Anda di halaman 1dari 24

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

1.0

PENGENALAN

Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia.

Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini.

Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan dan haiwan vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh empat buah lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah
1

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

S.W.T. akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa.

Biodiversiti

adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies, berapa

banyak variasi genetik atau bilangan jenis komuniti yang terdapat di sesuatu ekosistem. Kompleksiti sesuatu ekosistem bergantung kepada biodiversiti sesuatu ekosistem.

Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk mendefinisikan sebagai sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal asal lebih stabil sesuatu

selepas diganggu, lebih cepat ia kembali kepada keadaan ekosistem itu.

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata),bakteria,kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.

2.0

DEFINISI BIODIVERSITI

Biodiversiti adalah kepelbagaian kehidupan yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang diwakili oleh spesis-spesis yang wujud. Biodiversiti termasuk sejumlah bilangan variasi dari aras-aras yang berbeza dalam dunia semulajadi yang melibatkan genetik, spesis dan ekosistem ( Ricklefs & Miller).Begon et al. pula menyatakan bahawa biodiversiti adalah istilah yang boleh digunakan untuk menerangkan jumlah spesis , jumlah variasi genetik atau jumlah jenis komuniti yang hadir dalam sesuatu kawasan.

Biodiversiti bermaksud kekayaan dan kepelbagaian

kehidupan.

Biodiversiti mengekalkan

kesihatan bumi dan penghuninya. Biodiversiti membekalkan makanan dan ubat-ubatan dan
2

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

menyumbang kepada ekonomi kita. Contohnya industri perikanan menyumbang $ 150 juta setiap tahun kepada ekonomi Negeri Kelantan. Biodiversiti berkaitrapat dengan kesihatan

biosfera. Semakin besar pelbagai spesies, semakin sihat biosfera.

Biodiversiti atau mudah dikenali juga sebagai Kepelbagaian Biologi yang telah didefinasikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber samada di daratan mahupun di pelusuk lautan dan sebagainya yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan diantara spesis juga ekosistemnya.

3.0

KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN BIODIVERSITI

Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting bagi kita menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingan-kepentingan kepada keseimbangan alam dan juga manusia. Jadual berikut adalah anggaran kekayaan biodiversity di Malaysia. JENIS SPESIES Mamalia Burung Reptilia Amfibian Ikan Air Masin Ikan air tawar Invertebrata Tumbuhan berbunga Orkid Palms Ferns Kulat Lumut Mikroorganisma
3

JUMLAH 306 742 567 242 4,000 449 150,000 15,000 3,000 536 2,012 700 832 NA

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

3.1

Alam

3.1.1 Pengkalan Kitar Hidrologi Hidupan semulajadi yang berfungsi sebagai penyerapan air lalu menggunakan proses transpirasi untuk membebaskannya. Hutan, padang rumput juga tanah yang lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya secara berperingkat apabila air mula bertakung. Proses ini membantu bagi mengawal banjir.

3.1.2 Modifikasi Iklim Ekosistem Berkhidmat sebagai ekosistem pengatur perjalanan cuaca dan iklim. Berfungsi sebagai penyerap radiasi daripada cahaya matahari lalu membebaskan wap. Proses ini akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Ini akan dapat menstabilkan iklim itu sendiri.

3.1.3 Kawal Hakisan Tanah Fungsi daunan dan sampah didalam hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Proses ini dapat menghalang tanah menjadi pecah manakala akar tumbuhan pula berfungsi sebagai pengikat tanah dimana ianya dapat membantu menghalang berlakunya hakisan di kawasan tanah tinggi. Manakala di kawasan yang berombak dan berpaya berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika berlakunya ribut.

3.1.4 Selenggara Kitar Oksigen dan Nitrogen Penghasilan oksigen daripada tumbuhan manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen di dalam tanah. Proses ini dapat menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsure-unsur sebatian Ammonium dan Nitrat yang boleh menggangu kesuburan tanah.

3.2

Manusia

3.2.1 Nilai perubatan Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Misai
4

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di malaysia yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri barbados,Cermai, chinese honeysuckle, Cucur atap, Daun Dewa, Daun segugur, Delima, Depu Pelanduk, Derhaka Mertua, Dukung Anak, Durian Belanda, Ekor Anjing,Embun tengahari, Gadis Lompat, Gaharu/depu, Gajus, Galak tua, Gandarusa, Garuda, Gelam Tikus, Gelenggang, Gorek, Halia, Hamba Raja, Hempedu beruang, Hempedu bumi, Hujan panas, Inai, Jambu batu, Jarak Minyak, Jarak pagar, Jarum Mas, Jarum tujuh bilah, Jelai, Jerangau, Jeremin, Jeruju, jerun, jintan hitam, Kacang Malabar, Kacang telang, Kaduk, kancing baju, Kancing Baju Merah, Kantan, Kapalterbang, Kari, kayu manis, Kecubung, Keladi candik, Keladi Tikus, Kelapa, Kemangi, kembang semangkuk, kemoyang, Kemunting, Kemunting Cina, Kenerak, Kerak-kerak nasi, Kerian, Kermak putih, Kesum, Kesumba, Ketumbar jawa, Ketumpangan air, Kucing galak, Kulim, Kunyit, Kunyit Hitam, Lada Hitam, Laici, Lakum, Larak, Lemba, Lemon Balm, Lempoyang gajah, Lemuju, Lemuni, Lengkuas, Lengkuas geting, Lenjuang merah, letup-letup, Lidah buaya, Limau kasturi, Limau Purut, Lontar, mahkota dewa, Maman Hantu, Maman Ungu, Mambu, Manggis, Mas cotek, Mata Ayam, Matakucing Pingpong, Melada pahit, Memali, Mempelas, Mengkirai, Mengkudu, Mengkunyit, Misai ali, Mulberi, Nam Nam, Oregano, Paku Tunjuk Langit, Pala, Palas, Pandan wangi, Patawali, patikan kerbau, pegaga, Penaga, Perah, Peria pantai, Periuk Kera, Petai, Petai belalang, Pokok ajaib, Pokok lelipan, Pokok Manjakani(mempening), Pokok Nilam, Pokok Tea, Pudina, Pulosari, Pulut-pulut, Putat, Rosemary, Rozel, Ruku Hitam, Rumput Israel, Sagu Bemban, Salam, Sambung Nyawa, Sarang semut, Sedap Malam, Sehelai setahun, Sekentut, Selada, Selai Jendela, Selasih, Selasih dandi, Selom, Sembung, Senduduk, Senduduk Paksa, Senduduk putih, Senna mekah, Sepang, Serai, Serai aceh, Serai Wangi, Setawar, Setawar Putih, Sintok, Sirih, Sri Gading, Stevia, Subang nenek, Sundal malam, Sungkai, Susun kepala, Tebengau, Teja, Temu hitam, Temu kunci, Temu lawak, Tenggek Burung, Tepus Kesing, Tepus Tanah, Teratai, Terung asam, Terung Kemar, Terung Ranti, Terung susu kambing, Timun betik, Tomato, Tongkat Ali Hitam, Tutup Bumi, Ubat Kurap, Ubi jaga, Ubi sarek, Ulam raja, Ulat Bulu, Urang-Aring, Vanila, Yesterday, today, tomorrow, Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini.

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Pokok

Misai

Kucing;

Ubat Pegaga; Anti Kanser

Kencing Manis

3.2.2 Nilai Intrinsik Dengan kepelbagaian biodiversiti ini ia mempengaruhi nilai tersendiri dan hak untuk hidup. Sebagai benda yang hidup samada haiwan, tumbuhan dan manusia, masing2 ada hak asasi yang mempunyai ingatan, emosi dan rasa.Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga.Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.

3.2.3 Bekalan bahan mentah untuk manusia Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

3.2.4 Tempat riadah manusia Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan dan air terjun. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kehijauan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh membantu menyihatkan badan. Keindahan pantai dan muara sungai boleh mendatangkan ketenangan jiwa.

Keindahan pantai dan muara boleh merehatkan minda

4.0 USAHA KERAJAAN UNTUK MENGEKALKAN PELBAGAI BIODIVERSITI DI MALAYSIA.

4.1

Persidangan pengurusan biodiversiti.

Bengkel mengenai biodiversiti, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada manusia.120 negara tentang

menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD). memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

4.2 Menggalakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D). Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensipotensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan
7

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.

4.3 Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus. Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara. Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang.

4.4 Pendidikan secara formal dan informal tentang kesedaran memelihara kepelbagaian biodiversiti.

4.4.1 Pendidikan Formal 1. Mata pelajaran sains dan biologi Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada manusia.

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini dengan lebih berkesan.

3. Penulisan biodiversiti Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.

4.4.1 Pendidikan Tidak Formal 1. Lawatan luar Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan tersebut.

2. Aktiviti biodiversity Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.

3. Program kesedaran Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan
9

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

suratkhabar, menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam sekitar dengan lebih berkesan.

4.5

Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar

Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Subjek pendidikan alam sekitar hendaklah diwajibkan dalam semua peringkat persekolahan hinggalah ke universiti. Di samping itu bagi golongan pekerja dan masyarakat hendaklah didedahkan sebanyak mungkin dengan kempen-kempen kesedaran tentang betapa pentingnya alam sekitar lestari. Langkah ini amat dperlukan bagi mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menyelamatkan dunia ini daripada terus dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia.

4.6 Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekeliling Akta Alam Sekeliling 1974 jelas memperuntukan undang-undang yang boleh diguna pakai dalam memelihara alam sekitar. Penguatkuasaan oleh kerajaan boleh dilakukan dengan

penggunaan teknologi pemeliharaan biodiversiti yang banyak terdapat sekarang ini. Teknologi GPRS merupakan teknologi praktikal dan digunakan secara global pada masa kini untuk pemantauan biodiversiti menerusi satelit. Sensor dipasang di bahagian tertentu spesis haiwan terancam kerana kaedah ini memudahkan untuk pemantauan dan kawalan yang lebih bersistematik terhadap spesis tersebut. Kerajaan juga hendaklah bertindak tegas dengan pihak yang melakukan aktiviti pembalakan dan pemburuan haram supaya ianya tidak terus membarah dalam kalangan rakyat negara ini.Undang-undang lama yang tidak relevan hendaklah diganti dengan undang-undang baru yang sesuai dan mampu mengekang aktiviti yang amat merugikan negara ini.

5.0

AKTIVITI MANUSIA YANG MENGAKIBATKAN KEPUPUSAN SPESIES

Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap. Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak munculmuncul lagi. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kepupusan ini. Antaranya adalah seperti berikut:
10

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

5.1

Variasi Genetik Berkurangan

Pemilihan semula jadi menyebabkan berkurangnya variasi genetik melalui penghapusan individu yang maladaptasi (kurang beradaptasi), dan juga mutasi-mutasi yang menyebabkan maladaptasi itu. Pembiakan sesama sendiri dalam keluarga menyebabkan generasi anak mempunyai ketahanan kepada penyakit yang sama. Jika sekiranya berlaku kurang ketahanan kepada penyakit, maka semua anggota populasi tersebut akan terkena penyakit. Ini akan menyebabkan berlakunya kematian keseluruhan populasi yang mana akhirnya populasi itu akan pupus.

5.2

Pembersihan Hutan

Hutan adalah habitat semulajadi spesis-spesis. Umum mengetahui bahawa hutan yang paling teruk terjejas ekoran ketamakan manusia ialah hutan hujan tropika di Amerika Syarikat, Asia Tenggara dan Afrika. Di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak di musnahkan bagi tujuan pembangunan, perumahan, kawasan pertanian,dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan spesies-spesies ini akan kehilangan habitat semulajadi mereka. Ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda spesis dengan kadar purata 1 km2.langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies akan mengalami kepupusan.contohnya haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa,harimau,gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies dapat dikekalkan.

5.3

Bencana Alam

Bencana alam seperti letusan gunung berapi , kebakaran hutan yang besar , taufan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya memberikan impaks yang tidak kurang hebatnya kepada biodiversiti. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan mati disebabkan pelbagai bencana yang melanda bumi.

5.4

Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar mendorong kepada pencemaran ekosistem dan pencemaran habitat. Terbukti bahawa apabila sesuatu kawasan itu tercemar maka secara tidak langsung spesis di kawasan itu akan mula berkurangan mungkin kerana spesies mati atau berpindah ke tempat yang selamat. Pencemaran boleh berlaku dalam banyak bentuk seperti pencemaran udara, air, tanah dan sebagainya. Pencemaran air dan tanah oleh bahan-bahan kimia hasil dari aktiviti
11

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

manusia menyumbang kepada kepupusan spesis hidupan air dan hidupan tanah termasuk juga tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan eksotik akan mengalami kepupusan yang ketara apabila kawasan semulajadi mereka tercemar.

Pencemaran air tawar, air laut dan tanah boleh membawa kepada lenyapnya jumlah spesis dalam sesuatu ekosistem. Racun serangga dan baja pertanian yang berlebihan boleh meresap masuk ke dalam tanah dan menyebabkan pencemaran tanah. Racun dan baja ini juga akan melarut lesap ke dalam aliran air bawah tanah di mana air ini memasuki sungai dan laut di mana ia akan menjejaskan segala hidupan akuatik di kawasan yang diliputinya. Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak dan di jangka akan mengakibatkan gangguan kepada taburan spesis dan akhirnya membawa kepada kepupusan biodiversiti.

5.5

Pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan

Hal ini dapat dilihat apabila sesuatu tempat baru yang ingin dibuka untuk dijadikan kawasan pelancongan dan sukan secara tidak langsung kawasan itu akan dibersihkan dan ciri-ciri geografinya akan turut terjejas seterusnya ekosistem di dalam hutan tersebut akan terganggu dan menyebabkan kestabilan alam turut terjejas. Situasi seumpama ini akan menyebabkan kepupusan biodiversiti.

5.6

Pemburuan haram

Pemburuan haram, membunuh atau menangkap hidupan liar boleh berlaku dalam pelbagai cara. Pemburuan haram merujuk kepada kegagalan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang dalam mendapatkan hidupan liar . Contohnya pemburuan tanpa lesen atau permit, menggunakan senjata atau perangkap yang dilarang, memburu di luar masa yang ditetapkan dan jantina serta peringkat umur yang tidak dibenarkan. Pemburuan haram juga merujuk kepada pengambilan haiwan dari tempat perlindungan hidupan liar yang diwartakan, seperti taman negara atau zoo. Kebanyakan negara menguatkuasakan sekatan memburu hidupan liar seperti larangan memburu dan memperdagangkan hidupan liar. Produk haiwan, seperti kulit, gading, tanduk, gigi dan tulang, digunakan untuk membuat pakaian, barang kemas dan bahan-bahan hiasan yang lain.

12

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Statistik terbaru menunjukkan bahawa sejumlah 588 badak sumbu telah diburu semenjak awal tahun ini (2012), dengan jumlah tangkapan 246 individu terdiri daripada 217 pemburu haram, 18 pembawa dan 11 orang penerima.. Taman Negara Kruger telah kehilangan 362 badak sumbu akibat pemburuan haram. Di wilayah KwaZulu-Natal Limpopo adalah wilayah paling teruk akibat pemburuan haram, dimana secara kolektif 186 badak sumbu dibunuh. Daripada berpuluhpuluh spesies badak , kini hanya tinggal 5 spesis sahaja yang masih wujud.Jika dahulu lebih 100,000 badak sumbu hitam di Afrika, kini terdapat hanya 2707 di keseluruhan benua tersebut. Ini disebabkan harga tanduk badak bernilai sehingga AS $ 40,000 sekilogram - lebih daripada 5 kali harga emas.

Pemburuan Haram Harimau Bintang

Pada tahun 2009, 36.000 gajah telah dibunuh kerana gading mereka dan kebanyakannya dijual kepada pelancong sebagai cenderamata. Pada tahun 1930 terdapat 5 -10 juta gajah di Afrika . Kurang daripada 1% daripada jumlah itu (kira-kira 600,000) kekal apabila mereka telah di senaraikan sebagai spesies yang paling terancam pada tahun 1989.Permintaan untuk gading dan kehilangan habitat daripada aktiviti manusia membawa kepada kejatuhan besar dalam populasi ini. Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 20,000 - 25,000 gajah dibunuh setiap tahun untuk gading mereka.Pada tahun 2004, terdapat sekitar 4,000 ekor gajah di Zakouma National Park (Tchad), hari ini jumlah mereka kurang daripada 1000ekor. Begitu juga, di Republik Afrika Tengah dianggarkan kehilangan sekitar 500 ekor gajah setahun akibat dari pemburuan haram.

5.7

Penyeludupan Haiwan Liar

Penyeludupan Haiwan Liar melibatkan pengumpulan, pengangkutan dan pengedaran haiwan liar dari satu negara ke negara lain. Ini boleh dilakukan sama ada di peringkat antarabangsa atau domestik. Tiada siapa yang tahu saiz sebenar perdagangan produk haiwan liar tetapi adalah
13

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

dipercayai

bahawa urus niaga ini menjana pendapatan sehingga 10-20 billion dolar USA

setahun. Ini bermakna bahawa penyeludupan haiwan liar adalah hampir nilainya dengan perdagangan dadah . Keuntungan ekonomi adalah sebab utama berkembangnya perdagangan haram dan penyeludupan haiwan liar ini.. Selagi ada permintaan yang berterusan bagi haiwan dan bahagian-bahagian haiwan maka selagi itulah penyeludupan hidupan liar ini berlaku.

Permintaan untuk produk hidupan liar dan haiwan eksotik seperti

makanan, perubatan

tradisional, pakaian dan barang perhiasan yang diperbuat daripada gading, sirip, kulit, tanduk dan organ-organ dalaman haiwan semakin meningkat di seluruh dunia dimana permintaan tertinggi datangnya dari Amerika Syarikat, Republik Rakyat China dan Kesatuan Eropah. Di Asia permintaan kepada bahagian-bahagian badan haiwan dan organ-organ tertentu, yang digunakan dalam amalan perubatan tradisional meningkatkan lagi usaha penyeludupan ini dilakukan. Di Afrika permintaan utama bagi hidupan liar ini datangnya dari penggunaan "bushmeat". Peningkatan dalam permintaan di Asia Tenggara pula adalah disebabkan oleh ledakan ekonomi di rantau ini. Di benua lain seperti Eropah dan Amerika Utara, permintaan bagi penyeludupan hidupan liar adalah kerana untuk mewujudkan barangan fesyen mewah, cenderamata kepada pelancong dan haiwan peliharaan eksotik.

Tanduk Badak yang dipotong

Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh organisasi, hidupan liar antarabangsa (TRAFFIC ) sebanyak 2493 gading telah dijual di Laos pada Ogos 2011. Harga gading yang dipamirkan dalam bahasa Inggeris dan Cina, menunjukkan bahawa pelancong Enggeris dan China adalah pembeli utama gading dunia.

14

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Di seluruh dunia, pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang telah menyita lebih 23 tan gading yang sedang diperdagangkan di pasar gelap walaupun perdagangan gading telah diharamkan di seluruh dunia pada tahun 1989. Majoriti daripada gading Afrika diseludup keluar melibatkan warga negara China di mana 90 peratus daripada pengedar gading yang ditangkap di lapangan terbang adalah. warga China. Secara purata, pihak berkuasa di Australia merampas antara 3,000 hingga 7,000 barangan hidupan liar yang sedang diimport ke negara itu. . Sebagai contoh, item yang dijual di pasaran gelap adalah Cicak Australia, yang dijual pada harga USD 7,500 (7,500 Dolar Australia). Di seluruh dunia, perdagangan haiwan di pasaran gelap adalah bernilai USD 32 Bilion.

Nasib Gajah Kerana Gading Bertuah

5.8

Kegiatan manusia yang mengubah tempat kediaman mereka.

Banyak aktiviti manusia mengubah hutan menjadi kawasan petempatan yang merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada antara spesis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamalamanya.

5.9

Pengeksploitasian hutan tropika.

Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.
15

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

5.10

Perubahan iklim dan bencana alam

Bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku.

5.11

Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan.

Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.

6.0

KESAN KEPADA BIOSFERA AKIBAT PENGURUSAN BIODIVERSITI YANG

LEMAH.

6.1

Perubahan Iklim

Aktiviti penyahutanan akan mengurangkan jumlah pokok yang amat ketara sekarang ini. Pengurangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi,kekerapan hujan,dan kadar penggunaan dalam atmosfera semasa proses fotosintesis. Penggunaan karbon dioksida oleh pokok bagi tujuan fotosintesis akan berkurang dan ini akan menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau yang membawa kepada fenomena pemanasan global. Pemanasan global akan meningkatkan suhu bumi yang akan memberi kesan kepada kecairan ais dan glasier di kutub utara dan selatan. Pencairan ais akan meningkatkan isipadu air laut yang menyebabkan paras air laut meningkat dan menenggelamkan daratan sedikit demi sedikit.

Fenomena ini akan merubah lanskap muka bumi. Pemanasan global juga akan mempengaruhi tekanan angin dunia dan suhu akuatik dunia. Semua ini akan mengubah hala tiupan angin dan juga arah aliran arus laut. Ini akan menyebabkan perubahan iklim yang sangat ketara dewasa ini.

6.2

Kehilangan Sumber Bahan Mentah

Kepupusan biodiversiti juga mengakibatkan kehilangan sumber bahan mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dan nilai yang tinggi. Aktiviti manusia yang mengubah ekosistem akan
16

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesis sekaligus menyebabkan berlakunya kepupusan.Malah kepelbagaian diversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada. Kehilangan diversiti akan mempengaruhi rantai dan siratan makanan dalam ekosistem. Akhirnya semua makhluk bumi akan mengalami krisis makanan dan ini akan mempercepatkan lagi proses kepupusan.

Kepelbagaian sumber semulajadi (seperti tanah, air, udara dan biodiversiti) menyediakan keperluan penting untuk mengeluarkan produk dan servis yang diperlukan oleh manusia. Dalam setengah abad yang lepas, kehilangan sumber semulajadi berlaku dengan kerap berbanding abad sebelum akibat daripada campur tangan manusia dalam alam sekitar dalam bentuk aktiviti pertanian. Walaupun pertanian baik untuk membekalkan makanan, kesan gangguan alam sekitar oleh aktiviti pertanian menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar dan sosio ekonomi seperti kehilangan kesuburan tanah, pencemaran air, perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, mengurangkan kapasiti produktiviti jangka panjang, kemiskinan, pemindahan dan masalah kesihatan.

6.3

Impak kepada alam sekitar

Kehilangan sumber tanah merupakan cabaran alam sekitar paling besar untuk dunia; kerana potensinya membahayakan keselamatan makanan, mengancam kestabilan masyarakat dan meningkatkan kadar kemiskinan. Didefinisikan sebagai penolakan jangka panjang fungsi ekosistem dan produktiviti, kehilangan sumber tanah berpunca daripada pengurusan tanah dan air yang lemah, termasuk penanaman yang terlalu kerap, kadar "merumput" yang tinggi, kehilangan hutan yang berleluasa dan kekurangan pengairan. Kehilangan sumber tanah semakin meningkat, dari segi kadar jumlah dan tahap keterukan, di banyak bahagian muka bumi, dengan 40 peratus tanah daripada permukaan tanah bumi telah hilang (25 peratus hilang dalam suku abad sahaja) dan dianggarkan 1.5 billion penduduk dunia yang bergantung kepada pertanian semata-mata.

Pertanian secara signifikan menyumbang kepada masalah perubahan iklim yang mana menyebabkan kesan buruk kepada pertanian. Perubahan iklim memberi impak kepada pertanian melalui pelbagai cara, dengan perubahan kepada suhu, hujan dan ketidaktentuan iklim memberi
17

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

kesan kepada masa dan tempoh musim menanam dan hasil, menyebabkan kehilangan sumber tanah dan kekurangan air. Peningkatan suhu boleh meningkatkan hasil di kawasan latitud sederhana-tinggi tetapi menurunkan hasil di kawasan latitud rendah. Dijangkakan Afrika Selatan, hasil pertanian akan jatuh sehingga 50 peratus di antara tahun 2000 dan 2020; dan menjelang tahun 2080, tambahan 600 juta orang berada dalam risiko menghadapi kelaparan akibat perubahan iklim.

Akses kepada air yang cukup dan selamat sangat penting di dalam pengeluaran makanan dan kesihatan manusia. Walaubagaimanapun, permintaan dan persaingan kepada air yang semakin bertambah telah menyebabkan kekurangan yang serius kepada sumber air permukaan. Pengairan pertanian menggunakan 70 peratus jumlah penggunaan air. Kualiti air telah merosot kesan daripada aktiviti pertanian yang intensif; yang menjadi sumber utama pencemaran air di negara membangun dan maju; menjadi punca kepada masalah kesihatan manusia. Selain itu, penternakan haiwan secara intensif juga menyumbang kepada pencemaran sumber air yang serius. Penggunaan agro kimia seperti baja dan racun mencemarkan air di sepanjang laluan air.

Biodiversiti memainkan peranan yang penting kepada pertanian dan keselamatan makanan dengan menyediakan sumber bahan genetik yang mencukupi untuk tanaman serta haiwan dan bahan mentah bagi industri dan servis ekosistem yang lain. Sepanjang abad yang lalu, kita telah diperlihatkan dengan kehilangan biodiversiti melalui kemusnahan habitat, terutama sekali perubahan tanah hutan kepada pertanian.

Walaupun negara maju telah memulihkan kawasan hutan sepanjang suku abad ini, negara membangun pula terus menerus mengalami pengurangan kawasan hutan sehingga 10 peratus. Masalah penebangan hutan sangat serius di kawasan beriklim tropika lembab. Dalam tempoh 1990 hingga 2005, Afrika yang meliputi 15 peratus jumlah hutan dunia telah kehilangan jumlah kawasan hutan yang besar; mewakili 50 peratus jumlah hutan dunia yang hilang. Kemusnahan dan kehilangan habitat merupakan ancaman besar kepada hampir 90 peratus spesis burung dan amfibia yang terancam. Hutan hujan tropika yang meliputi kurang 10 peratus liputan hutan dunia merupakan habitat kepada 50 hingga 90 peratus spesis tumbuhan dan haiwan di dunia.

18

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Perkembangan industri pertanian telah menyebabkan kemerosotan jumlah varieti dalam spesis. Sistem pengeluaran monokultur meningkatkan lagi risiko kepada alam sekitar dengan kemerosotan biodiversiti, fungsi ekosistem dan keupayaan ekologikal menangani stress. Lebih dari itu, kesan daripada eksploitasi yang berlebihan kepada sumber air telah menyebabkan hampir 20 peratus spesis ikan air tawar pupus, dan beberapa jenis ikan komersil di lautan telah terancam.

6.4

Impak kepada sosio ekonomi

Pengurusan sumber semulajadi yang tidak lestari juga menyebabkan kesan buruk kepada sosio ekonomi. Pengurangan sumber tanah mengakibatkan kehilangan produktiviti dan mengancam keselamatan makanan. Kehilangan produktiviti meninggalkan impak yang besar kepada populasi yang dihimpit kemiskinan dan kelaparan. Di sesetengah tempat, produktiviti tanah telah merosot sehingga 50 peratus akibat hakisan dan kesan "penggurunan". Dalam satu kajian kes yang dijalankan di 7 buah negara membangun, dianggarkan KDNK akan merosot 3 hingga 7 peratus akibat daripada kehilangan sumber tanah.

Terdapat satu pertalian yang kuat di antara penduduk miskin yang bergantung dengan hasil pertanian dengan alam sekitar yang rapuh. Penduduk miskin lebih banyak bercucuk tanam di kawasan yang curam dan kering, tanah yang kurang subur dan jauh di pedalaman. Kehilangan sumber tanah juga menyebabkan perpindahan. Kehilangan hutan akan mengakibatkan impak yang buruk kepada 1.5 billion penduduk dunia yang rata-ratanya miskin (90 peratus) dan bergantung kepada hutan untuk hidup. Sistem pengeluaran pertanian boleh mengakibatkan kualiti kesihatan manusia merosot. Pencemaran air dari penggunaan baja tidak organik dan buangan ternakan yang tidak diurus dengan baik boleh menjejaskan keselamatan air minuman dan makanan akuatik. Pestisid juga memberi impak negatif kepada pekerja ladang.

Dalam menerangkan kepada sesuatu yang telah diketahui berkenaan kehilangan dan pengurangan sumber tanah, air dan biodiversiti global, kombinasi semulajadi dan faktor manusia boleh dikenalpasti, termasuk faktor tidak langsung seperti tekanan populasi, dan faktor langsung, seperti corak guna tanah. Kehilangan sumber semulajadi biasanya berpunca daripada pengurusan tanah dan air yang lemah ditambah pula dengan perubahan iklim yang mengakibatkan banjir,
19

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

kemarau, perubahan tanah dan kehilangan biodiversiti. Manusia merupakan aset utama yang penting bagi mengubah alam sekitar ini melalui perhutanan semula, pengurusan sumber air, tanah dan hutan yang lestari melalui amalan dan teknologi. Pertanian berskala besar boleh mengakibatkan kehilangan sumber tanah melalui penggunaan agro kimia yang berlebihan dan pengurusan sumber yang tidak lestari bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan.

7.0

KESIMPULAN

Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia.

Setiap kejadian yang Allah S.W.T. ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan tersendiri. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati kirakira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia yang disebutkan di atas.

Biodiversiti bukan sahaja penting dalam proses menstabilkan iklim, malah ia juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengurangkan kesan bencana alam. Hutan dan padang rumput misalnya sangat membantu dalam melindungi landskap daripada hakisan, kehilangan
20

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

nutrien dan tanah runtuh melalui tindakan cengkaman akar. Bagi sesetengah ekosistem pantai seperti paya masin, paya bakau dan sebagainya sangat membantu dalam menghalang berlakunya hakisan pinggir pantai dan mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami.

Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam biosfera.

Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.

Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Justeru itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara. Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar keselamatan biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh yang demikian, kita perlu mewujudkan satu garis panduan yang dapat melahirkan satu interaksi sihat antara manusia, biodiversiti dan alam sekitar yang didiami agar khazanah yang sangat berharga ini akan terus terpelihara.

(5523 patah perkataan)

21

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

RUJUKAN 1. Modul Sains Ekosistem dan Biodiversiti.(2011).Institut Pendidikan Guru.Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Brock,

T.D.,Brock,

K.M.,

&

Ward,

D.M.(1998).Asas

microbiology

dan

penggunaannya.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Kent,M.(2000).Advanced biology.New York: Oxford.

4. Lee Soon Ching & Liew Shee Leong. (2000).Biology STPM Jilid 1.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5. Betsy Teh Lay Hong.(2005).Biologi Tingkatan 4 & 5.Shah Alam: Pearson Longman.

6. Cotgreave,P. and Forseth,1.(2002) Introductory Ecology.Blackwell Science.Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes.

7. Coyne,M.S (1999) Soil Microbiology: an explotory approach.Delmar Publisher.Chapter 4 the macrofauna ants, earthworms and other creatures.

8. Soil biology Primer (online).http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/Chapter 1 the soil food web online.

22

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

9. Burgman M.A. & Lindenmayer D.B. (1998) Conservation Biology for the Australian Environment.Surrey Beatty & Sons.Chapter 2 What should be conserved.Sections 2.12.5.

10. Primack R.B. (2002) Essentials of Conservation Biology 3rd edition.Sinauer Associates,Publishers.Chapter 2 What is biological diversity pp 27-33.

11. Primack R.B. (1998) Essentials of Conservation Biology 2nd edition.Sinauer Associates,Sunderland,Massachusetts.Chapter 14.

12. http://www.mindspring.com/-zoonet/www virtual lib/zoos.html

13. http://www.mobot.org/CPC/welcome.htmal

14. http://www.florabank.org.au/

15. http://rimba.um.edu.my//

16. http://www.environment.gov.au/

17. http://www.dse.vic.gov.au/

18. http://www.nre.gov.my/malay/Pages/defaultnre.aspx

23

HBSC 3103 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

SLAID POWER POINT UNTUK PAMERAN

24

Anda mungkin juga menyukai