Anda di halaman 1dari 3

Buruj Orion, yang cukup popular dengan '3 bintang sederet'-nya, berada di langit Barat, tetapi

semakin rendah posisinya. Taurus, buruj yang menempatkan gugusan bintang M45, juga agak
rendah kedudukan di sebelah kaki langit barat. Malah saya rasa, melainkan anda mempunyai
kawasan langit sebelah barat yang bebas dari sebarang halangan seperti bangunan dan pokok,
cukup sukar untuk mengesan M45 ini.
Jangan lupa di sebelah atas kiri dari buruj Orion, bintang paling cerah di langit,Sirius sedang
memancar cerah bersama-sama dengan bintang-bintang lain di dalam buruj Canis
Major.  Bintang Sirius ini terletak lebih kurang 8 Tahun Cahaya (TC) dari bumi, lalu
meletakkannya di antara bintang-bintang 'jiran' kita. Cahaya dari Sirius terpaksa mengambil
masa selama 8 tahun untuk sampai ke retina mata kita pada malam ini!.
Kemudian, apabila mata kita memandang ke arah sebelah langit
Selatan, kita akan dapati kawasan langit yang mengandungi
begitu banyak bintang-bintang berkecerahan sederhana, yang
meliputi kawasan dari bintangSirius, menuju ke bawah kiri (arah
mata jam pukul 8), dan sampai ke kaki langit Tenggara
(SouthEast). Di kawasan inilah letaknnya buruj-buruj Carina,
Vela, Puppis, Centaurus danCrux. Jika kita mencerap dari kawasan yang gelap dan jauh dari
silau cahaya, InsyaAllah kita akan dapat melihat jalur Bima Sakti di kawasan ini. Secara
peribadi, saya amat gemar 'menerokai' kawasan ini dengan binokulars, kerana ia mengandungi
jumlah bintang yang berkecerahan sederhana yang banyak dan dekat antara satu sama lain, di
samping banyak gugusan-gugusan bintang yang sentiasa menarik perhatian saya. Agak malang,
kita di Malaysia, posisi kawasan langit ini tidak begitu tinggi. Kita terpaksa ke kawasan
hemisfera selatan untuk benar-benar menikmati keindahan langit kawasan ini sepenuhnya.
Apabila mata kita bergerak lagi ke kiri menuju ke langit Timur, kita sebenarnya
mula meninjau ke arah 'luar' dari galaksi Bima Sakti kita, dan sedang melihat ke
arah alam semesta yang cukup jauh dan luas. Di sini letakknya buruj-buruj
sepertiVirgo, Hydra, Corvus, Crater, Leo dan Coma Berenices. Jika anda
mempunyai teleskop bersaiz sederhana (sekitar saizaperture 10 inci ke atas), anda berpeluang
untuk 'terserempak' dengan beratus-ratus malah beribu-ribu galaksi lain, yang mana masing-
masingnya mempunyai berjuta-juta bintang! Saya sendiri belum benar-benar berpeluang
meninjau-ninjau kawasan ini kerana untuk benar-benar 'menghargai' galaksi-galaksi ini, kita
terpaksa keluar mencerap di kawasan yang benar-benar gelap. InsyaAllah, bila saya berpeluang,
saya akan kongsi bersama-sama pengalaman saya di situ.
Bergerak ke arah kiri lagi, di sekitar langit Utara, berhampiran dengan
kaki langit, kita akan dapat melihat buruj yang agak besar yang
bernama Ursa Major. Namun di dalam buruj ini, terpaksa 7 biji bintang
yang paling cerah membentuk asterim yang diberi nama Big Dipper.
Asterim ini cukup popular kepada para pencerap bintang di hemisfera
utara, kerana 2 daripada bintangnya, bintang Merak dan Duphe, jika dibuat garisan di antara
keduanya menuju ke bawah. akan menunjukkan posisi bintang Utara,Polaris. Secara teori, lokasi
dari Kuala Lumpur ( latitud 3 darjah Utara ) boleh nampak bintang ini, tetapi faktor-faktor
seperti cuaca, bentuk muka bumi, pencemaran cahaya menyebabkan agak mustahil bagi kita
melihatnya. Di dalam satu sesi syarahan di Planetarium Negara beberapa tahun dahulu, saya
dengar Dr. Mazlan Othman menyatakan team beliau telah berjaya mencerapPolaris dari
Langkawi.
Beranjak ke kiri lagi sekali, menuju ke arah langit Barat, kita
akan bertemu dengan sebiji bintang yang cerah kekuningan. Ia
berada di antara asterim Big Dipper tadi dan
burujOrion, bintang supergiant yang bernamaCapella, di
dalam buruj Auriga.  Perhatikan planet Zuhal yang turut berada
di sebelah kiri dari bintang Capella . Dan perhatikan ke arah
atas dari bintang Capella, akan ada 2 biji bintang yang hampir sama kecerahannya. Inilah
bintang Castor dan Pollux,  di dalam buruj Gemini.Kedua-dua bintang ini sering digelar sebagai
"the Twins". Planet Muystari merupakan sebiji 'bintang' yang amat cerah di atas bintang "Twins"
ini.
Planet
Planet Utarid sudah mula muncul di langit Barat selepas Maghrib
pada awal bulan April. Pada 4hb, kecerahan atau magnitud planet ini
mencapai ke tahap maksimum (paling cerah). Pada 16hb, ia mencapai
posisi Greatest Elongation (EAST), iaitu posisi paling jauh yang ia
boleh berada dari matahari. Kali ini ia berada sejauh 19 darjah dari
matahari. Selepas dari tarikh ini sehingga ke akhir bulan, ia akan
kembali menghampiri matahari. Anda boleh melihat animasi perubahan posisi Utarid ini dengan
file format quicktime (MOV) di sini. Saiz fail ini sekitar 314Kb
Planet Zuhrah , yang kini berada di sebelah pagi, kini setiap hari posisinya akan menjadi
semakin rendah di kaki langit timur. Lihatlah sebelah timur, selepas solat Subuh, Zuhrah akan
kelihatan seperti sebiji bintang yang amat-amat cerah. Jangan lupa sekitar 27hb,28hb dan 29hb
April, Bulan akan berada berhampiran dengan Zuhrah, menjadi kedua-dua objek ini pasangan
yang cukup indah untuk dilihat dengan mata kasar, serta menjadi target fotografi bagi mereka
yang berminat.
Planet Marikh, masih berada di dalam burujSagittarius pada awal
bulan ini. Dan apabila menghampiri akhir bulan, ia sudah bergerak ke
dalam kawasan buruj Capricorn. Perhatikan pergerakan planet Marikh
dari hari ke sehari bergerak ke arah Timur. Pada 23hb dan 24hb, Bulan
akan berada berhampiran dengan Marikh, seterusnya memberi panduan kepada kita untuk
mengenalpasti kedudukan planet ini. Jangan lupa, Marikh sedang menghampiri Bumi dan akan
berada di posisi istiqbal yang paling dekat sejak tahun 1970an, pada bulan Ogos tahun ini!
Planet Musytari dan Zuhal masing-masing berada di dalam buruj Cancer danTaurus, di langit
sebelah Barat selepas waktu Maghrib. Masih lagi mempunyai peluang menikmati keindahan
planet-planet ini menerusi teleskop.
Planet Neptune berada di dalam buruj Capricorn, manakala Uranus berada di dalam
buruj Aquarius, bersebelahan dengan buruj Capricorn. Anda memerlukan sekurang-kurangnya
alar binokulars untuk mencerap kedudukan planet-planet ini.
Planet Pluto, pula bersendirian di dalam sempadan buruj Ophiuchus  danSerpents.
 

Anda mungkin juga menyukai