Anda di halaman 1dari 4

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PAUH Kod Sekolah: RBA0026

AMELIA ADIK AMY BT AZIZAN


1. Nama

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 5. Muka Surat:104


Kamsah, Mumtazah Tumian
dan Mahfuzah Omar
6. Terbitan
Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor
singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial,
ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut
sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging
mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga
dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah
kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-
doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan
seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain
yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera
mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan
tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan
memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di
tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas Pembantu Am
Rendah berhadapan dengan guru, pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak
karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada staf. Oleh itu, kita perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan
pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Kita perlu mengawal kemarahan
kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
mengherdik melempang dan memukul di luar batasan manusia.

10 Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PAUH Kod Sekolah: RBA0026

AMELIA ADIK AMY BT AZIZAN


1. Nama

2. Judul Pengurusan Keselamatan 3. Bidang: Pengetahuan dan


Kebakaran Di Pejabat- Profesional
Pejabat Kerajaan dan Swasta
4. Pengarang Bahagian Pencegah dan 5. Muka surat: 36
Keselamatan Kebakaran
6. Terbitan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
7. Sinopsis :
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai,
kakitangan dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi
kandungannya lebih mudah difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk
senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga
sains kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik
daripada mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang
punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam
api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti
persekitaran, kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api
marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi
mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara
pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa
yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala api
boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga
kebakaran, iaitu dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api.
Bahagian akhir buku menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan
bangunan, dan peruntukan undang-undang yang berkenaan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam
sains kebakaran

Anda mungkin juga menyukai