Anda di halaman 1dari 6

BERTARIKH 1 HARIBULAN OKTOBER 2016

DIANTARA

NORSHAKILA BINTI ABNIL HAJAR


(No.Kad Pengenalan 751005-02-6152)
(PEMILIK RUMAH)

DAN

MUHAMMAD NAIM BIN MUKHTAR


(No.Kad Pengenalan 870815-02-5401)
(PENYEWA)

PERJANJIAN SEWA RUMAH

DIALAMAT:
NO 80 LORONG BLM 4/11,
BANDAR LAGUNA MERBOK,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
PERJANJIAN diperbuat pada 1hb Oktober 2016 di antara NORSHAKILA BINTI ABNIL
HAJAR
di alamat KAMPUNG TANJUNG, MUKIM JERAM, 06000 JITRA KEDAH (kemudian selepas
ini dipanggil ‘Pihak Pertama’) dan MUHAMMAD NAIM BIN MUKHTAR di alamat No 1010,
Jalan Melor 2/1, Persiaran Amanjaya 5, 08000 Bandar Amanjaya, Kedah Darul Aman (kemudian
selepas ini dipanggil ‘Pihak Kedua’).

BAHAWASANYA Pemilik Rumah adalah tuanpunya berdaftar ke atas Rumah yang di kenali
sebagai No 80, Lorong BLM 4/11, Bandar Laguna Merbok, 08000, Sungai Petani, Kedah Darul
Aman (kemudian dari ini disebut "Rumah Tersebut").

DAN BAHAWASANYA Pemilik Rumah tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan
Penyewa bersedia menyewa Rumah Tersebut selama tempoh Tiga Tahun (36 Bulan) tertakluk
kepada syarat-syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. Pemilik Rumah bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa
Rumah Tersebut selama tempoh Tiga Tahun (36 Bulan) bermula pada 01 Oktober 2016
dan berakhir pada 01 Oktober 2019 dengan sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia
Satu Ribu Sahaja (RM 1,000.00) sebulan bebas daripada apa-apa potongan pada hari
ketujuh (7) setiap dan tiap-tiap bulan semasa berkuatkuasanya tempoh perjanjian.

2. Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Pemilik Rumah seperti berikut;

(a) Penyewa akan membayar kepada Pemilik Rumah sejumlah Ringgit Malaysia
Tiga Ribu Sahaja (RM3,000.00) serta merta dengan perlaksanaan perjanjian ini
(kemudian dari ini dirujuk sebagai "Deposit Dua (2) bulan” dan “sewa Satu (1)
bulan") dimana Pemilik Rumah mengakui penerimaannya untuk mempastikan
kepatuhan dan perlaksanaan kehendak syarat-syarat perjanjian ini.

(b) Penyewa akan membayar kepada Pemilik Rumah sewa yang disebut sebelum
ini, sebelum tarikh dengan cara yang disebut sebelum ini.

(c) Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau


sebahagian daripada Rumah Tersebut untuk kegiatan haram, menyalahi undang
undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan
perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa
jua bentuk sekali pun.

(d) Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan
air yang digunakan di Rumah Tersebut sepanjang tempoh perjanjian.
(e) Tidak akan menyimpan dan/atau membuak sebarang haiwan di dalam kawasan
Rumah Tersebut dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut.

(f) Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan


apa-apa pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa pemasangan dan
lekapan tanpa kebenaran Pemilik Rumah terlebih dahulu secara bertulis.
Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya akan
dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut
apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Pemilik Rumah.

(g) Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan atau


berkongsi milikan Rumah Tersebut atau sebahagiannya tanpa kebenaran
bertulis Pemilik Rumah terlebih dahulu.

(h) Penyewa akan memastikan Rumah Tersebut sentiasa didalam keadaan bersih.

(i) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Rumah Tersebut termasuk


longkang, pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan
tingkap, penutup kunci dan semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan
Pemilik Rumah dalam keadaan baik sepanjang tempoh penyewaan.

(j) Penyewa tidak akan melakukan atau membenarkan di lakukan atau mungkin
menimbulkan gangguan, kerosakan, kemarahan kepada Pemilik Rumah atau
kepada penghuni yang berjiran dengan Rumah Tersebut.

(k) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak dibayar
selama tujuh (7) hari selepas tarikh kena dibayar atau sekiranya Penyewa tidak
mematuhi atau melaksanakan mana-mana syarat, maka dengan demikian
adalah sah bagi Pemilik Rumah mengusir Penyewa dari Rumah Tersebut
dengan serta merta dan perjanjian ini dianggap tamat tempohnya.

(l) Penyewa tidak akan membawa atau menyimpan apa-apa barang yang mudah
terbakar atau merbahaya dan tidak membenarkan apa-apa atas sebab tersebut
yang boleh membatalkan apa-apa polisi insuran kebakaran yang sedang
berkuatkuasa.

(m) Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Rumah Tersebut secara aman
kepada Pemilik Rumah dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut
syarat-syarat dan terma-terma Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian
ini.
3. Pemilik Rumah dengan ini bersetuju dengan Penyewa seperti berikut;

(a) Pemilik Rumah akan menjelaskan hasil cukai rumah, hasil cukai tanah rumah
dan kos penyelenggaraan Rumah Tersebut setiap tahun seperti sebelum
perjanjian ini dibuat.

(b) Pemilik Rumah akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama Rumah
Tersebut termasuk dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam
keadaan terjaga dan selamat digunakan.

(c) Pemilik Rumah berjanji akan membenarkan Penyewa menduduki atau


mempunyai kebebasan menduduki Rumah Tersebut tanpa gangguan daripada
Pemilik Rumah tertakluk kepada kepatuhan Penyewa dalam membuat bayaran
sewa bulanan serta mematuhi terma-terma atau syarat-syarat lain dalam
perjanjian ini.

(d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Pemilik Rumah hendaklah memulangkan
semua Deposit Dua Bulan bulan yang diberikan oleh Penyewa di bawah klausa
2 (a) tanpa apa-apa faedah. Pemilik Rumah berhak memotong sejumlah wang
daripada Deposit Dua Bulan tersebut untuk ganti rugi atau pembayaran yang
dirujuk dalam klausa 4 (c) sahaja.

(e) Sekiranya Penyewa ingin menyambung selama satu tahun lagi tempoh
penyewaan Rumah Tersebut selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini,
Penyewa hendaklah memberikan notis dua (2) bulan awal sebelum berakhirnya
tempoh penyewaan Rumah Tersebut kepada Pemilik Rumah dengan
menyatakan kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa Rumah
Tersebut. Sekiranya sewaktu tempoh penyewaan Rumah Tersebut Penyewa
sentiasa mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini maka
Pemilik Rumah hendaklah memberi kebenaran kepada Penyewa untuk
menyambung tempoh penyewaan untuk tempoh satu tahun lagi daripada tarikh
tertamatnya perjanjian ini dan mengemukakan perjanjian baru.
4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa

(a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari Deposit Dua Bulan tersebut
atau apa-apa bahagian darinya tanpa kebenaran Pemilik Rumah.

(b) Deposit Dua Bulan tersebut tidak akan digunakan atau di tolak oleh Pemilik
Rumah untuk apa-apa pembayaran bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang
oleh Penyewa apabila perjanjian ini ditamatkan.

(c) Apa-apa baki Deposit Dua Bulan setelah ditolak bayaran untuk pembaikan ke
atas apa-apa kerosakan di Rumah Tersebut yang diakibatkan oleh Penyewa
akan dipulangkan kepada Penyewa tanpa apa-apa faedah.

(d) Pemilik Rumah hendaklah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa selepas
penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-
dia pihak.

(e) Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa,
adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah
kepada Pemilik Rumah atau wakilnya dengan segera.

DENGAN MENANDATANGANI PERJANJIAN INI, dianggap benar setelah pihak Pemilik


Rumah dan Penyewa serta Saksi lengkap menandatangani sepenuhnya surat perjanjian ini.
Semua pihak yang terlibat dianggap telah membaca dan memahami segala isi kandungan serta
syarat-syarat didalam perjanjian ini.

DITANDATANGANI oleh Pemilik Rumah ...............................................................


Nama : Norshakila Binti Abnil Hajar
No.KP : 751005-02-6152

DITANDATANGANI oleh Penyewa ................................................................


Nama : Muhammad Naim Bin Mukhtar
No.KP : 870815-02-5401

DITANDATANGANI oleh Saksi .................................................................


Nama :
No.KP :
JADUAL MAKLUMAT
(Dimana diambil, dibaca dan diertikan sebagai bahagian yang perlu didalam perjanjian ini)

PEMILIK RUMAH NAMA : NORSHAKILA BINTI ABNIL HAJAR


NO.KP : 751005-02-6152
ALAMAT: KAMPUNG TANJUNG, MUKIM JERAM,
06000 JITRA KEDAH

PENYEWA NAMA : MUHAMMAD NAIM BIN MUKHTAR


NO.KP : 870815-02-5401
ALAMAT: NO 1010, JALAN MELOR 2/1,
PERSIARAN AMANJAYA 5,
08000 BANDAR AMANJAYA,
KEDAH DARUL AMAN

MAKLUMAT RUMAH ALAMAT: NO 80 LORONG BLM 4/11,


BANDAR LAGUNA MERBOK,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
DEPOSIT
RUMAH: RM2,000.00
DEPOSIT
UTILITI: TIADA

MAKLUMAT BANK PEMILIK NAMA AKAUN: NORSHAKILA BINTI ABNIL HAJAR


RUMAH BANK: BANK ISLAM
AKAUN: 10-034-02-003667-8
BAYARAN BULANAN: RM1,000.00

Anda mungkin juga menyukai