Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH PENGERUSI KELAB

Bismillahir-rahmanir-rahim
Terima kasih, Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Tuan Haji Harifin bin haji Omar , GB SK LBJ
Yang Dihormati barisan Penolong2 kanan.
1.Pn Siti Hawa binti Abdullah – Pk Pentadbiran
2.Pn Zunaidah binti Mohamed Nazir – Pk HEM
3.Pn Nurhasnida binti Rejab – PK Ko-Ko
Barisan guru dan staf yang dedikasi

  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat pagi.


         
Pertamanya, saya sebagai Pengerusi Kelab Guru SK LBJ mengucapkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita
berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan
Sambutan Hari Guru dan Staf Peringkat Sekolah, SK LB Johnson bagi Tahun
2020, dalam suasana normal baharu ini. 
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan
hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah dapat di
sambut di SK LB Johnson pada hari ini walaupun dalam keadaan serta situasi
baharu. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ”Selamat
Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak


mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi
kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Namun, pada tahun ini, sambutan
hari guru tidak lagi seperti sebelum ini, di mana, guru-guru disambut riang oleh
murid-murid, dengan pelbagai bentuk ucapan dan hadiah yang dibawa dari
rumah. walaupun begitu, perjuangan tetap perlu diteruskan, dimana anak-
anak murid perlu di didik dengan cara yang berbeza, norma baharu perlu
diterapkan dalam setiap diri murid bagi mengutamakan keselamatan mereka,
kitalah ‘frontliner’ seterusnya.

1
Justeru itu, kita semua di hadapan ini, mampu menjadi belalang,
berupaya menjadi kijang. Ada yang mampu menjadi 3R, hebat lakonannya
seperti Rosyam Noor, mersik suaranya seperti Ramli Sarip atau lincah
geleceknya seperti Ronaldo, serasi seperti kata Sasterwan negara Usman
Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

 
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan
cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan
sangat disanjung tinggi.

Hidup tidak selalu indah, 


tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.


“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

TERIMA KASIH CIKGU.

Anda mungkin juga menyukai