Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PERTANDINGAN SAHIBA SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH REMBAU TAHUN 2019
PPD REMBAU, 71300 REMBAU
30 APRIL 2019

1
Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Azizan b Marzuki,
Penyelaras Dun Chembong, PPBM Kawasan Rembau.

(Hadirin berdiri dan terus menyanyikan lagu Negaraku)

2
Hadirin dipersilakan duduk.

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
Tn. Hj Azizan b Marzuki
Penyelaras Dun Chembong
PPBM Kawasan Rembau

Yang Dihormati
Tn Azmi b Basir
Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Rembau

En Sufian Shah
Penolong Pegawai Bahagian Kokurikulum
Daerah Rembau
Yang Dihormati
_____________________
Pengerusi MGB
Daerah Rembau

Yang Berusaha
Pn Zainun@Norainun bt Lain
Guru Besar Sk Kayu Ara

Yang Berusaha
Pn. Fatin Nadia bt Mazhanash
Pengerusi Teknik
Pertandingan Sahiba
Daerah Rembau

Seterusnya Yang Dihormati para hakim, guru pengiring, para peserta, serta

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Perasmian Penutup
Pertandingan Sahiba Sekolah Rendah
Daerah Rembau Tahun 2019

3
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

4
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Safwan Hariz b Marzuki. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustaz Safwan Hariz b Marzuki atas bacaan doa itu tadi.

6
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha Pn
Zainun@Norainun bt Lain Guru Besar SK Kayu Ara selaku pengerusi
pengelola Pertandingan Sahiba Sekolah Rendah Tahun 2019 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan Tuan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Zainun@Norainun bt Lain
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

7
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian


penutup Pertandingan Sahiba Daerah Rembau Tahun 2019. Untuk itu, Majlis
ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Azizan b Marzuki,
Penyelaras Dun Chembong PPBM Kawasan Rembau untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj.


Azizan b Marzuki atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

8
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para peserta kita iaitu
upacara penyampaian hadiah.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Tuan Azmi b Basir Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah Rembau, bersama Pn Zainun@Norainun bt Lain GB SKKA
untuk mengiringi Tn Hj. Azizan b Marzuki untuk menyampaikan hadiah dan
cenderamata kepada para hakim dan pemenang Pertandingan Sahiba
Daerah Rembau Tahun 2019. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

9
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj.
Azizan b Marzuki hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk
menyempurnakan upacara perasmian penutup Pertandingan Sahiba Daerah
Rembau Tahun 2019, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan
kepada beliau.
Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan Tuan Azmi b Basir Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Azmi b Basir.

Seterusnya, di jemput Pn Zainun@Norainun bt Lain untuk menyampaikan


cenderahati kepada Tn Azmi b Basir. Dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada Pn Zainun@Norain bt Lain atas


penyampaian cenderahati itu tadi.

10
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Majlis ingin merakam jutaan terima kasih kepada pihak PPD Rembau, semua
AJK Pelaksana sekolah yang terlibat dan semua pihak yang turut membantu
secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis kita pada hari
ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

11
Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Azizan b Marzuki diiringi dif-dif
jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan
dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati
jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai