Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR 2019

1. (Ketibaan VIP)
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Puniran bin Denan,Pegawai
Pendidikan Daerah Muar.

Berikut adalah nyanyian Lagu NegaraKu. Hadirin diminta bersedia.

(Nyanyian Lagu Negaraku)

Hadirin dipersilakan duduk.

2. Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi.
 Yang Berusaha Encik Puniran bin Denan,Pegawai Pendidikan
Daerah Muar.
 Yang Berusaha Encik Mohd Fauzi bin Ishak, Penolong PPD Ko-
Akademik
 Yang Berusaha Encik Mohd Nazim bin Ismail, Pengerusi Bahasa
Melayu Daerah Muar,
 Yang Berusaha Puan Rashidah binti Ibrahim, Guru Besar SK
Jorak,
 Guru-guru Besar
 guru-guru pengiring
 guru-guru
 peserta-peserta pertandingan
 serta hadirin yang dihormati
Alhamdulillah, kepada Tuhan yang Maha Agung, kita pertingkatkan setinggi-
tinggi puji dan syukur kerana dengan limpah dan keizinanNya dapat kita
sama-sama berkumpul di dalam dewan ini bagi menjayakan Majlis Penutup
dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah
Rendah Peringkat Daerah Muar bagi tahun 2019.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Puniran


bin Denan dan semua hadirin yang sudi memeriahkan acara kita pada hari
ini.

ROSELKTP Page 1
3. Bunga mawar cantik tersemat
. Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah
tangan bermunajat memohon berkat, agar segala urusan mendapat rahmat.
Dengan ini, dipersilakan Al-Fadhil Ustaz ________________________untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Amin Ya Rabbal AAlamIin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz


____________________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

4. UCAPAN PENGERUSI BAHASA MELAYU

Hadirin yang dihormati,


Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd Nazim
bin Ismail, Pengerusi Bahasa Melayu Daerah Muar untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Nazim atas
ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5. UCAPAN PERASMIAN

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar ucapan


perasmian daripada Yang Berbahagia Encik Puniran bin Denan, Pegawai

ROSELKTP Page 2
Pendidikan Daerah Muar. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan.

*******************
Hadirin yang dihormati , rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Encik Puniran bin
Denan menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

6. Hadirin yang dikasihi,


Kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan upacara penyampaian hadiah
dan sijil kepada para hakim dan peserta bagi Pertandingan Bicara Berirama
Sekolah-sekolah rendah Peringkat Daerah Muar 2019.
Untuk itu, dijemput __________________________________________untuk
mengiringi Encik Puniran bin Denan ke pentas bagi menyempurnakan acara
penyampaian hadiah dan sijil.

5. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan hakim Pertandingan Bicara


Berirama Peringkat Daerah Muar 2019 ke pentas untuk menerima
cenderamata dan sijil penghargaan.

Dipersilakan,

1.Puan Hasnita binti Kassim

2. Puan Zarinah binti Md Yassin

3.Puan Selmah binti Serail

4. Encik Rosman bin Selamat ...dan

5. Encik Shahrizan bin Bashar

Seterusnya, dipersilakan wakil setiap sekolah untuk menerima sijil


penyertaan.

Dipersilakan,

1.SK Paya Redan

2.SK Pekan Pagoh

3.SK Convent

4.SK Bakri Batu 2

5.SK Orang Kaya Ali

ROSELKTP Page 3
6. SK Parit Latif ... dan

7.SK Parit Zin

Terima kasih diucapkan kepada wakil setiap sekolah.

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Hadirin yang dikasihi,

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu keputusan pertandingan


Bicara Berirama sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Muar 2019.

Diumumkan pemenang tempat ketiga Pertandingan Bicara Berirama


Peringkat Daerah Muar kategori sekolah rendah dimenangi oleh

SK………………………………………………………………………………
(dijemput wakil)

Tempat kedua disandang oleh,

SMK…………………………………………………………………………………
(dijemput wakil)

Manakala Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Muar 2019


kategori sekolah rendah disandang oleh,

SK……………………………………………………………………………………

Seterusnya, Pimpinan terbaik disandang oleh adik ,

……………………………………………………………………………………

dari………………………………………………………………………………

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi yang kurang berjaya,


jangan kecewa, jangan berduka. Kalah dan menang adat pertandingan. Cuba
lagi pada tahun hadapan.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam tangan
Ada menang tak kurang kalah
Itu resam adat pertandingan

ROSELKTP Page 4
6 Sebagai tanda penghargaan kepada SK Jorak yang telah sudi dengan
jayanya menjadi tuan rumah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah
Muar bagi tahun 2019, majlis ingin menjemput Yang Berusaha Encik Puniran
bin Denan untuk menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada
Puan Rashidah binti Ibrahim, Guru Besar Zon Jorak. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(penyampaian sijil dan cenderamata kepada tuan rumah)

Sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan yang berpanjangan,


dipersilakan Puan Rashidah binti Ibrahim untuk menyampaikan cenderahati
daripada SK Jorak kepada Encik Puniran bin Denan. Dipersilakan.

(penyampaian cenderahati daripada tuan rumah)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Puniran bin Denan kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Dilirik hanyalah padi


Diindang si gadis jelita
Yang baik adalah budi
Yang dikenang adalah jasa

7. Dengan itu berakhirlah sudah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat


Daerah Muar bagi tahun 2019. Saya mewakili jawatankuasa pertandingan.
memohon maaf andai terkasar bahasa, tersalah senda, terlebih kata, maaf
dipinta. Saya akhiri dengan dua rangkap bicara buat bekalan pulang

Daun selasih dikutip budak


Jatuh berselerak di tepi perigi
Bercerai kasih bertalak tidak
Panjang umur berjumpa lagi

Buah betik di dalam dulang


Buat hidangan di malam ini
Yang baik bawalah pulang
Yang kurang kuburlah di sini

Majlis mempersilakan Encik Mohd Nazim bin Ismail, bagi mengiringi Encik
Puniran bin Denan,untuk menikmati jamuan ringan di bilik VIP.

Sekian, terima kasih.

ROSELKTP Page 5

Anda mungkin juga menyukai