Anda di halaman 1dari 12

PENGHASILAN INOVASI MOBILE LEARNING DALAM P&P BAGI KURSUS

DPB3013 PRINCIPLE OF MANAGEMENT

MOHD RAKIME BIN SHAFFAI


mohdrakime@pmm.edu.my

AMIRUDIN BIN MOHD SALIM


amirudin@pmm.edu.my

SAIFUL BAKHTIAR BIN MASDUKI


saifulbakhtiar@pmm.edu.my

Jabatan Perdagangan
Politeknik Merlimau, Melaka

ABSTRAK

Dokumen inovasi ini adalah merupakan satu penghasilan inovasi mobile learning dalam P&P
yang telah dibangunkan untuk kursus Principle of Management. Pembangunan bahan inovasi
multimedia ini telah dibuat di dalam versi Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan dalam
pengajaran dan pembelajaran di Politeknik. Penghasilan mobile learning ini bertujuan untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping meningkatkan
minat pelajar. Pembangunan bahan inovasi mobile learning ini juga adalah seiring dengan
perkembangan teknologi dalam pendidikan masa kini yang memerlukan teknik pengajaran lebih
kreatif, inovatif dan interaktif. Ini kerana kajian oleh Zaidatun & Yap (2000) menunjukkan
bahawa penggunaan bahan multimedia interaktif mampu menjadikan pembelajaran lebih mudah
dan diminati. Justeru, satu bahan pengajaran multimedia interaktif ini dibangunkan untuk kursus
Principle of Management bagi meningkatkan keberkesanan P&P. Pemilihan kursus Principle of
Management sebagai kandungan bahan multimedia interaktif ini adalah berdasarkan
kepentingan dan keperluannya mengikut sukatan yang ditetapkan, di mana pelajar dapat
mengakses nota dan penilaian yang mengandungi elemen-elemen multimedia seperti grafik, teks,
audio, video dan interaktiviti. Inovasi P&P ini telah diuji kepada pelajar yang mengikuti kursus
ini dengan tujuan untuk melihat keberkesanan dan pendapat pelajar mengenai penghasilan
inovasi ini. Sebahagian besar pelajar memberikan tindakbalas yang positif dan menyatakan
inovasi ini membantu dan memudahkan mereka dalam meningkatkan pemahaman kursus ini.
Penghasilan bahan inovasi multimedia ini bukan sahaja memenuhi kurikulum bagi kursus
tersebut malah ianya juga secara tidak langsung akan dapat memudahkan dan meningkatkan
minat pelajar untuk pembelajaran yang lebih berkesan. Bahan inovasi mobile learning ini telah
dibangunkan menggunakan perisian appie.com.

KATA KUNCI: inovasi, interaktif, mobile learning


1.0 PENDAHULUAN

Aplikasi DPB3013 Virtual Class dihasilkan menerusi penggunaan perisian web Apppie
yang boleh dicapai menerusi www.appypie.com. Perisian ini direka khusus untuk para pelajar
yang mengambil kursus DPB3013-Principles of Management di Jabatan Perdagangan, Politeknik
Merlimau. Aplikasi ini boleh dipadankan menerusi telefon pintar menggunakan sistem operasi
android, apple store dan google store yang mana sistem operasi ini banyak digunakan oleh
pengguna telefon pintar pada masa kini. Aplikasi ini boleh digunakan oleh para pelajar sebagai
medium komunikasi, rujukan serta latihan dimana terdapat banyak elemen dipaparkan antaranya
sukatan kursus, nota dan bahan rujukan yang boleh dilihat dan dimuat turun sebagai bahan
ulangkaji selepas aktiviti di dalam kelas. Pelajar boleh mendapatkan set soalan latihan sebagai
persediaan dan boleh menjawab set soalan berkenaan secara atas talian menerusi aplikasi yang
disediakan ini. Aplikasi ini telah dihubungkan secara’hyperlink’ dengan rangkaian sosial
pensyarah seperti blog dan twitter pensyarah dimana mereka boleh mendapatkan maklumat-
maklumat terkini berkaiatan proses pengajaran dan pembelajaran DPB3013 bagi sesi pengajian
yang diambil. Pelajar turut boleh mendapatkan pelbagai inovasi kursus interaktif dimana mereka
boleh berkomunikasi dengan pensyarah kursus DPB3013 bagi menyampaikan maklumbalas
seperti menghantar tugasan, membuat temujanji serta lain-lain maklumbalas yang berkaitan.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Kepelbagaian kaedah mengajar yang diterapkan di sesuatu institusi pendidikan akan


mengubah corak penyampaian serta memberi impak terhadap prestasi atau perkembangan bukan
hanya kepada para pelajar malahan turut mempengaruhi inovasi dan kreativiti penyampaian
tenaga pengajar itu sendiri. Pengajaran dan pembelajaran tidak setakat dipraktikkan secara
konvensional dimana tenaga pengajar memfokuskan aktiviti ini di bilik kuliah semata-mata
malahan sepatutnya selaras dengan arus perkembangan fasiliti teknologi maklumat itu sendiri.
Pernyataan masalah yang seterusnya pengkaji ingin melihat keberkesanan atau impak
keberkesanan berdasarkan aktiviti penyampaian kuliah dan lain lain aktiviti pengajaran dan
pembelajaran atas talian ini dari perspektif pelajar ini.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian Inovasi P&P ini dijalankan berpandukan beberapa objektif seperti berikut;
i. Mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar menggunakan aplikasi mobile pada masa
kini.
ii. Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar menggunakan aplikasi DPB3013 Virtual kelas
sebagai medium sokongan Pengajaran dan Pembelajaran.
iii. Mengenalpasti tahap impak dan kesan perlaksanaan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menerusi aplikasi DPB3013 Virtual kelas ini.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Permasalahan kajian dapat dikenalpasti berdasarkan persoalan-persoalan kajian berikut;


i. Sejauh manakah tahap kecenderungan pelajar menggunakan aplikasi mobile pada masa
kini?
ii. Sejauh manakah tahap penerimaan pelajar menggunakan aplikasi DPB3013 Virtual kelas
sebagai medium sokongan Pengajaran dan Pembelajaran?
iii. Sejauh manakah tahap impak dan kesan perlaksanaan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menerusi aplikasi DPB3013 Virtual kelas ini?

1.4 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Politeknik Merlimau, Melaka. Sampel kajian terdiri daripada
pelajar yang mengambil kursus DPB3013-Principles of Management bagi sesi Disember 2014 di
Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengkaji
penggunaan aplikasi m-pembelajaran ’DPB3013 Virtual Class’ dari tahap kecenderungan,
penerimaan dan impak dari perspektif pelajar. Pengkaji akan menganalisa maklumat yang
diperolehi berdasarkan beberapa aspek berkaitan kecenderungan seperti pengetahuan, konsep,
keperluan, kepenggunaan telefon pintar para pelajar. Selain daripada itu, tahap penerimaan
pelajar juga akan dikaji berdasarkan aspek seperti latihan, kemudahan perlaksanaan dan inovasi
m-pembelajaran ini yang dihasilkan oleh bagi tujuan mengetahui perkembangan suasana e-
pembelajaran yang dihasilkan. Skop kajian terakhir yang dikaji adalah tahap impak dan kesan
perlaksanaan m-pembelajaran dari persepektif pelajar. Elemen yang dikaji seperti keyakinan,
tahap kebersediaan, penggunaan inovasi dan kesan hasil daripada perlaksanaan pembelajaran
secara atas talian ini. Keseluruhan skop kajian merangkumi tiga aspek ini akan dianalisa bagi
melihat hubungkait perkembangan pembelajaran secara atas talian pada masa kini.

1.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini merupakan kesinambungan kajian yang lepas berkaitan inovasi mobile
learning dari awal proses perlaksanaannya, maka kajian ini hanya terbatas pada penemuan kajian
pada masa kini. Data-data kajian lepas menunjukkan perbezaan ketara disebabkan skop kajian
yang dijalankan adalah bergantung pada faktor masa, lokasi, responden pada masa kajian
dilaksanakan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan terhadap kajian yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada pihak
pihak berkaitan bagi mengetahui tahap perkembangan aplikasi m-pembelajaran sebagai alat
bantu dalam pembelajaran. Pihak-pihak yang boleh menjadikan kajian ini sebagai sumber
rujukan pada masa akan adatang. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan
oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik agar penemuan kajian ini dianalisa dengan lebih lanjut
bagi melihat gambaran tahap kecenderungan, penerimaan dan impak pelajar DPB3013
Politeknik Merlimau terhadap perlaksanaan m-pembelajaran ini. Hasil penemuan sekiranya
berlaku di sebalik hasrat pihak jabatan yang inginkan statistik kesedaran dan penerimaan yang
tinggi agar budaya m-pembelajaran diamalkan, maka pihak Jabatan Pengajian politeknik boleh
membuat analisis lanjut mengapa perkara sedemikian berlaku. Selain daripada itu, dapatan
kajian ini seharusnya digunapakai oleh pihak Politeknik Merlimau bagi memastikan setiap
pensyarah melaksanakan gaya pembelajaran secara atas talian secara konsisten dan bukan hanya
secara bermusim apabila diarahkan sahaja. Kajian berterusan dari masa ke semasa amat
diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. Justeru ini dengan terhasilnya kajian ini dapatlah
menjadi nilai tambah bagi bahan bahan rujukan lain yang tersedia. Para pensyarah di Politeknik
Merlimau juga dapat mengetahui keadaan sebenar tentang perlaksanaan aplikasi m-pembelajaran
di institusi ini seterusnya memberi dorongan yang lebih gigih lagi bagi mereka menghasilkan
bahan atau alat bantu mengajar pada masa akan datang.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Bab ini akan membincangkan pengertian beberapa konsep penting yang terlibat dalam
kajian ini seperti pedagogi dalam pendidikan, sistem pembelajaran, perkembangan sistem
pendidikan, teknologi dalam pendidikan, e-pembelajaran khususnya aplikasi yang menggunakan
m-pembelajaran (kelebihan dan prospek masa hadapan). Konsep-konsep ini berdasarkan kepada
pandangan para pengkaji lepas ataupun petikan-petikan penulis buku yang berkaitan.
Penggunaan telefon pintar semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Telefon pintar
merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan
berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar merupakan salah satu gajet telefon yang
terkenal di seluruh dunia. Majoriti masyarakat dunia khususnya di negara maju dan membangun
sudah mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar kerana harganya semakin
murah. Terdapat empat jenama atau aplikasi telefon pintar yang ada di pasaran iaitu android,
iPhone, blackberry dan windows. Setiap jenama utama telefon pintar ini, menawarkan aplikasi
yang berbeza dalam pelbagai bentuk, jenis dan citarasa. Antara fungsinya ialah akses kepada
maklumat yang pantas seluruh dunia, pembaikan atau peningkatan telefon secara automatik,
penghantaran data, penerimaan data, inframerah telefon ke telefon, keupayaan input abjad,
terbina dalam permainan dan utiliti.

M-pembelajaran wujud hasil dari kaedah pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
secara elektronik (Brown 2005; Keegan 2005). Ia merupakan kesinambungan yang lebih
menawarkan pengguna pembelajaran secara fleksibel dan mudah alih. Perkataan “pembelajaran”
itu sendiri sebenarnya telah membawa maksud mudah alih kerana pembelajaran boleh berlaku
dimana sahaja dan bila-bila masa (Vavoula & Sharples 2002). Justeru itu, ianya memberikan
dimensi baru kepada bidang pendidikan di mana kaedah m-pembelajaran lebih memberikan
kemudahan kepada pengguna untuk belajar secara lebih fleksibel. Kemajuan dalam aspek
teknologi juga memberi impak yang besar kepada bidang pendidikan. Proses pendidikan bukan
lagi tertumpu dalam sesebuah platform sahaja seperti dalam bilik darjah. M-pembelajaran lebih
bercorakkan pembelajaran kendiri yang hanaya memerlukan peralatan mudah alih seperti
personel data assistants (PDA), Palm Talk, Smartphone, iPAD dan Pocket PC untuk
pengaksesannya (Wagner 2008). Peralatan mudah alih ini menjadikan m-pembelajaran berlaku
pada bila-bila masa dan dimana sahaja berbanding dengan penggunaan buku nota yang mudah
rosak (Ahmad Sobri 2010). Kaedah m-pembelajaran sebenarnya telah lama dipraktikkan di
Negara membangun seperti Negara Eropah dan Amerika Syarikat (Ahmad Sobri 2010). Di
Malaysia, kajian tentang m-pembelajaran sebenarnya masih lagi di peringkat awal. Antara kajian
awal berkaitan dengan m-pembelajaran yang telah dilakukan dalam negara termasuklah kajian
terhadap rekabentuk kurikulum sekolah menengah (Ahmad Sobri 2010), kajian terhadap subjek
Sejarah (Syafiza 2007), subjek Matematik (Saipunidza et al. 2010), subjek Sains (Dewitt &
Saedah Siraj 2010), pembinaan aplikasi pengecaman tulisan tangan (Noor Azam et al. 2010) dan
aplikasi jual beli untuk masyarakat muslim (Norleyza 2008).

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian berkaitan m-pembelajaran ini mengambil kira pandangan serta maklumbalas


daripada pelajar yang mengikuti kursus DPB3013 Politeknik Merlimau. Bab ini akan
menghuraikan tumpuan serta kaedah penyelidikan yang dijalankan tujuan kutipan serta
penganalisaan data. Seramai 138 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka diminta
menjawab borang soalselidik berkaitan dengan tahap penerimaan penggunaan telefon pintar
sebagai m-pembelajaran dalam kursus DPB3013 ini. Soal selidik yang diedarkan dibahagikan
kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pertama terdiri daripada elemen-elemen jantina,
program, jenis penyedia perkhidmatan data, aplikasi telefon pintar dan penggunaan pelan data
internet yang dilanggan. Bahagian kedua pula terdiri daripada elemen-elemen tahap
kecenderungan penggunaan aplikasi telefon pintar, tahap penerimaan berkaitan aplikasi mobile
learning dalam kalangan pelajar dan tahap impak / keberkesanan berkaitan mobile learning
dalam kalangan pelajar. Kebolehpercayaan kajian ini diukur menggunakan Alpha Cronbach’s
iaitu pada 0.74.

4.0 DAPATAN

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan keputusan dan analisa yang telah dilakukan
daripada data kajian yang diperolehi dengan menggunakan program SPSS 20.0. Dapatan kajian
bagi faktor demografi dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan manakala soalan
responden digunakan bagi menjawab objektif kajian yang dinyatakan dalam bentuk min.

4.1 Latarbelakang Responden

Bahagian ini melaporkan analisis latarbelakang responden yang terdiri daripada jantina,
program pengajian, jenis penyedia perkhidmatan data, aplikasi telefon pintar dan penggunaan
pelan data internet yang dilanggan.

4.1.1 Jantina

JANTINA KEKERAPAN PERATUS


Lelaki 39 28.3
Perempuan 99 71.7
Jadual 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Berdasarkan jadual 4.1 di atas, bilangan responden dari kalangan pelajar perempuan
adalah lebih ramai dari pelajar lelaki sebanyak 71.7% iaitu seramai 99 orang pelajar, manakala
pelajar lelaki 28.3% iaitu 39 orang pelajar.
4.1.2 Program Pengajian

PROGRAM PENGAJIAN KEKERAPAN PERATUS


DAT 54 39.1
DPM 40 29
DPR 44 31.9
Jadual 4.2 taburan Responden Berdasarkan Program Pengajian

Responden yang di pilih merupakan pelajar dari tiga program di Jabatan Perdagangan,
Politeknik Merlimau. DAT adalah responden yang paling ramai iaitu seramai 54 orang mewakili
39.1%, manakala responden dari DPM ialah 40 orang iaitu 29% dan DPR seramai 44 orang iaitu
31.9%.

4.1.3 Jenis Penyedia Perkhidmatan Data

JENIS PENYEDIA PERKHIDMATAN DATA KEKERAPAN PERATUS


MAXIS 93 67.4
CELCOM 13 9.4
DIGI 28 20.3
LAIN-LAIN 4 2.9
Jadual 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Penyedia Perkhidmatan Data

Berdasarkan jadual di atas, penyedia perkhidmatan data yang paling ramai


menggunakannya adalah MAXIS iaitu 93 orang mewakili 67.4%, manakala CELCOM pula,
seramai 13 orang responden menggunakannya iaitu 9.4%, DIGI seramai 28 orang iaitu 20.3%
dan lain-lain syarikat Telco adalah seramai 4 orang responden iaitu 2.9%.

4.1.4 Aplikasi Telefon Pintar

APLIKASI TELEFON PINTAR KEKERAPAN PERATUS


Android 95 68.8
iPhone 20 14.5
Black Berry 2 1.4
Windows 1 0.7
Others 20 14.5
Jadual 4.4 Taburan Responden Berdasarkan Aplikasi Telefon Pintar.

Android merupakan aplikasi telefon pintar yang paling digemari oleh responden iaitu
sebanyak 68.8%. Iphone adalah aplikasi telefon pintar yang kedua tertinggi penggunaannya iaitu
seramai 20 orang mewakili 14.5%, Black Berry seramai 2 orang iaitu 1.4%, windows seramai
seorang iaitu 0.7% dan lain-lain adalah seramai 20 orang iaitu 14.5%
4.1.5 Penggunaan Pelan Data Internet Yang Dilanggan

PENGGUNAAN PELAN DATA INTERNET KEKERAPAN PERATUS


1GB 54 39.1
2GB 51 37
3GB ke atas 33 23.9
Jadual 4.5 Taburan Responden Berdasarkan Penggunaan Pelan Data Internet Yang
Dilanggan

Sekiranya diperhatikan dari penggunaan pelan data internet yang digunakan, ramai dari
responden memilih pelan data 1GB seramai 54 orang iaitu 39.1%, manakala untuk pelan data
2GB seramai 51 orang iaitu 37% dan penggunaan pelan data 3GB ke atas adalah seramai 33
orang iaitu 23.9%.

4.2 Analisis Dapatan kajian

Dalam bahagian ini, sebanyak 15 item soalan yelah dikemukakan kepada responden untk
dijawab. Sebanyak 5 soalan telah diberikan bagi setiap kategori iaitu tahap kecenderungan
penggunaan aplikasi telefon pintar, tahap penerimaan berkaitan aplikasi mobile learning
dalam kalangan pelajar dan tahap impak / keberkesanan berkaitan mobile learning dalam
kalangan pelajar.

4.2.1 Analisis Pembolehubah Tahap Kecenderungan Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar

Bahagian ini mengandungi 5 item soalan yang berkaitan dengan tahap kecenderungan
pengguna aplikasi telefon pintar. Analisis data dibuat dengan menggunakan nilai min. Hasil
dapatan kajian adalah seperti dalam jadual 4.6.

TAHAP KECENDERUNGAN PENGGUNAAN APLIKASI TELEFON PINTAR


BIL ITEM SOALAN KEKERAPAN PERATUSAN SKOR TAFSIRAN
STS TS TP S SS MIN
1 Saya menggunakan aplikasi telefon pintar untuk
menyemak emel dan melayari laman web 3.6 5.1 2.9 67.4 21 3.97 Tinggi
menggunakan telefon pintar.
2 Saya mencari bahan-bahan rujukan akademik
- - 12.3 61.6 26.1 4.14 Tinggi
menerusi telefon pintar
3 Saya hanya menggunakan telefon pintar bagi
13.8 5.8 32.6 37.7 10.1 3.25 Sederhana
tujuan laman sosial sahaja
4 Saya menggunakan aplikasi telefon pintar untuk
0.7 23.9 14.5 43.5 17.4 3.53 Sederhana
hiburan bermain permainan secara online
5 Saya menggunakan telefon pintar untuk semua
4.3 8.7 12.3 40.6 34.1 3.91 Tinggi
urusan akademik, hiburan dan lain-lain
Jadual 4.6 Analisis Min Bagi Pembolehubah Tahap Kecenderungan
Jadual 4.6 di atas menunjukkan analisis bagi pemboleubah tahap kecenderungan
penggunaan aplikasi telefon pintar, min skor bagi setiap item soalan 1, 2, dan 5 berada dalam
tahap yang tinggi iaitu 3.91 hingga 4.14 manakala min skor bagi item soalan 3 dan 4 berada
dalam tahap yang sederhana iaitu 3.25 hingga 3.53. Item yang mendapat min skor tertinggi
adalah item soalan 2 iaitu pada nilai 4.14 dan 87.7% responden mencari bahan-bahan rujukan
akademik menerusi telefon pintar. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar menjadikan telefon
pintar mereka sebagai satu kelebihan di dalam P&P kerana banyak membantu mereka dalam
pencarian maklumat untuk rujukan pembelajaran.
4.2.2 Analisis Pembolehubah Tahap Penerimaan Berkaitan Aplikasi Mobile Learning
Dalam Kalangan Pelajar
Bahagian ini mengandungi 5 item soalan yang berkaitan dengan tahap penerimaan
berkaitan aplikasi mobile learning dalam kalangan pelajar. Analisis data dibuat dengan
menggunakan nilai min. Hasil dapatan kajian adalah seperti dalam jadual 4.7.

TAHAP PENERIMAAN BERKAITAN APLIKASI MOBILE LEARNING DALAM KALANGAN PELAJAR


BIL ITEM SOALAN KEKERAPAN PERATUSAN SKOR TAFSIRAN
STS TS TP S SS MIN
1 Saya gembira dapat menggunakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menggunakan 0.7 8.0 27.5 34.1 29.7 3.84 Tinggi
aplikasi mobile learning ini
2 Saya tidak gemar menggunakan telefon pintar
8.0 9.4 21.0 44.9 16.7 3.53 Sederhana
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
3 Saya lebih memberi tumpuan khusus di dalam
kelas secara khusus untuk mendapatkan bahan-
5.1 3.6 11.6 63.8 15.9 3.82 Tinggi
bahan akademik berbanding pendekatan mobile
learning
4 Saya memuat turun nota, mendapatkan
maklumat terkini,membuat latihan serta
0.7 - 12.3 66.7 20.3 4.06 Tinggi
berhubung dengan pensyarah secara peribadi
menggunakan aplikasi mobile learning
5 Saya faham mobile learning merupakan alat
bantu mengajar yang membantu pelajar semasa - 15.2 13.0 47.1 24.6 3.81 Tinggi
ataupun diluar bilik kuliah.
Jadual 4.7 Analisis Min Bagi Pembolehubah Tahap Penerimaan

Jadual 4.7 di atas menunjukkan analisis bagi tahap penerimaan berkaitan aplikasi mobile
learning, min skor bagi setiap item soalan 1, 3, 4 dan 5 berada dalam tahap yang tinggi iaitu 3.81
hingga 4.06 manakala min skor bagi item soalan 2 berada dalam tahap yang sederhana iaitu
3.53. Item yang mendapat min skor tertinggi adalah item soalan 4 iaitu pada nilai 4.06 dan
87.0% responden memuat turun nota, mendapatkan maklumat terkini, membuat latihan serta
berhubung dengan pensyarah secara peribadi menggunakan mobile learning. Ini menunjukkan
pelajar-pelajar sentiasa peka dengan aplikasi mobile learning ini kerana pensyarah akan sentiasa
mengemas kini aplikasi mobile learning dari masa ke semasa.
4.2.3 Analisis Pembolehubah Tahap Impak / Keberkesanan Berkaitan Mobile Learning
Dalam Kalangan Pelajar
Bahagian ini mengandungi 5 item soalan yang berkaitan dengan tahap tahap impak /
keberkesanan berkaitan mobile learning dalam kalangan pelajar. Analisis data dibuat dengan
menggunakan nilai min. Hasil dapatan kajian adalah seperti dalam jadual 4.8.

TAHAP IMPAK / KEBERKESANAN BERKAITAN MOBILE LEARNING DALAM KALANGAN


PELAJAR
BIL ITEM SOALAN KEKERAPAN PERATUSAN SKOR TAFSIRAN
STS TS TP S SS MIN
1 Pendekatan mobile learning menambah minat
- - 11.6 58.7 29.7 4.18 Tinggi
saya untuk belajar
2 Pendekatan mobile learning mengurangkan
penggunaan kertas secara langsung - 8.0 8.7 59.4 23.9 3.99 Tinggi
menjimatkan kos terlibat.
3 Pendekatan mobile learning amat
- 18.8 5.1 53.6 22.5 3.80 Sederhana
membosankan.
4 Pendekatan mobile learning membolehkan saya
- 0.7 0.7 76.1 22.5 4.20 Tinggi
belajar tanpa mengira waktu dan tempat
5 Pendekatan Mobile Learning memudahkan saya
mendapatkan bahan rujukan,maklumat dan
- - - 77.5 22.5 4.22 Tinggi
berhubung dengan pensyarah pada bila-bila
masa
Jadual 4.8 Analisis Min Bagi Pembolehubah Tahap Keberkesanan

Jadual 4.8 di atas menunjukkan analisis bagi tahap keberkesanan berkaitan mobile
leaning, min skor bagi setiap item soalan 1, 2, 4 dan 5 berada dalam tahap yang tinggi iaitu 3.99
hingga 4.22. Item yang mendapat min skor tertinggi adalah item soalan 5 iaitu pada nilai 4.22
dan 100% responden bersetuju mobile learning memudahkan mereka dalam mendapatkan bahan
rujukan, maklumat dan berhubung dengan pensyarah pada bila-bila masa. Jelas di sini pelajar
memaksimumkan penggunaan aplikasi mobile learning bagi tujuan P&P mereka dan menjadi
trend terkini dalam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi.

5.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini adalah terdiri daripada rumusan, perbincangan dan cadangan kajian.
Dapatan kajian yang diperolehi dalam bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan
objektif dan persoalan kajian yang ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya, cadangan dikemukakan
untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang.

5.1 PERBINCANGAN

Kajian ini adalah berdasarkan kepada hasil daripada kajian dan keputusan analisis data
yang telah dijalankan. Kajian ini memberikan tumpuan ke atas tiga (3) persoalan kajian iaitu
sejauh manakah tahap kecenderungan pelajar menggunakan aplikasi mobile pada masa kini,
sejauh manakah tahap penerimaan pelajar menggunakan aplikasi DPB3013 virtual kelas sebagai
medium sokongan pengajaran dan pembelajaran dan sejauh manakah tahap impak dan kesan
perlaksanaan penyampaian pengajaran dan pembelajaran menerusi aplikasi DPB3013 Virtual
kelas ini. Kesimpulan kajian yang diperolehi ini menunjukkan secara keseluruhannya tahap
keberkesanan mobile learning adalah tinggi terutama kepada tiga (3) persoalan kajian yang
dibentuk ini. Persoalan-persoalan ini akan menjadi panduan dalam melihat sama ada kajian yang
dibuat itu mencapai objektif yang digariskan. Tiga persoalan kajian yang dimaksudkan adalah :

5.1.1 Sejauh Manakah Tahap Kecenderungan Pelajar Menggunakan Aplikasi Mobile


Pada Masa Kini?
Merujuk kepada jadual 4.6, telefon pintar merupakan satu trend penggunaan terkini yang
amat digilai oleh muda mudi dewasa ini. Tidak terkecuali pelajar-pelajar di Jabatan Perdagangan
ini kerana pelbagai fungsi yang dijanjikan oleh aplikasi telefon pintar. Dengan teknologi di
hujung jari, pelajar-pelajar hanya perlu mahir dalam aplikasi penggunaan telefon pintar yang
mereka miliki. Antara kegunaan yang yang sering digunakan oleh para pelajar ialah menyemak
emel dan juga melayari web. Tidak kurang juga penggunaan aplikasi telefon pintar diluaskan
penggunaannya dimana pelajar mencari bahan-bahan rujukan akademik dengan hanya
menggunakan telefon pintar mereka dan juga untuk urusan akademik serta hiburan. Perkara ini di
sokong oleh Vavoula & Sharples (2002) mengatakan perkataan “pembelajaran” itu sendiri
sebenarnya telah membawa maksud mudah alih kerana pembelajaran boleh berlaku dimana
sahaja dan bila-bila masa. Justeru itu, ianya memberikan dimensi baru kepada bidang pendidikan
di mana aplikasi mobile pada masa kini lebih memberikan kemudahan kepada pengguna untuk
belajar secara lebih fleksibel dan memudahkan.

5.1.2 Sejauh Manakah Tahap Penerimaan Pelajar Menggunakan Aplikasi DPB3013


Virtual Kelas Sebagai Medium Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran?

Berdasarkan jadual 4.7, pelajar memberikan maklumbalas yang positif tentang kelebihan
yang ada pada mobile learning ini, kebanyakkan daripada pelajar bersetuju bahawa mobile
learning adalah satu medium yang berguna untuk mereka mendapatkan nota-nota DPB3013,
membuat latihan-latihan secara dalam talian dan juga boleh berhubung secara peribadi dengan
pensyarah yang mengajar. Tanpa merujuk kepada buku atau nota yang ditulis, pelajar boleh
mendapatkan bahan akademik secara mudah hanya dengan menggunakan aplikasi mobile
learning di luar waktu kuliah mereka.Bertepatan dengan kenyataan Brown dan Keegan 2005
mengatakan M-pembelajaran wujud hasil dari kaedah pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
secara elektronik. Ia merupakan kesinambungan yang lebih menawarkan pengguna pembelajaran
secara fleksibel dan mudah alih. Pada waktu kuliah, pelajar fokus kepada P&P di dalam bilik
kuliah dan mereka hanya memberikan tumpuan yang lebih kepada penilaian yang dibuat pada
masa tersebut. Selepas waktu kuliah, mobile learning akan mengambil alih fungsi P&P di bilik
kuliah di mana pelajar boleh mengakses nota dan bahan rujukan DPB3013 di asrama atau di
rumah mereka.
5.1.3 Sejauh Manakah Tahap Impak dan Kesan Perlaksanaan Penyampaian Pengajaran
dan Pembelajaran Menerusi Aplikasi DPB3013 Virtual Kelas Ini?

Berdasarkan Jadual 4.8, perbincangan akan lebih tertumpu kepada impak dan
keberkesanan mobile learning kepada pelajar-pelajar. Ramai di kalangan pelajar berpendapat
aplikasi mobile learning ini memberi kesan yang baik kepada mereka melalui aspek P&P.
Aplikasi ini memberikan mereka lebih minat untuk belajar, mengakses nota dan bahan rujukan
tanpa mengira waktu dan tempat serta dapat berhubung dengan pensyarah pada bila-bila masa.
Merujuk kepada Vavoula dan Sharples (2002) mengatakan mobile learning membolehkan
pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa terhad kepada lokasi dan masa. Perkembangan
teknologi mudah alih pada masa kini menjadikan proses pembelajaran tidak terhad kepada
tembok fizikal bilik darjah sahaja. Dengan adanya pelbagai peralatan mudah alih dan tablet,
persekitaran pembelajaran pelajar lebih meluas dan bentuk pembelajaran menjadi lebih
bersituasi, personal, bekerjasama dan sepanjang hayat. Oleh itu, aplikasi mobile learning
sememangnya memberikan impak dan kesan yang positif kepada pelajar dalam kursus DPB3013
ini.

5.2 KESIMPULAN

Hasil dapatan daripada kajian ini dapat merumuskan signifikan aplikasi mobile learning
dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar-pelajar Politeknik Merlimau. Impak positif
ini jika dapat diterapkan di dalam suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi khususnya
di ppoliteknik, semestinya dapat meningkatkan prestasi seseorang pelajar dalam semua aspek
yang ingin dicapai. Selain itu, mereka juga dapat melihat dan menggunakan teknologi mudah
alih ini dengan perspektif yang lebih luas. Pendidikan berteraskan Mobile Learning
sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di politeknik. Anjakan paradigma berhubung teknologi
ini perlulah diubah supaya ianya dapat direalisasikan. Ini menunjukkan strategi pembelajaran
amat penting untuk memberi impak yang besar dalam aplikasi yang dibangunkan. Sebagai
contoh, kajian yang dilaksanakan oleh Auzar (2012), Siti Fatimah et al. (2006) dan Zamri & Nur
Aisyah (2011). Kemudahan kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih ini perlulah
diuji secara kolektif untuk memastikan pelajar kita khususnya di politeknik dapat merasai
keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu. Ini
konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh Traxler (2007) yang mengatakan bahawa konsep
m-pembelajaran merujuk kepada alat mudah alih yang sentiasa dibawa oleh pengguna. Akhir
kata, kajian yang meluas boleh dijalankan khususnya dalam mengatasi masalah yang telah
dikenalpasti serta menambah baik peluang sedia ada bagi memantapkan lagi aplikasi mobile
learning.

RUJUKAN

Ahmad Sobri Shuib. 2010. Rekabentuk kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah: Teknik
Delphi. Proceeding of Regional Conference on Knowledge Intergration in Information
and Communication Technology 2010, pp. 652-665
Auzar, 2012. Keberkesanan Penggunaan Perisian Asas Membaca. GEMA Online™ Journal Of
Language Studies, 12(2): 629-644

Brown, T. 2005. Towards a model for m-learning in Africa. International Journal on E-


Learning, 4(3): 299-315

DeWitt, D. & Saedah Siraj. 2010. Learners’ perceptions of technology for design of a
collaborative m-learning modul. World Journal on Educational Technology, 2(3): 169-
185

Noor Azam Zakaria, wan Fatimah Wan Ahmad, Mohd Hilmi Hasan. 2010. Mobile-Based
Interactive Learning Using Handwriting Recognition. Kertas Kerja Information
Technology (ITsim) International Symposium, Kuala Lumpur, 15-17 Jun.

Norleyza Jailani, Ahmed Patel, Noor Faezah Mohd Yatim, Yazrina Yahya, Muriati Mukhtar,
Zuraidah Abdullah, Marini Abu Bakar, Mazlina Othman & Salha Abdullah, 2008. A
Mobile Agent-based E-marketplace Model For the Muslim Community. Proceeding of
the International Conference on Knowledge Based Development, hlm. 272-277

Saipunidzam Mahamad, Mohamad Noor Ibrahim & Shakirah Mohd Taib. 2010. M-learning: A
new paradigm of learning mathematics in Malaysia. International Journal of Computer
Science & Information Technology, 2(4): 76-86

Siti Fatimah Mohd Yassin, Baharuddin Aris & Abdul Hafidz Omar. 2006. Startegi pembelajaran
projek pembangunan produk multimedia kreatif serta kolaboratif. Jurnal Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, 11: 24-35

Syafiza Abd Wahab. 2007. Mobile Learning Notes for SPM Sejarah: Islam di Asia Tenggara.
Latihan Ilmiah. Fakulti Teknologi dan Komunikasi Maklumat. Universiti Teknikal
Malaysia Melaka.

Traxler, J. 2007. Defining, Discussing and evaluating mobile learning: the moving writes and
having writ. International Review of Research in Open and Distance Learning, 8(2):
1492-3831

Vavoula, G. N., & Sharples, M. 2002. KLeOS: A personal, mobile, Knowledge and Learning
Organisation System. In Milrad, M. Hoppe, U. Kinshuk (eds). Proceedings of the IEEE
International Workshop on Mobile and Wireless Technologies in Education, Aug 29-30,
Vaxjo, Sweeden, pp. 152-156

Wagner, E.D. 2005. Enabling mobile learning. Educause Review, 40(3): 40-53

Zoraini Wati Abbas, Tina Lim & Norazlina Mohamad. 2010. Engaging ODL Learners through
Mobile Learning at Open University Malaysia. http://eprints .oum.edu.my/482/1/formal
_zoraini.pdf

Anda mungkin juga menyukai