Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bersempena
dengan sambutan bulan Sains dan Matematik, suka saya kongsikan
dengan seluruh warga sekolah berkaitan 7 fakta astronomi….

Seperti yang diketahui umum, Astronomi adalah satu bidang sains yang
paling tua bagi peradaban manusia. Sejak awal peradaban manusia,
kita telah mula melihat ke angkasa bagi mempelajari tentang khazanah-
khazanah alam semesta yang ada. Di malam hari, kita dapat lihat
pergerakan planet, bintang dan galaksi merentasi langit malam. Di siang
hari pula, kita dapat lihat Matahari yang banyak memberi manfaat
kepada kita. Apabila kita mendongak ke langit, banyak persoalan yang
bermain di fikiran kita. Kita ingin tahu di manakah kedudukan sebenar
kita di alam semesta? Bintang apa yang paling besar? Dan banyak lagi
persoalan-persoalan lain di fikiran.

Pengetahuan manusia semakin berkembang selari dengan


perkembangan teknologi. Semakin besar teleskop yang dibina, semakin
banyak bintang dan galaksi dapat dicerap, semakin banyak persoalan
yang timbul. Khazanah ilmu di alam semesta ini sangat luas. Oleh itu,
artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang 7 fakta astronomi yang
kita semua patut tahu.

Fakta #1 Kita berada dalam sistem suria

Bumi yang didiami oleh manusia adalah satu-satunya planet yang


pernah didiami oleh manusia. Planet kita ini pula terletak dalam satu
sistem yang dikenali sebagai sistem suria. Sistem suria ini boleh kita
anggap sebagai satu keluarga yang terdiri daripada Matahari sebagai
bintang di tengah-tengah, dikelilingi oleh 8 planet, planet-planet kerdil,
komet, asteroid dan batuan-batuan lain yang mengelilingi Matahari.
Fakta #2 Hanya 6 planet yang dapat dilihat dengan mata kasar

Sistem suria kita mempunyai 8 jasad yang dikategorikan sebagai planet.


Planet mengikut urutan jarak terdekat dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah,
Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Namun daripada 8
planet ini, hanya 6 yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan
teleskop iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari dan Zuhal. Planet
Uranus dan Neptun pula memerlukan bantuan teropong atau teleskop
untuk dicerap.

Fakta #3 Gerhana berlaku setiap tahun

Anda pasti pernah dengar fenomena gerhana matahari dan gerhana


bulan kan? Gerhana Matahari berlaku apabila bulan melintasi antara
Bumi dan Matahari dalam satu garis lurus. Gerhana Matahari hanya
dapat disaksikan pada waktu siang. Gerhana bulan pula berlaku apabila
Bumi melintasi antara Bulan dan Matahari dalam satu garis lurus, dan
hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Gerhana ini mungkin
dianggap jarang berlaku. Namun pada hakikatnya, gerhana berlaku
setiap tahun. Cuma hanya sebahagian tempat yang dapat saksikan
gerhana untuk satu-satu tahun.

Fakta #4 Matahari adalah bintang

Apabila kita lihat langit yang tak berawan pada waktu malam, kita dapat
saksikan banyak bintang yang bertaburan di angkasa. Bintang-bintang
ini bercahaya disebabkan berlakunya pelakuran hidrogen yang
membentuk helium dan melepaskan tenaga cahaya dan haba. Bintang-
bintang ini hanya dapat dilihat pada waktu malam. Namun, kita
sebenarnya dapat lihat bintang pada waktu siang. Ya, bintang itu adalah
matahari kita! Matahari juga bercahaya dan panas disebabkan proses
pelakuran hidrogen. Jika kita berada jauh dari Matahari, Matahari akan
kelihatan seperti sebutir bintang sahaja seperti bintang-bintang yang kita
lihat pada waktu malam.
Fakta #5 Galaksi kita ialah Bima Sakti (Milky Way)

Anda pasti pernah lihat gambar-gambar galaksi yang indah di internet.


Tahukah anda, kita juga berada dalam sebuah galaksi yang dikenali
sebagai galaksi Bima Sakti atau Milky Way. Kita dapat lihat galaksi kita
pada waktu malam di bahagian selatan langit. Galaksi kita ini berbentuk
pilin berpalang (barred spiral galaxy), dan sistem suria berada pada satu
bahagian lengan galaksi kita.

Fakta #6 Sistem Suria berumur 4.6 bilion tahun

Setiap yang hidup, pasti ada permulaannya. Manusia biasanya hidup


sekitar 60 hingga 80 tahun. Namun bagi jasad-jasad samawi, nilai ini
hanyalah sekelip mata. Jika diperhatikan, umur sistem suria kita adalah
sekitar 4.6 bilion tahun. Ini juga bermaksud matahari dan planet-planet
di sistem suria ini terbentuk kira-kira 4.6 bilion tahun lalu.

Fakta #7 Alam semesta berumur 14 bilion tahun

Jika sistem suria berumur 4.6 bilion tahun, bagaimana pula dengan alam
semesta? Sudah tentu alam semesta lebih tua. Berdasarkan ilmu sains
hari ini, dan cerapan-cerapan oleh teleskop, umur alam semesta adalah
sekitar 14 bilion tahun! Sistem suria kita ini hanyalah lebih kurang 1/3
daripada umur alam semesta.

* Kesimpulannya..Sesungguhnya alam semesta ini penuh dengan


rahsia-rahsia tentang kehebatan Pencipta-Nya. Kita ditugaskan untuk
menggunakan khazanah alam semesta ini untuk beribadah kepada-Nya.

SEKIAN..TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai