Anda di halaman 1dari 7

Nota ini ditulis adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman

tentang urusan membawa kereta import ke Malaysia. Tulisan ini diharapkan


dapat memberi gambaran kasar dan maklumat lanjut khususnya kepada
yang akan membawa pulang kereta import ke Malaysia tentang prosedurprosedur yang perlu dilalui dari peringkat awal hingga akhir. Secara
ringkasnya, untuk membawa pulang kereta import, ada 6 prosedur utama
yang perlu dilalui iaitu:

1.

Membeli kereta

2.

Shipping kereta

3.

Permohonan AP

4.

Urusan Kastam

5.

Pemeriksaan Puspakom

6.

Pendaftaran kenderaan di JPJ

Bagaimanapun, tulisan ini akan lebih berfokus kepada prosedur-prosedur


yang perlu diharungi di Malaysia. Oleh itu, urusan-urusan membeli kereta dan
shipping tidak akan saya jelaskan dengan terlalu terperinci dalam nota ini.

1.

Membeli kereta

Sejurus selepas menjumpai kereta idaman anda di laman autotrader, hubungi


segera pemilik kenderaan tersebut untuk bertanya sama ada kenderaan
tersebut masih available dan jika berminat boleh terus buat temu janji
dengannya.
Antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam urusan ini ialah
menyemak HPI check kenderaan tersebut untuk memastikan kondisi kereta
dalam keadaan baik, tidak pernah terlibat dalam kemalangan dan bukan
kereta curi.
Selain itu, dinasihatkan juga untuk menyemak history kenderaan tersebut
dengan memberi perhatian kepada mileage kereta tersebut dan servis-servis
yang pernah dilakukan oleh pemilik sebelumnya. Ini adalah untuk
memastikan kereta tersebut dijaga dengan baik oleh pemilik-pemilik
sebelumya.
Untuk kepuasan diri, eloklah anda test drive dahulu dan kemudian jika

berminat boleh terus ke urusan jual beli.


Dalam urusan jual beli, biasanya tiada dokumen khusus diperlukan. Jadi, tak
perlu risau jika anda tidak memiliki lesen UK ketika membeli kereta. Bayaran
dilakukan sama ada melalui cash atau online transfer terpulang kepada
penjual. Pastikan anda simpan invoice pembelian dengan baik kerana ianya
akan digunakan dalam proses permohonan AP nanti.
Antara perkara yang penting juga, pastikan anda dan penjual
menandatangani V5 untuk tujuan penukaran nama pemilik kenderaan
tersebut pada hari pembelian. Ingatkan penjual supaya segera hantar V5
tersebut ke DVLA. Selepas memproses urusan tukar nama pemilik, DVLA
akan menghantar V5 baru ke rumah anda. Pastikan anda simpan V5 dengan
baik kerana ia seperti surat beranak untuk kenderaan tersebut dan
merupakan dokumen terpenting dalam prosedur-prosedur yang lain nanti.
Selepas selesai urusan membeli kereta, anda perlu fikir tentang insurance,
road tax dan juga MOT. Saya tidak akan menjelaskan dengan lanjut
berkenaan hal ini di sini.

2.

Shipping kereta

Hantar kereta anda ke shipping company pilihan anda; saya menggunakan


khidmat Edaran Express. Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan IC,
salinan passport dan juga salinan V5.
Bayaran 525 dikenakan. (Bayaran berbeza bergantung kepada company
pilihan anda).
Tempoh perjalanan atas kapal untuk membawa kereta dari UK ke Malaysia
adalah sebulan.
Anda akan menerima 1 dokumen penting dari pihak shipping company iaitu
BL (Bill of Lading), yang merekodkan details urusan shipping kereta anda.
Dokumen ini penting untuk urusan seterusnya nanti.
Setiap shipping company di UK akan melantik agent tempatan yang akan
menguruskan hal ketibaan kereta anda di Malaysia. Boleh semak dalam
dokumen BL anda. Agent ini akan menguruskan clearance kenderaan anda
daripada kontena. Dalam kes saya, Hiqmah Logistic merupakan agent yang
bertanggungjawab. Bayaran sebanyak RM1060 dikenakan (berbeza mengikut
agent).
Selepas selesai urusan clearance, pihak agent akan memberi 1 lagi
dokumen penting iaitu DO sejurus selepas pembayaran dilakukan. DO

mengandungi maklumat penting seperti lokasi kontena anda dikeluarkan;


samada di Nortport ataupun Westport dan juga lokasi spesifik warehouse di
mana kenderaan anda di simpan. Dokumen ini akan digunakan dalam urusan
kastam nanti.

3.

Permohonan AP

Permohonan AP dilakukan di Bangunan MITI, Jalan Duta Kuala Lumpur.


Checklist dokumen yang diperlukan untuk urusan ini boleh disemak di
website MITI,
http://www.miti.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Docu
ment_4eb0fe9a-c0a81573-2ce72ce7-843eaabf/SENARAI%20SEMAK
%20DOKUMEN%20AP%20PERSONAL%20(BEKERJA-BELAJAR).pdf
Selain daripada dokumen-dokumen di atas, anda perlu mengisi borang JK69.
Borang ini perlu diisi di pejabat MITI dengan menggunakan komputer. Tiada
bayaran dikenakan.
Kepilkan semua dokumen-dokumen ini dan terus buat submission.
Permohonan AP biasanya mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk
diproses. Sejurus selepas AP diluluskan, pihak MITI akan menghubungi anda
untuk membuat collection.
Jika permohonan AP anda tidak lulus disebabkan dokumen tidak lengkap
ataupun kegagalan untuk memenuhi syarat-syarat yang digariskan, anda
perlu membuat rayuan dengan memberikan penjelasan sebab-sebab
kegagalan untuk memenuhi syarat-syarat yang digariskan. Kebiasaannya,
rayuan anda akan diterima tetapi mengambil masa sebulan ataupun lebih.

4.

Urusan Kastam

Sebelum boleh meneruskan urusan di pejabat kastam negeri, anda perlu


mengisi borang kastam iaitu Borang K1 terlebih dahulu. Urusan ini harus
dilakukan di Kedai EDI yang terletak di tingkat 3a, North Tower (Tower B)
Klang (bersebelahan dengan Tesco Klang). Bayaran sebanyak RM33.90
dikenakan dan anda perlu menunggu antara 1-2 jam untuk borang tersebut
diproses.
Selepas siap Borang K1 dan mengetahui lokasi kereta (samada Northport
ataupun Westport), anda boleh bergegas ke pelabuhan untuk urusan
seterusnya. Dalam kes saya, oleh kerana kereta saya berada di Pelabuhan
Barat, maka saya pergi berurusan dengan pihak kastam di tingkat 1

bangunan Westport. Kepilkan borang K1, AP, V5, BL dan salinan IC bersama
DO untuk disemak oleh pegawai kastam. Kemudian, anda perlu bawa seorang
pegawai kastam untuk pergi memeriksa chasis no. dan engine no. kenderaan
anda. Untuk urusan ini, anda perlu tahu lokasi kereta anda ditempatkan (i.e.
di warehouse mana). Maklumat ini boleh disemak di DO anda.
Selepas selesai urusan memeriksa kereta, kembali semula ke bangunan
Westport dan berjumpa dengan penolong pengarah untuk mentaksir jumlah
cukai yang perlu dibayar. Pengiraan cukai dikira menggunakan sistem doket
dan pegawai tersebut akan menunjukkan pengiraan terperinci di depan anda.
Pengiraan dilakukan dengan sistematik dengan mengambil kira susut nilai
kenderaan sebelum pengiraan cukai (i.e. cukai import, eksais, jualan) dikira.
Selepas pengiraan cukai dilakukan dan jika anda bersetuju dengan nilai
taksiran tersebut, anda perlu membuat bank draft untuk tujuan pembayaran
di kaunter pembayaran yang terletak di tingkat G. Jika anda tidak berpuas
hati dengan taksiran cukai tersebut, anda boleh membuat rayuan di
Bangunan Kastam Di Raja Malaysia, Putrajaya. Rayuan boleh dilakukan di
Bahagian Perkhidmatan Teknikal, yang terletak di tingkat 8. Seperkara yang
penting dalam proses rayuan ialah tiada jaminan bahawa pengurangan cukai
dapat dilakukan kerana semasa proses rayuan, pegawai atasan hanya akan
menyemak semula pengiraan yang dilakukan oleh pegawai kastam negeri.
Pengurangan cukai hanya akan diberikan sekiranya terdapat kesalahan
dalam pengiraan sebelumnya. Biasanya, proses rayuan mengambil masa
lebih kurang seminggu untuk diproses dan anda akan dihubungi sekiranya
rayuan anda diterima. Selepas mengambil dokumen yang diluluskan oleh
Pengarah Kastam Malaysia di Putrajaya, anda perlu sekali lagi bergegas ke
Westport dan berjumpa dengan penolong pengarah kastam negeri. Kemudian
buat pembayaran di kaunter pembayaran.
Selepas selesai urusan pembayaran, pergi ke warehouse di mana kereta anda
disimpan untuk proses membawa kereta keluar dari port. Kereta hanya boleh
dibawa keluar dari port setelah pembayaran parkir dilakukan iaitu RM 7/hari
+ admin fee RM20. Untuk urusan ini, dokumen DO dan invoice pembayaran
cukai berserta salinan IC diperlukan. Dalam kes saya, kereta terletak di
warehouse bernama Advantage House dan jumlah yang perlu dibayar adalah
RM76.
Walaubagaimanapun harus diingatkan bahawa untuk membawa keluar kereta
dari port, anda harus memperoleh permit perjalanan sementara daripada JPJ
memandangkan kenderaan tersebut masih belum ada road tax. Permit ini tak
dikenakan bayaran dah valid selama 3 hari sahaja. Permohonan permit boleh
dilakukan di JPJ dengan mengisi borang JPJK12. Borang ini boleh juga didapati
online di website JPJ. Seperkara yang perlu diberi perhatian ialah, untuk
memohon permit sementara ini anda haruslah mempunyai insurance
kenderaan terlebih dahulu. Jadi, dinasihatkan untuk membuat insurance

terlebih dahulu sebelum ke pejabat JPJ. Pembelian insurance boleh juga


dilakukan di pejabat JPJ. Harga untuk insurance berbeza mengikut model
kereta dan dalam kes saya insurance saya bernilai RM2800/setahun. Ya, nilai
insurance agak tinggi bagi first time user sebab tiada diskaun NCD lagi.

5.

Pemeriksaan Puspakom

Sebelum melakukan pemeriksaan puspakom, anda perlu untuk menempah


terlebih dahulu melalui telefon. Sistem tempahan ini telah digunapakai oleh
hampir di seluruh cawangan Puspakom di Malaysia.
Bawa dokumen seperti K1, AP, V5.
Untuk kereta baru (yang belum ada geran), jenis pemeriksaan B2/B5 sahaja
yang dilakukan. Hanya pemeriksaan engine, chasis no., cermin tinted etc
sahaja dilakukan. Oleh itu bayaran hanya RM25 sahaja dikenakan.
Selepas tamat pemeriksaan, anda akan dberi keputusan samada lulus atau
gagal. Bawa dokumen puspakom ini untuk proses pendaftaran dengan JPJ.

6.

Pendaftaran kenderaan di JPJ

Sebelum melakukan pendaftaran kenderaan di JPJ, anda perlu untuk


melengkapkan proses pendaftaran yang dipanggil e-Daftar. Proses ini
dilakukan bukan di pejabat JPJ tetapi dengan syarikat swasta yang dilantik
oleh JPJ. Hanya 3 syarikat sahaja yang melakukan servis ini; boleh semak di
http://www.jpj.gov.my/pelaksanaan-pendaftaran-kenderaan-import. Anda
hanya perlu telefon/email mereka dengan memberi salinan dokumen seperti
K1, V5, AP dan IC kepada mereka dan bayaran antara RM50-RM100
dikenakan. Proses ini mungkin mengambil masa selama beberapa jam untuk
diproses.
Selepas data kenderaan anda oleh Puspakom, Kastam, insurance dan eDaftar telah berada dalam sistem JPJ (dipanggil sistem mySikap sekarang),
barulah proses pendafaran kenderaan anda boleh dilakukan. Proses ini tidak
dapat dilakukan sekiranya data kenderaan anda dari salah satu antara 4
badan tersebut tidak dapat dikesan oleh sistem JPJ.
Sebelum ke proses pendaftaran, anda harus membeli nombor pendafaran
kenderaan. Jika hanya mengambil running number tiada bayaran dikenakan.
Jika anda mahu memilih nombor anda harus mengisi borang dan bayaran
serendah RM 210 (berbeza mengikut negeri) dikenakan. Jika, nombor yang
ada mahukan dikategorikan sebagai nombor cantik, maka anda perlu bid

terlebih dahulu.
Jika semuanya telah berjalan lancar, maka barulah boleh untuk meneruskan
ke proses pendaftaran. Untuk proses ini, dokumen spt AP, V5, K1, salinan IC,
dan nombor pendaftaran bersama dengan dokumen JPJK1 + checklist
(diperoleh dari syarikat yang membuat urusan e-Daftar) haruslah dikepilkan
bersama. Untuk pendaftaran, bayaran RM300 dikenakan. Pembayaran road
tax boleh dilakukan sekali gus (samada 6 bulan atau 12 bulan), harga
berbeza mengikut size engine kereta. Dalam kes saya, untuk kereta 1.8 cc
setahun saya harus membayar RM272.40.
Nombor plate kereta boleh dilakukan di mana-mana kedai accessories kereta
dengan bayaran lebih kurang RM70. Selepas tampal no. plate kenderaan baru
dan road tax di cermin depan kereta, maka kereta anda secara sah boleh
berada di jalan raya!
Begitulah serba sedikit proses yang perlu anda lalui untuk membawa kereta
import ke Malaysia. Walaubagaimanapun, proses ini boleh elakkan sekiranya
anda mengupah forwarding agent yang akan uruskan semuanya. Kos untuk
mengupah agent berbeza-beza mengikut syarikat. Dari pengalaman saya, kos
untuk mengupah agent lebih kurang RM700+. Bagi anda yang sukakan
cabaran dan mahu melakukan semua proses seperti di atas sendiri seperti
saya, saya nasihatkan supaya anda bersabar dan cekal untuk menghadapi
mehnah-mehnah dan dugaan-dugaan dalam mengharungi kesemua proses
ini. Akhir kata, diharapkan nota ini serba sedikit dapat membantu anda dalam
membuat persediaan untuk merancang langkah-langkah dalam urusan
membawa kereta import pulang ke Malaysia. Jika terdapat sebarang
persoalan ataupun maklumat lanjut, boleh menghubungi saya secara
peribadi. Selamat berjaya! Sekian.

Akeed Azmi
Melaka.

COST NEEDED :

Edaran Express -RM2834

Hiqmah Logistic - RM1066


Borang K1 EDI north tower (Tower B) Klang - RM33.90
Advantage House - RM76
Insurance - N/A
Puspakom - RM25
Registration @ JPJ - RM50 - RM100
Number plate - RM300
Road tax - N/A
Registration @ JPJ (2) - RM300
Number plate Accessories - RM76

--------

Forwarding agent - RM700+

Anda mungkin juga menyukai