Anda di halaman 1dari 9

PERJANJIAN INI diperbuat pada 2022

ANTARA

XX (NO. K/P: XX) yang beralamat di XX (kemudian daripada ini disebut sebagai "Tuan
Tanah" dan di mana diperlukan termasuk wakil, penerima hak dan pengganti dalam
hakmiliknya) di satu pihak

DAN

XX (NO. K/P: XX) yang beralamat di XX (kemudian daripada ini disebut sebagai
"Penyewa") di satu pihak lagi.

1. HAKMILIK

1.1 Tuan Tanah adalah tuanpunya berdaftar hartanah yang beralamat di XX (selepas ini
dirujuk sebagai “premis tersebut”).

1.2 BAHAWASANYA Tuan Tanah berhasrat untuk menyewakan premis tersebut kepada
Penyewa di atas terma-terma, syarat-syarat dan waad-waad yang dikenakan kemudian
daripada ini.

2. PENYEWAAN

2.1 Sebagai balasan sewa yang dicatitkan dan waad oleh Penyewa kemudian daripada ini,
Tuan Tanah dengan ini menyewakan kepada Penyewa premis tersebut untuk tempoh
yang tercatit di Bilangan 1 Jadual Satu dan boleh ditamatkan seperti yang
diperuntukkan kemudian daripada ini pada sewa bulanan seperti yang tercatit di
Bilangan 2 Jadual Satu yang boleh dibayar secara terdahulu dalam tempoh tujuh (7)
hari pertama setiap bulan (samada diminta secara rasmi atau tidak).

3. WAAD-WAAD PENYEWA

3.1. PENYEWA DENGAN INI BERJANJI/BERWAAD DENGAN Tuan Tanah seperti


berikut:-

(a) Untuk membayar sewa yang dicatitkan secara terdahulu dalam tempoh tujuh
(7) hari pertama setiap bulan (samada diminta secara rasmi atau tidak) pada
alamat Tuan Tanah yang tercatit di atas atau pada sebarang alamat yang
diberitahu oleh Tuan Tanah kepada Penyewa, bayaran pertama dibuat di atas
perlaksanaan Perjanjian ini (penerimaan jumlah tersebut diakui oleh Tuan
Tanah) dan bayaran selanjutnya dalam tempoh tujuh (7) hari setiap bulan
berikutnya.

(b) Untuk membayar deposit seperti yang tercatit di Bilangan 3 Jadual Satu
kepada Tuan Tanah di atas perlaksaan Perjanjian ini (penerimaan jumlah
tersebut diakui oleh Tuan Tanah) dan dengan ini dipersetujui bahawa wang
deposit tersebut tidak akan dianggap pada bila-bila masa pun sebagai bayaran
terdahulu sewa yang tercatit di sini ataupun digunakan dalam apa cara
sekalipun untuk menyelesaikan sebarang wang yang patut dibayar kepada atau
1
diperolehi oleh Tuan Tanah semasa Perjanjian ini yang mana jumlah tersebut
akan diambil sebagai denda sekiranya berlaku pelanggaran sebarang
peruntukkan Perjanjian ini oleh Penyewa, jika tidak wang deposit tersebut
akan dikembalikan kepada Penyewa setelah menolak sebarang jumlah yang
patut dibayar oleh Penyewa. Tanpa Prejudis kepada hak-hak Tuan Tanah
untuk menuntut apa-apa kos dan/atau gantirugi, wang deposit tersebut akan
hilang (forfeited) sekiranya Penyewa menamatkan Perjanjian ini sebelum
luput tempoh Sewaan yang dinyatakan di sini.

(c) Untuk membayar kesemua bayaran dan pendahuluan untuk bekalan


letrik,air,bayaran pengumpulan sampah untuk premis tersebut.

(d) Tidak membuat sebarang perubahan struktur dan sebagainya atau


penambahan kepada premis tersebut tanpa kebenaran terdahulu secara bertulis
dari Tuan Tanah dan jika perlu kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Tempatan
dan mengikut peraturan.

(e) Menggunakan premis tersebut mengikut penggunaan yang tercatit di Bilangan


4 Jadual Satu.

(f) Tidak pada bila-bila masa pun semasa Penyewaan ini menggunakan,
menjalankan atau melakukan atau membenarkan atau menyebabkan
penggunaan, penjalanan, perlakuan di atas premis tersebut atau sebahagian
darinya atau bahagian- bahagiannya sebarang bahan yang merbahaya, bahan
yang berbau busuk atau perbuatan, perdagangan, perniagaan atau panggilan
yang dilarang dan tiada perbuatan, perkara atau bahan yang boleh
menimbulkan kemarahan, ketidakpuasan, kerosakan atau pengacauan boleh
dilakukan semasa tempoh Penyewaan ini, di dalam atau di atas premis tersebut
atau sebahagian darinya.

(g) Tidak melakukan atau membenarkan di atas premis tersebut perbuatan yang
melanggar undang-undang, peraturan undang-undang atau peraturan yang
dibuat oleh Kerajaan, Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa yang lain yang
mempengaruhi premis tersebut.

(h) Menyimpan dan memelihara bahagian dalaman premis tersebut termasuk


semua kaca pada tingkap, semua penutup tingkap, ibu kunci dan pembukanya,
selak serta lain-lain alat yang dipasang oleh Tuan Tanah, perabut, alat letrik
dan pemasangan di dalam keadaan baik serta boleh digunakan.

(i) Tidak memberi, menggadai, menyewa atau berpisah dari pemilikan premis
tersebut atau sebahagian darinya tanpa kebenaran bertulis Tuan Tanah.

(j) Membenarkan Tuan Tanah, wakil dan/atau agennya yang diberi kuasa
bersama-sama pekerja-pekerja dan orang lain ataupun tidak, pada masa yang
bersesuaian dan setelah notis yang berpatutan diberi, memasukki premis
tersebut untuk memeriksa keadaannya dan dengan itu Tuan Tanah boleh
menyerahkan Penyewa atau meninggalkan pada premis tersebut notis bertulis
meminta Penyewa memperbaiki mengikut cara lazimnya sebarang kerosakan
yang merupakan tanggungjawab Penyewa.
2
(k) Bertanggungjawab ke atas dan dikehendaki menanggung rugi Tuan Tanah
bagi semua kerosakan atau ganti rugi terhadap Premis Demis atau mana-mana
bahagian harta yang berjiran atau berdekatan jika kerosakan berkenaan
disebabkan atau hasil daripada perbuatan sengaja atau kecuaian atau ingkar di
pihak Penyewa atau khidmatnya pekerja jemputan ejen atau siapa jua di pihak
Penyewa.

(l) Tidak melakukan atau membenarkan apa-apa di atas premis tersebut yang
boleh menyebabkan polisi atau polisi-polisi Insuran premis tersebut menjadi
batal atau boleh dibatal atau di mana premiumnya boleh dinaikkan.

(m) Menginsurankan harta Penyewa dalam premis tersebut dari kehilangan


disebabkan kebakaran atau kecurian.

(n) Di atas kehabisan tempoh atau penamatan penyewaan ini, memberikan dan
menyerah premis tersebut dalam keadaan yang baik mengikut perjanjian
Penyewa yang terkandung di sini dan secara amnya mengembalikannya di
dalam keadaan asal seperti mana ianya mula disewakan.

(o) Membenarkan Tuan Tanah menampal di mana-mana bahagian Premis Demis


dalam masa tiga (3) bulan terakhir sebelum tamat tempoh sewaan suatu notis
pemberitahuan akan penyewaan Permis Demis dan dalam tiga (3) bulan
tersebut membenar sesiapa yang mempunyai kebenaran bertulis daripada Tuan
Tanah atau ejennya untuk meninjau Premis Demis pada waktu yang
munasabah pada siang hari.

4. WAAD-WAAD Tuan Tanah

4.1. TUAN TANAH DENGAN INI BERJANJI/BERWAAD DENGAN PENYEWA


seperti berikut:-

(a) Bahawa Penyewa yang membayar sewa yang tercatit di sini dan menjalankan
dan melaksanakan perjanjian serta syarat-syarat bagi pihaknya yang
terkandung di sini akan mempunyai dan menikmati premis tersebut semasa
tempoh Perjanjian ini, dalam keadaan aman dan tenteram tanpa sebarang
gangguan atau pengacauan oleh Tuan Tanah atau sesiapapun yang mengaku
dirinya di bawah atau diamanahkan oleh Tuantanah.

(b) Memulangkan wang deposit (jika ada) di atas penamatan penyewaan ini
setelah menolak jumlah yang patut dibayar oleh Penyewa di bawah Perjanjian
ini sekiranya Penyewa telah melaksanakan dan memegang dengan patuh bagi
pihaknya waad-waad yang terkandung di sini.

(c) Membayar cukai tanah dan cukai pintu bagi premis tersebut.

5. WAAD-WAAD BERSAMA

5.1 DENGAN SYARAT DAN DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

3
(a) Sekiranya sewa yang tercatit di sini atau sebahagian darinya tidak dijelaskan
selama tujuh (7) hari setelah ianya patut dibayar (samada diminta secara rasmi
atau tidak) atau sekiranya mana-mana waad bagi pihak Penyewa yang
terkandung di sini tidak dilaksanakan atau dipatuhi atau jika Penyewa
melakukan suatu perbuatan kebankrapan atau memasuki penyatuan dengan
kreditornya atau menyebabkan distress atau perlaksanaan dibuat ke atas
barangannya atau jika Penyewa yang merupakan sebuah syarikat terhad
digulung (sukarela atau secara paksa oleh kreditornya), dalam hal yang
demikian Tuan Tanah pada bila-bila masa selepas itu boleh memasukki
semula premis tersebut atau sebahagian darinya bagi keseluruhannya dan
dengan itu penyewaan ini akan tamat secara mutlak tanpa prasangka kepada
hak Tuan Tanah untuk mengambil tindakan undang-undang bagi pelanggaran
syarat yang terkandung di sini oleh Penyewa dan Tuan Tanah akan mengambil
sebagai denda wang deposit yang telah dibayar.

(b) Pengetahuan atau penerimaan tanpa bantahan oleh Tuan Tanah bagi
pelanggaran syarat yang terkandung di sini oleh Penyewa tidak akan
beroperasi sebagai pengenepian hak Tuan Tanah di bawah Perjanjian ini dan
dengan tidak menyentuh pengetahuan atau penerimaan tanpa bantahan
tersebut Tuan Tanah adalah berhak untuk menuntut haknya di bawah
Perjanjian ini dan meminta perlaksanaan secara tegas syarat-syarat atau waad
yang terkandung di sini oleh Penyewa.

(c) Jika disebabkan pelanggaran sebarang perjanjian atau syarat bagi pihak
Penyewa yang dinyatakan di sini kerosakan dialami oleh premis tersebut atau
sebahagian darinya, Penyewa akan memperbaiki kerosakan tersebut sebelum
tamat tempoh penyewaan.

6. OPSYEN UNTUK MEMPERBAHARUI SEWAAN

6.1 Sekiranya Penyewa berhasrat untuk melanjutkan tempoh sewaan premis tersebut
untuk tempoh selanjutnya seperti yang dinyatakan dalam BIL 5 Jadual Satu dari
tarikh penyewan dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam BIL 6
Jadual Satu, Penyewa hendaklah dan tidak kurang dari dua (2) bulan dari tarikh
penamatan penyewaan ini, memberi notis kepada Tuan Tanah hasrat untuk
melanjutkan sewaan dan Tuan Tanah apabila perpuashati dengan pematuhan dan
pembayaran sewa oleh Penyewa selaras dengan perjanjian ini akan menganugerakan
lanjutan tempoh sewaan atas tempoh dan syarat seperti yang dinyatakan dalam BIL 5
DAN BIL 6 Jadual Satu

7. KOS

7.1 Semua cukai setem dan perbelanjaan lain berkenaan dengan Perjanjian ini termasuk
bayaran guaman akan ditanggung oleh Penyewa di dalam semua hal dan akan ditolak
dari lebihan pinjaman Penyewa.

8. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

8.1 Syarat-syarat tambahan Perjanjian ini (jika ada) adalah terkandung di dalam Jadual
Dua di bawah.
4
8.2 Sekiranya syarat-syarat tambahan (jika ada) yang terkandung di dalam Jadual Dua
berbeza atau bercanggah dengan syarat-syarat lain yang terkandung dalam Perjanjian
ini, maka syarat-syarat yang tercatit di dalam Jadual Dua hendaklah diterima tetapi
setakat syarat-syarat Jadual Dua yang berbeza atau bercanggah dengan syarat-syarat
lain.

9. PENGETAHUAN BUKAN PENGENEPIAN

9.1 Pengetahuan atau akuiesens oleh Tuan Tanah akan apa jua pelanggaran mana-mana
syarat atau waad yang terkandung di dalam ini tidak akan beroperasi atau dianggap
sebagai penepian syarat-syarat atau waad tersebut dan apa jua kebenaran atau
persetujuan oleh Tuan Tanah tidak akan menjadi efektif atau boleh diambil kira oleh
Penyewa melainkan ianya bertulis dan ditandatangani oleh Tuan Tanah.

10. NOTIS

10.1 Sebarang notis di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat dengan cara bertulis dan
notis kepada Penyewa adalah di anggap penyerahan yang sempurna sekiranya
dialamatkan kepadanya dan diserahkan di Premis Demis atau dihantar dengan Pos
Berdaftar kepada Premis Demis atau alamat yang tercatat di atas dan notis kepada
Tuan Tanah adalah dianggap penyerahan yang sempurna sekiranya dialamatkan
kepadanya dan diserah atau dihantar dengan Pos Berdaftar kepada alamat yang
tercatat di atas.

11. PROSIDING UNDANG-UNDANG

11.1 Apa - apa kos yang terakru dalam prosiding undang-undang (termasuk kos
Peguamcara anakguam) yang dikenakan oleh Tuan Tanah terhadap Penyewa untuk
menuntut dan/atau memohon apa-apa relief dan/atau remedi di bawah Perjanjian ini
(termasuk dan tidak terhad kepada writ distress dan Permohonan untuk tuntutan
tunggakan sewa dan milikan kosong) akan di tanggung oleh Penyewa.

12. JADUAL SATU DAN DUA

12.1 JADUAL SATU dan DUA di sini hendaklah diambil sebagai bahagian penting
Perjanjian ini.

13. MASA

13.1 Masa yang disebut di sini hendaklah menjadi inti pati kontrak berhubungan dengan
segala peruntukan dalam perjanjian ini.

14. IKATAN PERJANJIAN

14.1 Perjanjian ini mengikat wakil persendirian, waris, pengganti dan penerima hak atau
penerima hak yang diberi kebenaran oleh pihak-pihak dalam perjanjian ini.

5
*************************************************************

6
JADUAL SATU

(yang perlu dibaca dan diambil sebagai bahagian penting Perjanjian ini)

BIL PERKARA BUTIR-BUTIR

1 Tempoh Sewaan XX

2 Jumlah Sewa dan cara Ringgit XX (RMXX) sahaja


pembayaran

3 Deposit Ringgit Malaysia XX (RMXX) sahaja kena


dibayar sebagai deposit sewaan semasa
menandatangani Perjanjian ini.

4 Penggunaan Untuk Kediaman

Opsyen untuk Tidak Berkenaan


5 memperbaharui sewaan

6 Terma dan Syarat Opsyen Atas terma dan syarat seperti dalam
perjanjian ini KECUALI kadar sewaan yang
akan ditentukan oleh Tuan Tanah.

7
JADUAL DUA

(yang perlu dibaca dan diambil sebagai bahagian penting Perjanjian ini)
___________________________________________________________________

SYARAT TAMBAHAN
_________________________

1. Perjanjian ini tidak boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak disini sebelum
berakhirnya tempoh penyewaan yang dinyatakan didalam Perkara 1 Jadual
Satu KECUALI jika berlakunya keingkaran dan pelanggaran oleh mana-mana
pihak ke atas terma-terma dalam Perjanjian ini DENGAN SYARAT
penamatan yang sedemikian adalah tanpa prejudis kepada hak mana-mana
pihak disini untuk menuntut dari pihak yang satu lagi terhadap apa-apa
pemecahan waad sebelum penamatan tersebut.

2. Penyewa adalah bertanggungan untuk memastikan bahawa Penyewa telah dan


akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang kecil yang telah
ditetapkan oleh Pihak berkuasa yang berkenaan bagi urusan pengendalian
premis tersebut mengikut apa yang dinyatakan di dalam klausa 4 Jadual Satu
di atas yang mana Penyewa dalah bertanggungan sepenuhnya atas segala kos,
caj, bayaran dan apa-apa tariff yang dikenakan oleh Pihak berkuasa yang
berkenaan untuk memastikan dan mengesahkan urusan pengendalian premis
tersebut.

3. Untuk mengelakkan sebarang kekaburan Penyewa adalah bertanggungan


untuk membayar maintenance charge, sinking fund dan water charge ke atas
premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian penyewaan ini.

4. Sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang,


peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang berkaitan dengan urusan
pengendalian premis tersebut, maka Penyewa adalah bertanggungan
sepenuhnya dan Tuan Tanah dikecualikan sepenuhnya (absolved) dari
menanggung apa-apa liabiliti-liabiliti akibat pelanggaran tersebut.

_________________________________________________________

8
BAGI PENYAKSIAN PERJANJIAN INI kedua-dua pihak dengan ini menurunkan
tandatangan masing-masing pada hari, bulan dan tahun seperti yang dinyatakan di atas.

Ditandatangani oleh )
"Tuan Tanah" )
di hadapan:- )
)
) ................................................................
XX
(NO. K/P: XX)

Ditandatangani oleh )
untuk dan bagi pihak )
Penyewa yang namanya tersebut )
di atas di hadapan:- )
) …………………………......................
XX
(NO. K/P: XX)

Anda mungkin juga menyukai