Anda di halaman 1dari 1

PERJANJIAN SEWA BILIK

Ini adalah perjanjian sewa yang sah. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana yang harmoni serta
tanggungjawab bersama antara ketua rumah dengan penyewa-penyewa yang lain. Setiap pihak akan
menerima salinan dokumen ini.

1) SEWA
Dengan ini juga kadar sewa seperti di atas adalah TIDAK termasuk dengan bil elektrik dan air. Sewa
perlu di jelaskan pada 25HB setiap bulan berikutnya.
2) DEPOSIT
Seperti jumlah deposit di atas, deposit ini adalah bertujuan untuk membaiki dan membaik pulih
kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, sebelum penyewa keluar. Ketua rumah akan membuat
pemeriksaan pra-pindah keluar sebelum penyewa keluar. Dengan ini juga jika penyewa berpindah
keluar dalam tempoh sebelum 1 tahun, deposit tidak akan dipulangkan. Ketua rumah akan
memulangkan deposit dalam masa 30 hari dari tarikh akhir pindah keluar dan kunci mesti dipulangkan
selepas deposit diberikan.
3) NOTIS PERPINDAHAN
Sekiranya penyewa ingin berpindah keluar, penyewa mestilah memaklumkan dalam tempoh 2 BULAN
lebih awal. Hal ini adalah bertujuan agar ketua rumah dapat membuat segala persediaan. Jika
penyewa tidak memberikan notis lebih awal, wang deposit tidak akan dikembalikan.
4) PERATURAN RUMAH
Dengan ini juga penyewa perlu mematuhi peraturan rumah seperti dalam Lampiran Peraturan
Rumah. Jika penyewa gagal mematuhi peraturan rumah, ketua rumah berhak untuk mengeluarkan
notis pindah keluar dalam tempoh 30 hari tanpa memulangkan deposit sepanjang tempoh kontrak.

Saya dengan ini bersetuju untuk menyewa bilik berserta dengan syarat-syaratnya seperti berikut:

Jenis Bilik: Sendirian

Alamat Rumah: No 5, Jalan Api-api 3, Taman Megah Ria, 81750 Masai, Johor.

Kadar Sewa: RM250

Jumlah Deposit: 1 + 1 + RM 50 (Utiliti) = RM550.00

Dengan ini saya bersetuju untuk menyewa bilik pada kadar seperti di atas dengan perjanjian antara:

Ketua Rumah, Penyewa,

(SITI NURHAFIZA BINTI BOLONG) ( )

NO.IC:921114-12-6012 NO.IC:

Anda mungkin juga menyukai