Anda di halaman 1dari 5

TEKS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

SK SEKSYEN 7 , BBB
(Komander memberikan arahan)

BARIS, BARIS SEDIA.

KE KANAN LURUS.

BARIS, SENANG DIRI.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

1. Yang berusaha,
En. Zulkifli Bin Mohd Tahir,
Komandan KRS Sekolah /Guru Besar SK Seksyen 7.

Yang dihormati,
Puan Nor Saliza Bt Mohd Ghazali,
Timbalan Komandan KRS Sekolah / GPK Pentadbiran.

Encik Azlan Bin A. Kadir


Timbalan Komandan KRS Sekolah / GPK Hal Ehwal Murid

En. Yusrizal B Hj Yusoff


Timbalan Komandan KRS Sekolah / GPK Kokurikulum

Yang dihormati, barisan guru-guru pemimpin, Pasukan Badan


Beruniform SK Seksyen 7 serta rakan-rakan seperjuangan yang
dikasihi sekalian.

2. Untuk memulakan majlis, dengan segala hormatnya majlis


mempersilakan Encik Zulkifli Bin Mohd Tahir, Komandan KRS
Sekolah/ Guru Besar SK Seksyen 7 untuk menerima tabik hormat
daripada Ketua Perbarisan.

Dipersilakan tuan.

BARIS, BARIS SEDIA

(Komander bergerak ke hadapan dan berjumpa guru besar untuk membuat


laporan)

Komander tabik hormat dan melapor

ASSALAMUALAIKUM TUAN, KAMI MURID-MURID SK SEKSYEN 7, SERAMAI


__________ ORANG SIAP SEDIA UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN
KOKURIKULUM.

(Tunggu dijawab)

Komander tabik hormat dan mengucapkan:

TERIMA KASIH TUAN

Komander berkawad kembali ke tempat dan memberi arahan

BARIS, SENANG DIRI

3. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih Encik Zilkifli Bin Mohd


Tahir, Komandan KRS Sekolah / Guru Besar SK Seksyen 7, atas
kesudian menerima tabik hormat itu tadi.
4. Sekarang, dijemput _____________________ untuk memimpin
bacaan doa. Semua murid diharap dapat memberikan perhatian.

(Komander memberikan arahan)


BARIS, BARIS SEDIA

HUP
(Semua murid menadah tangan untuk berdoa)
(Pengawas memimpin bacaan doa- Rujuk lampiran bacaan doa)
Selesai bacaan doa, Komander memberi arahan

HUP
(Semua murid menurunkan tangan)

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.


5. Seterusnya, dijemput _____________ yang bertugas untuk
membaca
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

6. Perhimpunan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negeri Selangor


dan lagu Negaraku. Para guru dan murid diminta bersedia.

(Komander memberikan arahan)


BARIS
BARIS SEDIA
(Lagu Negeri dan lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan)

7. Sekarang dijemput guru yang bertugas pada minggu lepas untuk


memberikan laporan.
(Komander memberikan arahan)
BARIS, SENANG DIRI

8. Seterusnya dipersilakan Cikgu ………………………………………………………


untuk atur cara seterusnya. (Jika ada)

9. Sekarang dijemput pula ………………………………………… (hanya seorang)


_____________________ (Komandan KRS Sekolah/Guru Besar SK
Seksyen 7)

10. Terima kasih diucapkan kepada ………………………………… Semoga kita


memperoleh manfaat dan mengambil peringatan daripada ucapan
beliau tadi.
Akhir sekali, kita akan menyanyikan lagu ‘Sekolah’ bersama-sama.
Semua guru dan murid diminta bersedia.

(Komander memberikan arahan)


BARIS
BARIS SEDIA

11. Sekian sahaja perhimpunan pada pagi ini. Sebelum bersurai, majlis
sekali lagi menjemput, _________________, Komandan KRS
Sekolah/Guru Besar SK Seksyen 7 untuk menerima tabik hormat
daripada Ketua Perbarisan.

Dipersilakan tuan.
(Komander bergerak ke hadapan dan berjumpa guru besar untuk membuat
laporan)
Komander tabik hormat dan melapor

ASSALAMUALAIKUM TUAN,
(Tunggu dijawab)
KAMI MURID-MURID SK Seksyen 7 SERAMAI _______ ORANG, MOHON
KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN, TUAN.
(Tunggu dijawab)

Komander tabik hormat dan mengucapkan:


TERIMA KASIH TUAN
Komander berkawad kembali ke tempat dan memberi arahan
BARIS, SENANG DIRI

12. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


__________________, Komandan KRS Sekolah/Guru Besar SK
Seksyen 7 di atas kesudian menerima tabik hormat itu tadi.

Demikian tamatnya Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada pagi ini.


Wabillahitaufikwalhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh.

13. Semua pengawas, diminta mengambil tempat. Semua murid akan


bergerak ke kelas masing-masing dalam keadaan yang senyap dan
teratur.

(Komander memberikan arahan)


BARIS
BARIS, SEDIA

Anda mungkin juga menyukai