Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SKB 2016

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para
hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis


Yang Berusaha En. Rosli b. Awang, GB SK Bekelam

Yang dihormati En. Mazlan b. Abd Hamid YDP PIBG

Yang Berusaha Pn. Siti Noor bt. Ismail, PK HEM

Yang Berusaha Pn. Rosmina bt. Ismail, PK Ko

AJK Kerja Majlis Anugerah Cemerlang 2016,

Rakan-rakan guru penggerak wawasan pemangkin kegemilangan SK Bekelam,staf


sokongan

Yang dihormati ibu bapa dan penjaga murid,

Seterusnya Yang dikasihi anak-anak didik, penerima hadiah sempena Anugerah


Cemerlang 2016.

Serta hadirin, hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah
dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada hari ini untuk
meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum
dalam satu majlis yang cukup meriah iaitu Majlis Anugerah Cemerlang SK Bekelam
2016.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga
kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada
anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
………………………………………….
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
………………………………… atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Dari Pahang ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun....................... .......membuat


persembahan.
Dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun............................yang membuat persebahan


sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan .................................

Kalau tuan pergi Gelugor,


Jangan patahkan batang saderi;
Kepada tuan sembah dihulur,
Mohon ucapan ,amanat diberi

Majlis seterusnya mempersilakan Yg. Berusaha En. Rosli b. Awang, Guru Besar SK
Bekelam untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah
Cemerlang SKB 2016 .Majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput dan
mempersilakan.

***********(Ucapan GB)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang Berusaha tuan guru besar atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan
kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  Bak kata pepatah ‘Bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.
Hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid ……………………………………………………………………………...
Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid tahun…………………… yang telah membuat


persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh…………………………..………………

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati, 


Tempat burung selalu bertemu; 
Sekali hidup biarlah bererti, 
Isikan akal dengan ilmu

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah kepada
murid-murid cemerlang.

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah …………………………………………………dijemput dan


dipersilakan……………………………………………………………………………………………………………menjemput
dan mengiringi…………………………………………………………………………………..Dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah,


1.
2.
3.
4.
5.
6.
Sebagai tanda terima kasih di atas sokongan dan komitmen YDP PIBG SK Bekelam,
En. Mazlan b. Abd Hamid , Dipersilakan sekali lagi Yg. Berusaha Tn. GB untuk
menyampaikan cenderahati terima kasih kepada YDP.Dipersilakan.

.........(Penyampaian cenderahati kepada YDP)

Terima kasih tuan GB atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Cemerlang SK Bekelam 2016 pada kali ini....ucapan
tahniah buat anak-anak didik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini
akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Bintang tujuh sinar berseri, 


Bulan purnama datang menerpa; 
Ajaran guru hendaklah dicari, 
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada
terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu
adalah kelemahan kami.

Serangkap pantun penutup bicara;

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insha Allah tahun hadapan bersua lagi

Sekian, tarima kasih.....


Assalammualaikum wbth

Anda mungkin juga menyukai