Anda di halaman 1dari 8

Bil AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Ybhg. Datuk Dr. Illias b. Hj.


jemputan dan ibu Hussin ,
bapa dengan diiringi ,
En. Mazlan b. Abd Hamid,  (Yang Dipertua PIBG),
En. Mohd Zohan b. Deraman (Guru Besar),
Guru-Guru Penolong Kanan dan
AJK PIBG  Sekolah Kebangsaan Bekelam.
Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa
2. Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia, Datuk Dr Illias b. Hj Husin

Yg.Berusaha,
Penolong Pegawai PPD Bachok

Yg. Berusaha,En. Mohd Zohan b. Deraman


Guru Besar SK Bekelam

Yg. Berbahagia,En. Mazlan b. Abd Hamid


YDP SK Bekelam

Yg. Berusaha,Pn. Salmiah bt. Junoh


PKP

Yg Berusaha, Pn. Siti Noor bt. Ismail


PK Hem

Yg Berusaha, Pn. Rosmina bt. Ismail


PK Ko

NYDP dan Barisan AJK PIBG SKB

Guru-guru penggerak wawasan dan kakitangan SKB

semua ibu bapa yang hadir


Seterusnya murid2 penerima hadiah kecemerlangan 2015.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan


salam Satu Malaysia.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang pohon tempua,
Salam ukhwah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petangi ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2016 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Bekelam, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada
Yang Berbahagia Datuk Dr Hj. Illias b. Haji Husin kerana
sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.
3. Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,
Jangan dilupa pisang sesikat,
Bersama kita memohon rahmat,
Agar majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Lokman b. Che Mohd
Ariffin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Lokman b.


Che Mohd Ariffin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan
yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan
yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh


guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang
cemerlang.
4 Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis,
murid Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan nasyid meriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Bagi memeriahkan perjalanan majlis, marilah sama-sama


kita saksikan persembahan nasyid oleh Kumpulan nasyid
sekolah.Dipersilakan.

………………

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kumpulan


Nasyid An Nur dan jurulatihnya atas persembahan nasyid
itu tadi.

5. Ucapan Alu-aluan Anak teruna jalan berlapan,


oleh YDP Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk itu, majlis menjemput En. Mazlan b. Abd Hamid, YDP


PIBG SK Bekelam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Mazlan b. Abd Hamid atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6. Ucapan Guru Duduk termenung si burung unta,


Besar Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yg. Berusaha En. Mohd


Zohan b. Deraman, Guru Besar SK Bekelam untuk
menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
………………………………………….

Terima ksih diucapkan kepada Yg. Berusaha En. Mohd


Zohan b. Deraman di atas ucapan sebentar tadi.

7. Ucapan Daun semulur di pekan sari,


Perasmian Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan


ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia
Datuk Dr Hj. Illias b. Hj Husin,

dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK


Bekelam kali ke 39 bagi tahun 2016.

Majlis dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan.


………………….

Bunga selasih di dalam taman,


Harum melati penyeri intan,
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yg Berbahagia datuk Dr. Hj.
Illias b. Hj. Husin atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Semoga segala amanat dan inti pati ucapan itu tadi dapat
kita hayati dan ambil tindakan bersama.

8. Majlis Terbang tinggi si burung helang,


Penyampaian Berkicau kenari riang berterbangan,
hadiah murid Murid cemerlang Negara terbilang,
cemerlang 2015 Anugerah diberi tanda penghargaan

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada


murid cemerlang dalam Ujian Akhir Tahun 2015.
Untuk itu, majlis menjemputYg Berbahagia Datuk Dr. Hj.
Illias b. Hj. Husin, dengan diiringi En.Mohd Zohan b.
Deraman, Guru Besar SK Bekelam untuk menyampaikan
hadiah tersebut.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.
5.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yg Berbahagia


Datuk Dr Hj. Illias b. Hj. Husin atas penyampaian hadiah itu
tadi.

9. Cabutan nombor Seterusnya, memeriahkan lagi acara pada petang ini,


bertuah dipersilakan Yg. Berbahagia Datuk untuk membuat cabutan
tiga nombor bertuah.
…………………………….
Dipersilakan Yg berbahagia Datuk dengan diiringi YDP
En.Mazlan b. Abd Hamid untuk menyampaikan hadiah bagi
3 cabutan nombor bertuah.
Dipersilakan.
……………………………
Terima kasih diucapkan kepada Yg berbahagia Datuk di
atas penyampaian hadiah bagi cabutan nombor bertuah itu
tadi.

10. Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan cabutan


nombor bertuah itu tadi, maka selesailah sudah Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Bekelam, kali ke-39
bagi tahun 2016.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Bekelam, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Datuk Dr
Hj Illias b. Hj. Husin atas kesudian meluangkan masa pada
pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Dipersilakan Yg Berbahagia Datuk, Penolong Pegawai PPD


dan Guru Besar meninggalkan majlis untuk ke kantin bagi
menikmati juadah yang disediakan.

Seterusnya, kami serahkan majlis kepada En. Mazlan b.


Abd Hamid, YDP PIBG untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG SK Bekelam, kali ke-39 bagi tahun
2016.

Anda mungkin juga menyukai