Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2024

PROGRAM DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2023/2028

NAMA PELAJAR MUHAMMAD ABID HAIDAR BIN MOHD YUHARIZAN

SEMESTER/TAHUN SEMESTER 2

ANGKA GILIRAN 2023272310235

NOMBOR KAD PENGENALAN 050401040309

KUMPULAN/UNIT TESL

KOD DAN NAMA KURSUS GISC 1082: ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN

JENIS TUGASAN TUGASAN 2 : PENULISAN

NAMA PENSYARAH MADAM SOUDAMINI A/P NARAYANAN NAIR

TARIKH HANTAR 26 FEBRUARY 2024

TANDA TANGAN PENSYARAH :

TARIKH :
USAHA BAGI MEMANTAPKAN STEM DI MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
"STEM" dalam Bahasa Melayu bermaksud Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.
Ia merupakan akronim yang biasa digunakan dalam pendidikan dan perbincangan dasar
untuk menekankan kepentingan bidang-bidang ini dalam pendidikan dan sektor pekerjaan.
Pendidikan STEM bertujuan untuk mengintegrasikan disiplin-disiplin ini ke dalam paradigma
pembelajaran yang selaras, menyediakan pelajar untuk kerjaya dalam bidang-bidang seperti
sains komputer, kejuruteraan, penjagaan kesihatan, dan lain-lain. Pada era globalisasi ini,
Pendidikan STEM memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan warganegara
yang berdaya saing.
2.0 PERKEMBANGAN STEM DALAM MENINGKATKAN KUALITI PRODUK TEMPATAN
Perkembangan STEM merupakan salah satu tunjang utama bagi menghasilkan produk lokal
dengan kualiti yang optimum. Hal ini dikatan demikian kerana penggunaan teknologi dan
sains kian berkembang di seluruh dunia. Sebagai negara yang membangun, kita tidak mahu
menjadi negara yang ketinggalan di dalam era yang penuh dengan pemodenan ini. Oleh itu,
Malaysia haruslah mengambil langkah proaktif dalam usaha memantapkan lagi STEM di
dalam semua aspek seperti pendidikan mahupun di peringkat rendah ataupun tinggi agar
dapat melahirkan rakyat yang kompeten dan dapat menghasilkan banyak lagi produk-produk
tempatan yang setaraf dengan produk-produk dari negara-negara yang maju.
2.1 KERJASAMA INDUSTRI DAN PENDIDIKAN
Kerjasama antara industri dan bidang Pendidikan adalah aspek penting dalam memajukan
bidang STEM bagi meningkatkan daya saing produk tempatan secara global. Perkara ini
melibatkan penyatuan sumber dan pengalaman antara badan pendidikan dan sektor
industry untuk memperkukuhkan lagi pendidikan dan praktikal dalam bidang
sains,teknologi,kejuruteraan dan matematik. Melalui kolaborasi ini, institut pendidikan dapat
menyesuaikan kurikulum dengan keperluan pasaran dan memastikan pelajar dapat merasai
first-hand experience yang relevan. Dalam pada masa yang sana, industry dapat
menyumbang kepada pembangunan kurikulum, menyediakan latihan industri, serta
menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan. Mutaqin (2015) menyatakan bahawa
jumlah tenaga kerja yang menganggur adalah sebagian besar oleh kelompok yang terdidik.
Perkara ini berlaku kerana ramai graduan yang tidak mempunyai Kemahiran praktikal akibat
kekurangan pengalaman di dalam industri. Selain itu, kerjasama yang utuh ini juga akan
membantu memastikan bahawa graduan menjadi lebih berkemahiran agar dapat memenuhi
keperluan industri justeru dapat meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran
global dan memastikan negara berada di barisan hadapan dalam bidang teknologi dan
inovasi.
2.2 PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DIGITAL
Pembangunan infrastruktur digital juga merupakan aspek dalam usaha memartabatkan
bidang STEM dalam pendidikan. Ini melibatkan pembangunan rangkaian komunikasi dan
teknologi maklumat yang canggih bagi menyokong perkembangan teknologi dan inovasi.
Langkah pertama dalam memajukan infrastruktur digital ialah dengan memastikan akses
yang meluas kepada rangkaian internet di negara kita. Perkara ini melibatkan pembangunan
infrastruktur seperti kemuncak jalur lebar, menara telekomunikasi, dan sokongan untuk
teknologi keutuhan data. Antara usaha kerajaan yang boleh dicontohi adalah pelancaran
satelit MEASAT-3d pada tahun 2022 yang lalu. Satelit ini menawarkan perkhidmatan data, suara
dan video di sekitar 3-5 peratus lagi kawasan populasi yang belum diliputi oleh penyambungan
gentian optik atau jalur lebar tanpa wayar. Selain daripada itu, penting juga untuk melabur dalam
penyediaan peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menyokong keperluan komunikasi dan
pengurusan data. Langkah seterusnya adalah memastikan latihan dan pendidikan yang mencukupi
bagi tenaga kerja dalam bidang digital. Bagi memastikan keberkesanan kerja di dalam bidang
digital, elemen-elemen IT perlulah digabungkan dengan pelbagai aspek maklumat dan
pengurusan sumber maklumat (Raja Abdullah Yaacob, 2000). Contohnya dengan melibatkan
penyediaan program dalam pemograman , analisis data dan keselamatan siber (Azizah Hamzah,2010).
Akhir sekali, kerajaan juga perlu memberi insentif kepada peniaga-peniaga kecil untuk
mengembangkan produk mereka secara digital. Kesannya, produk-produk tempatan dapat dikenali di
peringkat global. Contoh yang boleh diambil ialah Syarikat Mamee yang terkenal di pasaran tempatan
mahupun global kesan daripada pemasaran digital yang berjaya.
2.3 RANGSANGAN INOVASI
Rangsangan inovasi juga penting dalam memajukan STEM dalam pendidikan bagi
meningkatkan lagi kualiti produk tempatan. Perkara ini juga dapat meningkatkan daya saing
Malaysia di peringkat global. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan perlu memberikan
insentif dan sokongan kepada penyelidikan dan pembangunan yang bertujuan untuk
mencipta produk dan teknologi baharu. Salah satu cara untuk merangsang inovasi dalam
negara kita adalah dengan menyediakan geran penyelidikan oleh kerajaan kepada
penyelidik dan syarikat yang mengemukakan cadangan projek inovasi. Geran ini boleh
membantu mereka menampung kos penyelidikan dan pembangunan serta memberikan
galakan kepada penemuan baharu. Selain itu, kerajaan juga boleh memberikan insentif
cukai kepada syarikat yang mengeluarkan produk baru atau menggunakan teknologi inovatif
dalam operasi mereka. Ini dapat merangsang syarikat untuk melabur dalam penyelidikan
dan pembangunan serta mendorong penggunaan teknologi terkini.Selain daripada itu,
kerajaan juga boleh bekerjasama dengan institusi pendidikan dan industri untuk
mewujudkan pusat inovasi dan kolaborasi. Pusat ini boleh menjadi tempat bagi penyelidik,
ahli perniagaan, dan pelajar untuk berkolaborasi dalam projek-projek inovatif dan berkongsi
idea. Contoh yang boleh kita lihat ialah kolaborasi yang dijalankan Kolej Politeknik Malaysia
yang banyak berkolaborasi dengan industry-industri bagi menggalakkan lagi Kemahiran
pelajar. Secara keseluruhannya, rangsangan inovasi melalui insentif kewangan dan
sokongan struktur adalah penting untuk memacu pembangunan ekonomi dan
memperkukuhkan daya saing negara di pasaran global.
3.0 CABARAN DALAM MEMANTAPKAN STEM
3.1 KEKURANGAN TENAGA PENGAJAR DAN PAKAR
Antara cabaran yang dihadapi negara dalam memantapkan perkembangan STEM ialah
kurangnya tenaga pakar. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya ketidak kompetan dalam
pembangunan inovasi. Negara kita akan ketinggalan dengan negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat,China,Jepun dan Jerman yang semakin mendominasi dunia inovasi.
Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan membuat
kolaborasi dengan pakar-pakar STEM dari luar negara. Dengan cara ini, mereka boleh
berkongsi ilmu dan idea mereka dengan tenaga tenaga tempatan supaya dapat
meningkatkan kemahiran diri mereka.
3.2 KURANGNYA MINAT DALAM BIDANG STEM
Faktor ini juga boleh menyumbang kepada kegagalan untuk memantapkan STEM dalam
negara. Pada 2019, seramai 42,257 pelajar mendaftar untuk kelas kemanusiaan Tingkatan 6
Atas, berbanding 4,877 dalam aliran Sains. Jumlah pelajar Sains menurun pada 2020
kepada 3,853 orang (Joel Shasthiran,2023). Statistik ini menunjukkan pelajar di Malaysia
semakin tidak mempunyai minat dalam mata pelajaran STEM. Hal ini kerana mata pelajaran
STEM dianggap susah dan tidak fleksibel. Langkah haruslah diambil oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan menggubal semula silibus STEM supaya menjadi lebih
fleksibel dan mesra murid.
3.3 TEKNOLOGI YANG KETINGGALAN ZAMAN
Di Malaysia, kita masih boleh melihat penggunaan teknologi yang ketinggalan zaman dan
kurang relevan digunakan. Menurut Durkheim, teknologi merupakan tanda kemajuan
sesebuah kaum dan masyarakat (Martono,2012). Penggunaan teknologi yang ketinggalan
zaman boleh mencerminkan kekurangan inovasi dan keupayaan organisasi untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan teknologi. Ini boleh menjejaskan imej
dan kepercayaan dalam pasaran. Antara langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan ialah
dengan melakukan penilaian terhadap teknologi yang sedia ada. Hal ini bagi mengenal pasti
sebarang kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada teknologi yang digunakan. Selain
itu, organisasi yang bertanggungjawab haruslah mengambil langkah proaktif dengan
menjalankan kolaborasi industri untuk mendapatkan akses kepada teknologi dan kepakaran
terkini. Contoh ini kita boleh lihat pada kolaborasi antara jenama kereta terkemuka iaitu
Toyota dan BMW bagi menghasilkan sebuah kereta yang canggih dan mampu bersaing
hebat dalam pasaran.
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penguasaan STEM merupakan salah satu tunjang utama bagi mengubah
status negara membangun kepada status negara maju. Contoh yang paling jelas ialah
negara Singapura yang merupakan salah satu negara maju yang rakyatnya mempunyai
penguasaan bidang STEM antara yang paling tinggi di dunia. Selain itu,peningkatan
perkembangan STEM dan kualiti produk tempatan memerlukan langkah-langkah strategik
seperti membuat kolaborasi industry dan pendidikan,menjalankan rangsangan inovasi dan
memajukan lagi pembangunan infrastruktur digital.Oleh itu, Kerajaan dan rakyat haruslah
bersama-sama berganding bahu bagi memantapkan lagi penguasaan STEM supaya dapat
meningkatkan lagi kualiti produk tempatan justeru dapat meningkatkan lagi nama Malaysia
di dalam pasaran global. Antara kesannya ialah ekonomi negara akan kita menjadi semakin
kukuh kerana nilai mata wang kita menjadi semakin kuat hasil daripada pengeksportan
barangan tempatan yang berkualit tinggii ke negara-negara luar yang semakin mendapat
sambutan.
RUJUKAN
Mustafa, S. E., & Hamzah, A. (2010). View of Media Sosial: tinjauan terhadap laman
jaringan sosial dalam talian
tempatan. http://ajba.um.edu.my/index.php/JPMM/article/view/32615/13636

Rojaki, M., Fitria, H., & Martha, A. (2021). Manajemen Kerja Sama Sekolah
MenengahKejuruan dengan Dunia Usaha dan Dunia Industri. Jurnal Pendidikan Tambusai,
5(3).

Shasitiran, J. (2023, May 26). STEM terlalu susah punca pelajar kurang minat, kata pakar
pendidikan. Free Malaysia Today (FMT).
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/05/26/stem-terlalu-
susah-punca-pelajar-kurang-minat-kata-pakar-pendidikan/

Di French Guiana, H. J. (2022, June 22). Satelit Measat-3d dilancar esok. Harian
Metro.https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/854413/satelit-measat-3d-dilancar-esok

Yaacob, R. A. (2000). Kepentingan Teknologi Maklumat (IT) Dalam Perkhidmatan Sekolah


Bestari. Jurnal Kolej Cempaka Kenanga. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16160/1/AJ_RAJA
%20ABDULLAH%20YAACOB%20FJKCK%2000.pdf

Anda mungkin juga menyukai