Anda di halaman 1dari 3

PERJANJIAN SEWA RUMAH

PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh .. di antara NUR ISHAK BIN HAMZAH
(No.K/P 890202-08-5485) beralamat di NO. 12A, KAMPUNG POKOK SENA, MUKIM PULAI,
09100 BALING, KEDAH (Kemudian ini dinamakan Penyewa) DAN Saya MOHAMAD
SYUKRI BIN ABDUL WAKHI (No.K/P 840324-09-5061) Yang beralamat di 8-G, JALAN SERI
PUTRA 2/5H, BANDAR SERI PUTRA,43000 KAJANG (Kemudian ini dinamakan Tuan
Rumah)

BAHAWASANYA saya MOHAMAD SYUKRI BIN ABDUL WAKHI bersetuju untuk


menyewakan rumah beralamat B-2-33 PANGSAPURI SERI MAWAR, JALAN SERI PUTRA 4,
BANDAR SERI PUTERA, 43000 KAJANG, SELANGOR kepada penyewa dengan harga sewa
rumah sebanyak RM 700.00 (TUJUH RATUS RINGGIT SAHAJA) sebulan. Harga sewa tidak
termasuk bil maka bayaran bil elektrik dan air adalah tanggungjawab Penyewa setiap bulan.
Bayaran bulanan dibuat pada SATU (1) haribulan pada setiap bulan ke dalam akaun bank
CIMB Bank Bhd (no akaun) 8602347458 atau secara tunai kepada Tuan Rumah.

Perjanjian ini adalah untuk tempoh bermula pada _______dan berakhir pada ______ tertakluk
pada syarat- syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:

1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak satu (1) bulan berjumlah dan deposit bil air &
elektrik sebanyak RM 200.00. Bayaran deposit hanya akan dikembalikan setelah tamat tempoh
perjanjian.

2. Kos maintenance yang ditanggung sepenuhnya Tuan Rumah adalah; yuran bulanan
maintenance, cukai pintu dan tanah serta yuran Indah Water.

3. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh Penyewa. Penyewa hendaklah memastikan


kebersihan rumah termasuk tandas dan dapur terjamin agar tidak mengundang haiwan seperti
tikus dan lipas.

4. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan


rumah sewaan kecuali dengan persetujuan daripada Tuan Rumah.
5. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakan
rumah (jika ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan
kelalaian Penyewa.

6. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis
daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang
atas tanggungan Penyewa, sebelum ia dipasang.

7. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill
penebuk dan dimasukkan wall plug.

8. Tidak akan menyimpan dan/ atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/
atau di mana sahaja dalam Rumah tersebut.

9. Tidak melakukan dan/ atau membenarkan perbuatan sumbang atau salah laku atau
sebarang perkara yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang boleh mengganggu
suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.

10. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan Rumah untuk menamatkan perjanjian
sewaan sekurang-kurangnya SATU BULAN atau wang deposit tidak akan dikembalikan. Wang
deposit akan dikembalikan setelah beroleh penyewa baru atau sehingga tamat tempoh
perjanjian yang ditandatangani.

11. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Rumah dalam keadaan
baik, bersih, dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah
dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan,
kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa
juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau
barangan yang dipasang.

12. Tuan Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan notis
dalam tempoh sekurang-kurangnya SATU BULAN kepada Penyewa atau dengan membayar
ganti rugi yang sewajarnya.

13. Tuan Rumah perlu memaklumkan kepada Penyewa niat untuk menetapkan kadar sewaan
yang baru sekurang-kurangnya dua bulan sebelum penetapan kadar sewaan baru.
14. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak
disenaraikan dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan
Rumah dan Penyewa dari semasa ke semasa.

BAHAWASANYA, saya (Penyewa) NUR ISHAK BIN HAMZAH memahami segala syarat-syarat
seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat
seperti di atas.

Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Punya


Rumah:
Nama:.................................... Nama:....................................
No K/P:................................. No K/P:.................................
Tarikh: _________________ Tarikh:_______________