN SUATU KEPERLUAN

DI MALAYSIA. ResearchGate.

https://www.researchgate.net/publication/342886967_PANDEMIK_CORONAVIRUS_C

OVID-
19_PEMBELAJARAN_DAN_PENGAJARAN_SECARA_ATAS_TALIAN_SUATU_K

EPERLUAN_DI_MALAYSIA

Norfaranieza binti Muhd Arifin. (2022, March 10). Trend Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0.

Dewan Kosmik. https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/03/10/2234/

Ong, Y. P. (2020, July 24). Guru perlu kuasai teknologi digital penuhi tuntutan PdP. Berita

Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/07/714249/guru-

perlu-kuasai-teknologi-digital-penuhi-tuntutan-pdp

Anda mungkin juga menyukai