Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)


DT50002 TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM
PENDIDIKAN
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
SEKSYEN 3

PREPARED BY : NOR SYAFFA IZZATI BINTI JUASIN

STUDENT ID : PP211201T

LECTURER : DR. LEE BIH NI


PENGENALAN

Zaman beralih musim berubah, fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman

falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom sehinggalah

kini, zaman teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau lebih dikenali sebagai

Informcation Conmmunication and Technology (ICT). Penerokaan bidang ICT telah berjaya

menginjak tamandun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Kewujudan bidang ICT telah

memberi impak yang besar serta perubahan dalam kehidupan manusia. Kemajuan dalam

teknologi telah memanipulasikan kehidupan manusia yang meliputi pelbagai aspek seperti

sosial, ekonomi, dan politik. Teknologi telah mengambil alih dunia secara meluas termasuklah

manusia sendiri. Hal ini dapat dinilai melalui pengaplikasian teknologi dalam kehidupan

seharian manusia. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan

lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih.

Di Malaysia, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan agenda baharu yang

begitu diberikan perhatian. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah yang serius untuk

menerapkan budaya ICT kepada masyarakat. Teknologi maklumat dan komunikasi mampu

menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan

perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat,

masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan di dalam dan di luar

negara. Oleh yang demikian, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk

memperkasakan bidang ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia agar tidak keciciran

maklumat dalam menelusuri arus perdana yang pantas bergerak. Oleh yang demikian,

penguasaan teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat

berinformasi.

1
Selain itu, dari segi sosial pula, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi

dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Hal ini kerana penggunaan ICT

membolehkan manusia berhubung antara satu dengan yang lain menggunakan pelbagai

platform seperti telefon, pesanan ringkas, dan panggilan video. Pelbagai aplikasi yang dicipta

yang menggabungkan tiga fungsi ini. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti

Whatsapps, Telegram, Facebook, Instagram dan sebagainya untuk berhubung tanpa batas

masa. Penggunaan aplikasi-aplikasi ini juga adalah mudah serta jauh lagi murah berbanding

dengan penggilan telefon. Selain itu juga, kemajuan ICT juga membolehkan perhubungan

dijalinkan melalui atas talian. Sebagai contoh, hubungan antara negara terutamanya pemimpin

politik dan tokoh perniagaan dapat berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman

dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum.

Jelaslah bahawa kemajuan ICT dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain

walaupun berada di benua yang berbeza. Jarak tidak lagi menjadi penghalang untuk

menjadikan hubungan semakin akrab denagn adanya teknologi ICT.

Di samping itu, jika kita tinjau kebaikan ICT kepada negara pula, kewujudan teknologi

maklumat dan telekomunikasi merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.

Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem

pendidikan di sekolah juga dapat dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari.

Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau

projek-projek di sekolah. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan

jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Izharlah bahawa

kemajuan ICT mampu menjadi pemudah cara dan menjadi tarikan dalam memajukan sistem

pendidikan di negara kita.

Walaupun ICT membawa banyak kebaikan kepada pendidikan pelajar sekolah, namun

tidak dinafikan guru masih memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan

2
membimbing pelajar. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri mereka dengan

pelbagai kemahiran ICT agar dapat mengaplikasikannya secara maksimum dalam sesi

pengajaran. Banyak aplikasi baharu yang dibangunkan untuk menyokong proses pengajaran

dan pembelajaran. antaranya adalah aplikasi seperti Kahoot, Google Classroom, SeeSaw dan

sebagainya. Penggunaan aplikasi-aplikasi ini terbukti membawa kesan positif terhadap fokus,

minat belajar, keterlibatan pelajar, dan seterusnya prestasi pelajar. Sejak kebelakangan ini,

teknologi Realiti Berperantara atau lebih dikenali sebagai Augmented Reality mula mendapat

perhatian dalam kalangan masyarakat. Augmented reality atau AR digunakan dalam pelbagai

sektor termasuklah pendidikan, pembinaan, ketenteraan, dan sebagainya.

Reality Berperantara (Augemented Reality) AR

Teknologi Realiti Berperantara atau lebih dikenali sebagai Augmented Reality AR pada ketika

dulu merupakan sebuah konsep fiksyen sains yang digabungkan dengan imaginasi manusia

yang mampu memberi manfaat kepada manusia dalam pelbagai bidang. Walaubagaimanpun,

pada hari ini teknologi AR hampir terdapat di semua telefon pintar dan komputer di seluruh

dunia, malah teknologi ini juga diuwar-uwarkan sebagai antara teknologi untuk Revolusi

Perindustrian 4.0. AR merujuk kepada kombinasi antara dunia nyata dan dunia maya. Secara

ringkasnya, AR berfungsi dengan cara gambar atau video subjek sebenar diambil dan teknologi

tersebut ditambah dengan lapisan ekstra maklumat digital agar imej menjadi nyata. Rajah 1

menunjukkan cara bagaimana AR berfungsi.

3
Rajah 1: Aplikasi AR

Kebaikan Realiti Perantara (Augmented Reality) AR

Antara kebaikan penggunaan dalam kalangan pelajat sekolah adalah:

1. Meningkatkan tahap motivasi pelajar

Berdasarkan kajian lepas, penggunaan teknologi AR terbukti dapat meningkatkan tahap

motivasi pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Freitas & Campos, 2008).

Motivasi dapat ditakrifkan sebagai keinginan pelajar untuk melibatkan diri dalam

persekitaran pembelajaran (Khan, Johnston & Ophoff, 2019). Motivasi adalah penting bagi

pelajar agar mereka sentiasa berusaha ke arah pembelajaran dan meningkatkan prestasi

akademik. Salah satu faktor yang boleh meingkatkan motivasi pelajar adalah dengan

penggunaan strategi pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan kajian yang yang dibuat

oleh Ong, S. W. & Faridah Mydin Kutty (2022), penggunaan aplikasi AR berkesan untuk

meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar ke arah pencapaian penulisan. Hasil

4
dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Ong, S. W. & Faridah Mydin Kutty (2022), motivasi

pelajar adalah pada tahap yang tinggi apabila aplikasi AR digunaakan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana pembelajaran menggunakan AR merupakan

kaedah yang relevan digunakan dengan minat kanak-kanak kini yang selaras dengan

perkembangan digital masa kini yang sering digunakan pelajar dalam peranti mudah alih

dalam kehidupan seharian. Selain itu, kajian yang dilaksanakan oleh Huisinga (2017)

menunjukkan keputusan yang sama dimana murid bermasalah pembelajaran menunjukkan

peningkatan motivasi yang ketara dengan aplikasi gajet elektronik seperti telefon pintar dan

komputer tablet berbanding dengan buku dan bahan bantu mengajar yang tidak bersifat

interaktif. Hal ini disebabkan teknologi AR yang digunakan adalah berkaiyan dengan

pengetahuan sedia ada pelajar, selaras dengan proses asimilasi dan akomodasi yang dialami

oleh pelajar dalam kehidupan seharian semasa membina pengetahuan baharu.Menerusi

kajian Effandi (1998), pengintegrasian AR dalam kemahiran menulis ayat menggalakkan

pembelajaran kolaboratif dimana pelajar boleh bekerjasama berkongsi idea, menyelesaikan

masalah dan melibatkan diri secara aktif melalui permainan dan penerokaan (Mohd

Asnorhisham & Abdul Rahim, 2017). Selain itu, persekitaran yang menekankan rasa

kehadiran serta aktiviti kolaboratif melalui pembelajaran AR meningkatkan motivasi serta

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif (Rohayu & Chitra, 2020).

2. Membantu pembangunan pemikiran kreatif

Selain itu, pengaplikasian AR dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga membantu

pembangunan pemikiran kreatif pelajar. Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan mencipta,

mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu dan asli. Kreativiti

memerlukan daya imaginasi tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baharu terhadap

maklumat lama dan sedia ada. Kreativiti pula boleh menghasilkan inovasi iaitu idea atau cara untuk

menambah baik proses atau cara lama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Seperti

5
yang diketahui, AR merupakan teknologi yang menggabungkan subjek sebenar dengan

lapisan ekstra maklumat digital agar imej menjadi nyata. Terdapat kajian yang dibuat

menunjukkan teknologi AR amat berkesan dalam menggalakkan pembelajaran pelajar

apabila sesuatu maklumat dibentangkan secara spatial atau temporal secara berhampiran

antara satu sama lain (Huda Wahida et al. 2010). Hal ini dibuktikan dengan penggunaan

teknologi AR dalam pendidikan TVET dalam kalangan pelajar yang menunjukkan

kreativiti dalam penghasilan projek video yang menggunakan teknologi AR.

Keburukan Realiti Perantara (Augmented Reality) AR

Antara keburukan penggunaan AR dalam kalangan pelajar sekolah adalah:

1. Kurang menyeluruh

Penggunaan teknologi AR memberikan banyak informasi, objek animasi, tutorial kepada

pelajar. Walaubagaimanapun, teknologi AR tidak mampu mencakupi seluruh lingkungan

pembelajaran. Hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja yang dapat ditonjolkan menggunakan

teknologi AR. Selain itu, penggunaan teknologi AR juga kelihatan palsu. Penggunaan

teknologi AR yang diaplikasikan di dalam aplikasi-aplikasi tertentu belum terlalu lancar yang

membuatkan objek yang difokuskan terlihat palsu, sebagai contoh gambar 3-dimensi masih

terlihat seperti animasi. Hal ini menyebabkan murid sukar untuk melihat gambaran sebenar

tentang sesebuah fenomena ataupun aplikasi tertentu.

Oleh yang demikian, penggunaan teknologi AR dalam pengajaran dan pembelajaran memberi

banyak kebaikan kepada guru dan pelajar.Walaubagaimanapun, terdapat juga keburukan

penggunaan teknologi AR. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam

membimbing pelajar . Penggunaan teknologi AR dalam pengajaran dan pembelajaran

membantu p

6
Peranan YouTube sebagai saluran pembelajaran penting untuk pembelajaran

Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada apabila ianya

digunakan secara sendirian atau pun di integrasikan bersama di dalam sesebuah aplikasi

multimedia atau laman web pendidikan. Salah satu platform yang tidak asing lagi dalam

masyarakat dalam menonton video adalah aplikasi Youtube. Aplikasi Youtube merupakan

salah satu medium yang sering digunakan dalam pelbagai kegunaan. Kegunaannya yang

meluas, pelbagai, mudah dan cepat mampu merangsang minat para pelajar terhadap

pembelajaran serta mampu meningkatkan kemahiran bahasa pelajar.

Salah satu peranan Youtube adalah untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid.

Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak teori, konsep, dan aplikasi yang [erlu difahami oleh

pelajar untuk membolehkan pelajar memahami seterusnya memperoleh pengetahuan. Tidak

dinafikan, tidak semua teori dan konsep terhadap sesuatu tajuk dapat difahami oleh pelajar.

Bagi pelajar yang mempunyai kesukaran untuk memahami teori dan konsep yang sukar,

mereka perlu berusaha lebih dengan mencari maklumat yang lebih mudah. Penggunaan

Yourtube dalam membolehkan pelajar untuk memahami maklumat yang disampaikan dalam

bentuk audio dan visual. Seperti yang diketahui, audio dan visual dapat merangsang otak

manusia untuk menerima maklumat yang disampaikan dengan mudah dan berkesan. Sebagai

contoh, sebuah kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan video Youtube bagi

meningkatkan minat dan pencapaian lmurid dalam pembelajaran Geografi Fizikal di sekolah

menengah, hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran menggunakan video

YouTube telah membantu meningkatkan pencapaian murid dalam topik pembelajaran

Geografi Fizikal dan berupaya menarik minat pelajar dalam mempelajari topik tersebut. Di

samping itu, dengan penggunaan video YouTube bagi pembelajaran Geografi Fizikal dapat

meningkatkan pencapaian murid bagi kumpulan rawatan yang terbukti pada ujian pasca.

7
Selain itu, penggunaan Youtube dalam medium pengajaran juga dapat menarik minat

pelajar untuk bersungguh-sungguh dalam membuat ulangkaji pelajaran. Penggunaan Youtube

sebagai medium pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk bersungguh-sungguh dalam

membuat ulangkaji pelajaran. Hal ini kerana pembelajaran melalui video dan animasi dapat

mengurangkan tekanan yang dialami oleh pelajar semasa sesi pembelajaran. Seterusnya,

apabila tekanan pelajar berkurang, kefahaman, pencapaian dan kreativiti dalam subjek yang

dipelajari juga akan meningkat. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Matematik, ramai yang

kurang meminati mata pelajaran tersebut kerana mempunyai pelbagai kesukaran dalam

memahami cara atau jalan pengiraan sesuatu tajuk. Dengan adanya pelbagai video yang

berkaitan, langkah-langkah pengiraan yang lebih mudah dapat ditonton dan dipelajari oleh

pelajar melalui youtube.

Oleh yang demikian, penggunaan Youtube dalam pembelajaran dapat memberi kesan

yang positif dan impak yang baik kepada pembelajaran pelajar. Walaubagaimanapun,

penggunaan Youtube oleh pelajar perlu dipantau dan diselia oleh guru agar tujuan utaman

penggunaannya dapat dicapai sekaligus menepati objektif pembelajaran.

8
RUJUKAN

1. Aqila, F., & Ardina, M. (2021). undefined. Jurnal Audiens, 2(2), 166-

173. https://doi.org/10.18196/jas.v2i2.11863
2. Effandi Zakaria. (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Freitas, R., & Campos, P. (2008). SMART: a SysteM of Augmented Reality for

Teaching 2nd gradestudents. Paper presented at the Proceedings of the 22nd British

CHI Group Annual Conference onHCI 2008: People and Computers XXII: Culture,

Creativity, Interaction - Volume 2, Liverpool, UnitedKingdom.

4. Huda Wahida, R., Fauziah, B., Harryizman, H., Ali Yusny, D., Haslina, M. & Norida,

M. D. (2010). Using augmented reality for supporting learning human anatomy in

science subject for malaysian primary school. Paper presented at the Regional

Conference on Knowledge Integration in ICT (INTEGRATION2010), 2 June 2010,

Putrajaya.

5. Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan. (2017). Pendekatan Pengajaran

Secara Berkumpulan Dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu (Group

Teaching Approach In The Malay Language Special Remedial Program). Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 66-73.

6. Ong, S. W. & Faridah Mydin Kutty. (2022). Potensi Penggunaan Augmented Reality

dalam Meningkatkan Motivasi dan Penglibatan Murid Pemulihan dalam Aktiviti

Penulisan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3),

e001366. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1366

7. Rohayu Zulkapli & Chitra Suparmaniam. (2020). ART_ISM: Aplikasi Pintar dengan

Penerapan Teknologi Augmented Reality dalam Meningkatkan Motivasi Kefahaman

9
Dan Daya Mengingat Karya Sejarah Seni Abad Ke-20. Pembangunan Penyelidikan

Dan Inovasi Dalam : Teknologi, Pendidikan Dan Sains Sosial, 25-36.

8. Irwandani, I., Iqbal, M., & Latifah, S. (2019). Pengembangan video blog (Vlog)

channel YouTube Dengan Pendekatan stem Sebagai media Alternatif Pembelajaran

daring. Inovasi Pembangunan : Jurnal Kelitbangan, 7(2),

135. https://doi.org/10.35450/jip.v7i2.140

9. Tasneem Khan, Kevin Johnston, Jacques Ophoff, "The Impact of an Augmented

Reality Application on Learning Motivation of Students", Advances in Human-

Computer Interaction, vol. 2019, Article

ID 7208494, 14 pages, 2019. https://doi.org/10.1155/2019/7208494

10

Anda mungkin juga menyukai