Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019


SK ST FRANCIS XAVIER
TARIKH: 20 NOV 2019 (RABU)
MASA /
BIL ATURCARA / SKRIP CATATAN
TINDAKAN
PENGUMUMAN PENGACARA
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Mohon kerjasama para hadirin agar mematikan telefon bimbit atau


meletakkannya dalam mod senyap sepanjang majlis ini berlangsung dan duduk
dalam keadaan selesa.

Jabilin /
1 7.25pagi Para hadirin diminta berdiri apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat
Meliana
masuk ke dewan utama dan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Para hadirin juga diminta untuk tidak meningggalkan majlis sehingga ke


penghujung acara.
Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan diucapkan terima kasih.
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan
__________________________________________________________, diiringi
Jabilin /
2. 8.00 pagi oleh Yang Berbahagia Puan Helena Edirin, Guru Besar SK St. Francis Xavier,
Meliana
bersama barisan pentadbir ke Majlis Anugerah Cemerlang SK St. Francis Xavier.
(Para hadirin berdiri)

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Hadirin dan hadirat Sekalian,
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan diikuti dengan Lagu Sabah
Tanah Airku.
Jabilin /
3.
Diminta semua Hadirin dan hadirat sekalian berdiri. Meliana

*********************NYANYIAN************************

1
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Tetamu sudah melangkah datang,
Lafaz bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang Berusaha,

Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK St. Francis Xavier

Yang Berbahagia,
Pn Helena Edirin
Guru Besar
SK St. Francis Xavier
4
Yang Berusaha,
Pn Lonnie Leku Siro
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha,
En. Warno Bin Parmin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha,
En. Bob Edrem
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha,
Pn Josephin Chin
Penolong Kanan Petang

Guru-guru, para Ibu bapa, murid-murid serta hadirin sekalian…

Assalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam pagi diucapkan…


2
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang SK St. Francis Xavier

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya


dapat kita bertemu dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas
kesudian _________________________________, kerana sudi hadir ke majlis ini.
PEMBUKAAN MAJLIS
Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum majlis menghampar pengisian,


Sebelum acara menyingkap helaian,
Molek rasanya doa dipanjatkan,
Semoga majlis beroleh keberkatan.
8.15 Jabilin /
5
pagi Meliana
Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon taufik dan hidayah agar
majlis kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan, __________________________________
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada ______________________________________
atas bacaan doa itu tadi. Melinda

3
Para hadirin yang dihormati sekalian,

6 Bagi meneruskan majlis pada hari ini, dijemput, Yang Berbahagia Melinda
Pn Helena Edirin, Guru Besar SK St. Francis Xavier, untuk menyampaikan ucapan
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN GURU BESAR

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Pn Helena Edirin atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Emas tempawan buat puteri,


Busana indah buat rupawan,
7 Sudilah tuan tampilkan diri, Melinda
Bersama madah ucapan perasmian.

Dengan berbesar hati, majlis mempersilakan


__________________________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Cemerlang SK St. Francis Xavier 2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada


__________________________________________________________________
kerana sudi merasmikan majlis kita pada hari ini.
8 Diminta ___________________________________________________________ Melinda
untuk terus berada di atas pentas untuk Penyampaian Cenderahati. Majlis ingin
menjemput Pn Helena Edirin, Guru Besar SK St. Francis Xavier untuk
menyampaikan cenderhati kepada Yang ________________________________.
Dipersilakan.

********* Penyampaian Cenderahati*************

4
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar kerana sudi menyempurnakan
penyampaian cenderahati.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis Anugerah Cemerlang SK St. Francis Xavier, kami
persembahkan tarian dari murid-murid SK St. Francis Xavier. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN 1
Majlis mengucapkan terima kasih kepada pasukan tarian sekolah. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, persembahan itu tadi adalah di bawah pimpinan
Cikgu Dg. Hasmah dan Cikgu Aldreen.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Penyampaian Hadiah untuk
murid-murid yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam bidang Kurikulum
dan juga Ko-Kurikulum. Majlis ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan dan
penghargaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah
bukan sahaja dalam bidang akademik tapi juga dari segi Ko-kurikulum serta
9.15
9 sahsiah. Kartika
pagi

Semoga penghargaan yang akan diberikan nanti akan lebih menaikkan semangat
mereka untuk terus berjuang dalam bidang masing-masing dan diharapkan akan
turut menjadi motivasi kepada murid lain.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


__________________________________________________________________
dengan diiringi oleh _________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan:

5
- Anugerah Permata Cilik (APC-Tahap 1) ---- Kartika
- Akademik Terbaik ( Kedudukan dalam kelas-Tahap 2) ----- Kartika
- Mata Pelajaran Tertinggi Tahap 2 --- Melinda
- Kehadiran Terbaik 100% Tahap 1 & 2 ---- Melinda
- Anugerah Murid Pemulihan Terbaik 2019 --- Meliana
- Anugerah JQaf Terbaik 2019 ---Meliana

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tibalah masanya disampaikan Anugerah Murid Harapan Tahun 5 2019


Diumumkan, Anugerah Murid Harapan Tahun 5 2019.

******************BIODATA**************************
Dipersilakan, adik ______________________________________diiringi oleh
kedua-dua ibu dan bapa. Syabas diucapkan.

Seterusnya, Anugerah Ko-Kurikulum 2019

******************BIODATA**************************

10 Dipersilakan _______________________________________bersama-sama
dengan kedua ibubapa.

Seterusnya Anugerah Murid Cemerlang Tahun 2019

******************BIODATA**************************
Dipersilakan Murid Cemerlang bagi Tahun 2019 __________________________
diiringi oleh kedua-dua ibu dan bapa. Syabas diucapkan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima


kasih kepada Yang _________________________________________ kerana sudi
menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

6
Hadirin dan hadirat sekalian,
10.15 Sebelum meneruskan majlis pada pagi ini, kita redakan dahulu dengan
pagi menyaksikan satu lagi persembahan ___________________________________
dari murid-murid SK St. Francis Xavier. Dipersilakan.
PERSEMBAHAN 2
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis Anugerah Cemerlang ini diteruskan lagi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


_____________________________________________________ bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil untuk anugerah seterusnya.
Dipersilakan.

Dimulakan dengan
Penyampaian Hadiah /Sijil Apresiasi
- Anugerah Khas Tahap 1 & 2

Unit Hem
11
 Pengawas Sekolah Tahap 1
 Ketua & Penolong Ketua Kelas Tahap 1
 Ketua Kebersihan Tahap 1
 Pengawas Sekolah Tahap 2
 Ketua & Penolong Ketua Kelas Tahap 2
 Ketua Kebersihan Tahap 2
 Pembimbing Rakan Sebaya
 Pengawas Keselamatan Sekolah
 Pengawas SPBT
 Pengawas ICT

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


_________________________________________________________________,
kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil sebentar tadi.

Kepada para murid yang telah berjaya mengharumkan nama anda, keluarga dan
juga nama sekolah terutamanya dalam bidang akademik dan Ko-Kurikulum,

12 tahniah dan syabas diucapkan. Mudah-mudahan, kejayaan yang cemerlang akan


terus berkekalan disepanjang hayat dan wanginya akan terus semerbak ke
seluruh persada Negara.

7
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan berakhirnya acara sebentar tadi, maka sempurnalah sudah..
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SK ST FRANCIS XAVIER 2019

Dendang seloka irama lagu,


11.15 Lenggok gemalai tarian inang, Melinda
pagi Gigih berusaha menggarap ilmu,
Visi digapai sekolah cemerlang.

Kami mewakili pihak sekolah merasa berbesar hati, atas kesudian

tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian meluangkan masa ke majlis ini.

Semoga sokongan yang diberikan akan menyemarakkan lagi kejayaan sekolah ini.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,


Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Maafkan kami andai ada salah dan silap tanpa disedari,
Panjang usia bersua kembali.

Selaku perantara majlis, dengan rasa rendah hati, kami memohon ampun dan
maaf sekiranya sepanjang majlis ini terdapat kelemahan dan tersalah tutur kata
daripada kami. Semoga Allah meningkatkan ilmu kita melalui petunjuk dan
13 hidayahNya.

(Sebelum kita akhiri majlis pada hari ini, majlis mempersilakan tetamu
kehormat dan barisan pentadbir untuk menikmati jamuan ringan.)**kalau
tiada makanan utk parent x perlu baca

Justeru itu, ucapan akhir buat semua. Sehingga berjumpa lagi dilain masa.
Sekian.
Salam hormat, Wabillahitaufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh dan selamat sejahtera.
PENUTUP DAN BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai