Anda di halaman 1dari 1

NOTA PJPK 21/5/2021 (JUMAAT)

TAJUK : BADMINTON

1. Sejenis permainan kategori jaring yang menggunakan jaket dan jaring.


2. Dimainkan secara perseorangan dan berpasangan (beregu)
3. Dimulakan dengan seorang pemain melakukan servis ke gelanggang lawan
4. Pemain yang menerima mesti mengembalikan bulu tangkis dengan satu pukulan sahaja.
5. Mata diperoleh apabila bulu tangkis jatuh di dalam gelanggang pihak lawan atau pihak lawan melakukan
kesalahan mengikut peraturan permainan.
6. Dimainkan dalam 3 set dan pihak yang memenangi 2 set dikira sebagai pemenang.

PERALATAN BADMINTON
1. Bulu tangkis
2. Kasut badminton
3. Raket
4. Jaring

SERVIS CEKAP
1. Digunakan untuk memulakan permainan
2. Terbahagi kepada servis tinggi dan servis pendek
3. Servis tinggi dilakukan dengan pukulan hadapan
4. Servis pendek dilakukan dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas.

KIRI KANAN,KIRI KANAN


1. Bulu tangkis biasanya dipukul ke arah garisan sisi tanpa menyilang gelanggang
2. Layangan bulu tangkis adalah mendatar dan laju

TUJU BULAN
1. Pukulan lob biasanya dilakukan sebagai pukulan bertahan dari garisan gelanggang atau kawasan
berhampiran dengan jaring.

LAWAN KELIRU
1. Tujuan utama pukulan ini adalah untuk mengelirukan pihak lawan. Apabila anda melakukan pukulan
junam, bulu tangkis akan mendarat berhampiran dengan jaring.
2. Pihak lawan akan hilang keseimbangan kerana terkeliru dengan pukulan yang dilakukan
3. Ini akan memberi peluang untuk anda menyerang bahagian tengah atau bahagian belakang.

PUKULAN MAUT
1. Pukulan smesy adalah sejenis pukulan serangan yang sangat berkesan untuk mematikan sesuatu rali.
2. Boleh juga digunakan sebagai pukulan serangan untuk memaksa pihak lawan membuat hantaran yang
lemah. Smesy dilakukan dengan laju dan daya yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai