Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERANAN LAIN

TUGAS
MAJLIS/PROGRAM

AJK Ujian Segak


(Ringkuk Tubi Separa)
Ujian SEGAK Penggal II

TARIKH
(HARI)

27 Ogos 2014
Rabu

LAPORAN :
Ujian SEGAK ini dijalankan kepada semua murid tahap II iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang telah dicadangkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Prosedur dan teknik ujian mengikut peringkat umur,
keupayaan murid dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
Saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain telah dibahagikan tugasan untuk menjadi
Ahli Jawatankuasa dalam ujian ini. Ujian ini dijalankan di luar waktu pengajaran Pendidikan
Jasmani. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menggunakan waktu kokurikulum
diganti dengan penilaian ujian SEGAK ini. Guru memberikan latihan kepada murid terlebih
dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu atau bersama rakan. Terdapat
beberapa item bateri ujian yang diuji pada hari ini, iaitu :
a) Tekan tubi (1 minit)
b) Ringkuk Tubi Separa (1 minit)
c) Jangkauan Melunjur
Saya telah diberikan tugasan dalam bahagian ujian ringkuk tubi separa. Saya bersama
rakan guru pelatih iaitu saudari Zaitun binti Kisun telah membahagikan tugas di mana saya
akan menjaga masa dan mengawal muzik manakala saudari Zaitun akan memberikan
penerangan dan demonstrasi yang betul kepada murid. Di samping itu, pembahagian tugasan
ini dapat meringankan beban dan menjimatkan masa kerana bilangan murid tahap II yang
ramai. Ujian ini dilakukan di dalam kelas Tahun 4 dan terbahagi kepada dua tempat, iaitu di
hadapan dan di belakang kelas. Seramai tujuh orang murid akan dinilai secara serentak. Ujian
ini mengambil masa 1 minit setiap muzik dengan iringan muzik yang mempunyai ritma tempo
yang sekata.
Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan di mana seorang rakan (murid) akan mengira
ringkuk tubi separa yang dilakukan dengan betul sahaja. Seterusnya, murid akan bergilir-gilir
melakukan aktiviti bersama pasangan yang sama. Pada hari ini, aktiviti ini dijalankan bermula
2.30 petang hingga 4.00 petang. Kami telah memberikan contoh atau demonstrasi terlebih
dahulu sebelum mereka menjalankan ujian tersebut.

Ujian ini selesai mengikut masa yang ditetapkan. Semua murid dapat memberikan
kerjasama yang baik dari permulaan sehingga pengakhiran ujian ini. Natijahnya, kami dapat
menghabiskan kesemua ujian ini dengan jayanya tanpa sebarang halangan mengikut masa
yang telah ditetapkan. Kami amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh guru
Pendidikan Jasmani iaitu Encik Chia Tzee Wee, Encik Voo Yee Fung dan murid di SJKC St.
Philip, Tamparuli. Ujian ini memberikan pengalaman yang berharga dan bermakna kepada saya
pada masa hadapan semasa berada di sekolah sebagai guru yang sebenar.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Tandatangan : ...

Tandatangan : ...

Nama

Nama

: ...

: ...

LAPORAN PERANAN LAIN


TUGAS

Guru

MAJLIS/PROGRAM

LINUS

Bahasa

TARIKH
(HARI)

18 Ogos 2014 12 September 2014

Malaysia Tahun 2
LINUS Bahasa Malaysia Tahun 2

LAPORAN :
Program LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini
merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid dapat
menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun
persekolahan pada pendidikan rendah. Linus disasarkan kepada murid yang mempunyai
masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Saya dan rakan guru pelatih iaitu saudari Zaitun binti Kisun telah diberikan satu tugas
oleh Guru Besar SJKC St. Philip untuk menjalankan tugas sebagai guru LINUS di sekolah.
Beliau menyatakan bahawa terdapat segelintir murid yang masih tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dan menulis ayat mudah (Konstruk 11) dan keupayaan membaca,
memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan (Konstruk 12). Oleh itu, saya
mengambil tugas ini untuk menimba pengalaman yang akan saya gunakan kelak.
Setelah keesokan harinya, saya berjumpa dengan dua orang murid di bawah jagaan
saya iaitu Carl Asher Daniel dan Stenly Andy. Mereka merupakan murid tahun 2. Program ini
dijalankan pada setiap hari iaitu bermula 7.00 pagi sehingga 7.20 pagi di mana saya mengambil
masa bacaan awal untuk melaksanakan LINUS ini di dalam bilik guru. Pada pemerhatian dan
pemerhatian saya setelah menjalankan aktiviti ini selama beberapa hari, saya mendapati
bahawa mereka tahu membaca tetapi sukar membina ayat mudah dan kesalahan ejaan dan
tanda baca yang sering kali berlaku semasa mereka membina ayat.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Tandatangan : ...

Tandatangan : ...

Nama

Nama

: ...

: ...

Anda mungkin juga menyukai