Anda di halaman 1dari 9

Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld.

2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
1. TEMPOH MENDUDUKI KUARTERS

1.1 Tempoh menduduki kuarters bermula pada tarikh penyewa masuk ke


rumah tersebut iaitu seperti tertera pada Sijil Akuan Masuk Rumah.

2. POTONGAN ELAUN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP),


BANTUAN SARA HIDUP (BSH) ATAU ELAUN PERUMAHAN (EPW)

2.1 Pegawai yang menduduki rumah kerajaan tidak perlu membayar sewa
rumah sebaliknya potongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan
Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Elaun Perumahan Wilayah (EPW)
dianggap sebagai nilai ‘sewa’ yang perlu dibayar kepada kerajaan.
*(Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 1 Tahun 2012-Para 2.3)

2.2 Kadar BSH bagi pegawai yang diperuntukkan rumah kerajaan adalah
sebanyak 50% daripada kelayakan pegawai yang tidak diperuntukkan
Rumah Kerajaan.
*(Para 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2006)

2.3 Potongan ITP, BSH atau EPW (yang mana berkenaan) hendaklah
dilaksanakan oleh Ketua Jabatan masing-masing bermula dari tarikh
Sijil Akuan Masuk dan terhenti pada tarikh di Sijil Akuan Keluar.

2.4 Penyewa perlu memastikan Jabatan masing-masing melaksanakan


perkara di Fasal 2.1. Sekiranya didapati perkara di Fasal 2.1
tidak dilaksanakan, Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk
mengutip semula amaun dengan kadar yang sama yang
sepatutnya dipotong oleh Jabatan masing-masing.

3. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MENDIAMI RUMAH KERAJAAN

3.1 Seseorang Pegawai yang mendiami sesebuah Rumah Kerajaan


atau rumah yang disewakan Khas untuknya oleh Kerajaan hendaklah:

3.1.1 mematuhi peraturan-peraturan dalam Perintah Am Bab E


*(Perintah Am Bab E, Para 7);

1
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
3.1.2 mengisi dan menandatangani Sijil Akuan Masuk rumah,
borang maklumat peribadi dan lain-lain borang yang berkaitan
semasa bersetuju menerima kuarters yang telah diberikan
*(Perintah Am Bab E, Para 13 (a));

3.1.3 melaporkan tarikh sebenar ia masuk kuarters kepada


Pegawai Perumahan untuk pemotongan gaji pegawai
tersebut tiap-tiap bulan.
*(Perintah Am Bab E, Para 13 (b));

3.1.4 menguruskan sendiri pendaftaran utiliti seperti air dan


elektrik untuk kuarters atau lain-lain perkhidmatan bagi tujuan
mendiami kuarters atas kos tanggungan pegawai sendiri;

3.1.5 menjelaskan segala bayaran bersabit dengan kuarters


mengikut mana yang berkenaan dalam tempoh yang
ditetapkan;

3.1.6 menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah


dan juga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja
memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-
tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.
*(Perintah Am Bab E, Para 11);

3.1.7 melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa yang


berkenaan jika berlaku sebarang penyakit merebak atau
berjangkit di kuarters;

3.1.8 melaporkan kepada pegawai perumahan apa-apa kerosakan


atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila
sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui
*(Perintah Am Bab E, Para 12(a));

3.1.9 membayar semua atau sebahagian daripada belanja


membaiki atau mengganti seperti yang ditaksirkan oleh
Pegawai Kerja Raya Negeri atau belanja sebenar mengikut
kontrak bagi setiap kerosakan yang disebabkan oleh pegawai
sendiri *(Perintah Am Bab E, Para 12(b));

2
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
3.1.10 kematian pegawai dilaporkan oleh keluarga pegawai dalam
tempoh 14 hari dari tarikh kematian itu kepada Pegawai
Perumahan;

3.1.11 melaporkan perpindahan kepada Jabatan Pelajaran Negeri


(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan juga pegawai
perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ia
bercadang untuk berpindah.
*(Perintah Am Bab E, Para 14(a));

3.1.12 menyerahkan semua kunci-kunci kuarters kepada JPN/PPD


dan menandatangani satu Sijil Akuan Keluar rumah.
*(Perintah Am Bab E, Para 14 (b));

3.1.13 mengembalikan kuarters kepada Kerajaan dalam keadaan


baik dan teratur sebelum Sijil Akuan Keluar ditandatangani;
dan

3.1.14 melindungi atau menggantirugi Kerajaan terhadap sebarang


tuntutan tindakan Mahkamah berhubung dengan sebarang
kerosakan atau kecederaan yang ditanggung oleh Penyewa
atau sesiapa juga jika kerosakan atau kecederaan itu
berpunca dari pelanggaran syarat-syarat yang diperuntukan
dalam Peraturan ini.

3.2 Seseorang Pegawai yang mendiami sesebuah Rumah Kerajaan


atau rumah yang disewakan Khas untuknya oleh Kerajaan adalah
dilarang:

3.2.1 membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana


bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran. Mereka
juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau
kekurangan kepada bangunan atau perabot-perabot di
dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang
sepatutnya.
*(Perintah Am Bab E, Para 8);

3
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
3.2.2 menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah
diuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai
dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara,
tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam
rumah tersebut. Sesebuah rumah itu juga tidak boleh
digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai sendiri
*(Perintah Am Bab E, Para 9);

3.2.3 memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam, itik,


di mana-mana bahagian rumah, di bawahnya atau dalam
kawasannya;

3.2.4 menjalankan sebarang bentuk perniagaan atau menjaja di


mana- mana juga tempat dalam kawasan kuarters;

3.2.5 menggunakan kuarters sebagai tempat pejabat persatuan,


pertubuhan dan sebagainya;

3.2.6 meletak apa-apa juga benda di kaki lima, di tangga, atau


di mana-mana tempat yang dikhaskan untuk Kemudahan
Bersama dengan penyewa-penyewa lain di kawasan
kuarters;

3.2.7 menjemur sebarang jenis jemuran atau pakaian selain dari


tempat yang disediakan dan dibenarkan;

3.2.8 mengambil, menggunakan atau membazirkan air dari mana-


mana paip air yang dipasang untuk Kemudahan Bersama di
kawasan kuarters;

3.2.9 menampal sebarang poster, notis, pelekat,


mengecat, memaku dinding atau bahagian perkayuan
di dalam kuarters atau di mana-mana bahagian
Kemudahan Bersama atau di mana-mana bahagian
bangunan dalam kawasan kuarters kecuali di tempat-
tempat yang dikhaskan;

4
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
3.2.10 memasang atau merentang aerial radio atau antena
televisyen, tali, dawai, wayar (termasuk wayar elektrik) atau
mendirikan sebarang binaan atau mempamerkan sebarang
iklan di mana-mana jua dalam kawasan kuarters dan
Kemudahan Bersama tanpa kebenaran bertulis daripada
Kerajaan;

3.2.11 menebang, mencacatkan atau mengalih sebarang pokok atau


tumbuhan yang ditanam oleh Kerajaan dalam kawasan
kuarters tanpa kebenaran bertulis daripada Kerajaan;

3.2.12 memasak dengan menggunakan kayu api atau arang di


dalam kuarters tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada
Kerajaan; dan

3.2.13 membuat atau membenarkan dibuat sebarang perbuatan


di dalam kuarters atau di mana-mana juga dalam kawasan
Kemudahan Bersama atau kawasan kuarters yang
menyebabkan bahaya, kacau-ganggu, skandal atau yang
boleh menggangu ketenteraman penyewa-penyewa lain
dalam kawasan kuarters.

4. PENGOSONGAN KUARTERS

4.1 Pegawai yang gagal menyerahkan semua kunci kuarters dan


mendapatkan Sijil Akuan Keluar Rumah daripada Pegawai Perumahan
dianggap sebagai masih menduduki kuarters dan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas kuarters;

4.2 Pegawai adalah bertanggungjawab untuk menyerah kembali dan


mengosongkan kuarters dengan sempurna kepada Kerajaan dalam
tempoh yang ditetapkan oleh Pegawai Perumahan, beserta dengan
kelengkapan-kelengkapan dan pepasangan-pepasangan padanya;

4.3 Jika Penyewa gagal mematuhi Para di atas atau mana-mana


peruntukan di bawah Peraturan ini, Kerajaan sentiasa berhak
melaksanakan apa-apa tindakan penguatkuasaan yang difikirkan
berpatutan termasuk mengarahkan mana-mana pembekal utiliti untuk
5
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
membaiki pada bila-bila masa yang difikirkannya patut, selagi ianya
tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan
membuat tuntutan ke atas penyewa;

4.4 Dengan memberi notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada
Penyewa, Kerajaan boleh terus menamatkan tempoh menduduki
kuarters jika:

4.4.1 sekiranya Penyewa telah didapati melakukan pelanggaran


terhadap mana-mana Peraturan ini; atau/dan

4.4.2 sekiranya Kerajaan menghendaki kuarters bagi apa-apa


maksud sekalipun.

4.5 Tiada apa-apa tindakan seperti Perkara 4.4.1 dan 4.4.2 di atas akan
menyentuh mana-mana hak untuk mendapatkan balik ganti rugi ke
atas kerosakan kuarters, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam
Perintah-Perintah Am Bab E atau Pekeliling-Pekeliling berkaitan; dan

4.6 Kedua-dua belah pihak, Kerajaan atau Penyewa berhak memberi tiga
puluh (30) hari notis untuk menamatkan tempoh menduduki kuarters.

5. “FORCE MAJEURE”

5.1 Kerajaan dan/atau Penyewa adalah tidak bertanggungjawab bagi


sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam memenuhi
kehendak Penyewa ini jika tindakan, ketinggalan atau kegagalan ini
timbul akibat rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir,
peperangan atau sebab-sebab dan bahaya-bahaya lain yang tidak
dapat dikawal oleh mana-mana pihak;

5.2 Sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti yang dinyatakan di


Perkara 5.1, Penyewa hendaklah dengan serta merta memaklumkan
kepada Kerajaan akan kejadian itu dengan menyatakan secara
terperinci akan butir-butir kejadian dan akibat daripadanya secara
bertulis.

6
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
6. HAK KERAJAAN

6.1 Kerajaan sentiasa mempunyai hak kebebasan keluar masuk bagi


tujuan pemeriksaan atau senggaraan di kuarters pada bila- bila masa
yang difikirkannya sesuai; dan

6.2 Bagi tujuan ini, Kerajaan berhak pada setiap masa mengambil apa-apa
tindakan yang dinyatakan dalam Perjanjian, atau apa-apa tindakan lain
yang tidak dinyatakan dalam Perjanjian ini setakat mana ia tidak
bercanggah dengan Perintah-Perintah Am Bab E.

7. HILANG KELAYAKAN

7.1 Penyewa yang hilang kelayakan secara otomatik untuk menduduki


kuarters hendaklah segera mengosongkannya dengan serta-merta
apabila beliau didapati sah dan/atau sabit melakukan atau disebabkan
keadaan-keadaan berikut:

7.1.1 bersara atau berhenti dari perkhidmatan dengan Kerajaan atas


apa-apa sebab jua pun;

7.1.2 dikenakan hukuman tatatertib yang memudaratkan imej


Jabatannya atau Ketua Jabatannya;

7.1.3 dikenakan tindakan Mahkamah yang memudaratkan imej


Jabatannya atau Ketua Jabatannya;

7.1.4 melakukan perbuatan yang menjejaskan atau mengakibatkan


terjejasnya penikmatan atau kepentingan bersama penyewa
yang lain ke atas Kemudahan Bersama atau kemudahan-
kemudahan awam yang lain bagi kuarters yang didudukinya itu;

7.1.5 melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang di bawah Perintah


Am Bab E;

7
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
7.16 melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang di bawah Akta
Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Dadah Berbahaya
(Perlucutan hak dan Harta) 1988;

7.1.7 melakukan perbuatan atau mengakibatkan perbuatan yang


melanggar peraturan-peraturan menduduki kuarters yang
dinyatakan atau tidak dinyatakan dalam Peraturan ini;

7.1.8 melakukan urusniaga di Kuarters atau menyewakan


kuarters atau sebahagian kuarters kepada mana-mana orang
tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan;

7.1.9 memiliki rumah sendiri yang telah siap dan selamat diduduki
melalui pembiayaan Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan
Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25 kilometer yang
ditetapkan;
*(Para 4, 5, 6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007)

7.1.10 tidak menjelaskan Bayaran Sewa kuarters selama tiga (3) bulan
berturut-turut dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan dengan
kuarters apabila diminta atau diarahkan oleh Pegawai
Perumahan;

7.1.11 menggunakan kuarters untuk maksud-maksud atau tujuan-


tujuan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-
undang atau Peraturan-Peraturan yang berkuatkuasa atau
syarat-syarat menduduki yang ditetapkan oleh Pegawai
Perumahan;

7.1.12 meninggal dunia dalam tempoh Perjanjian ini berkuatkuasa;

7.1.13 diberhentikan daripada perkhidmatan atau dipindah atau


ditukarkan perkhidmatan ke mana-mana negeri selain daripada
negeri di mana kuarters terletak; atau

7.1.14 atas apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Pegawai
Perumahan supaya Penyewa mengosongkan kuarters yang
didudukinya itu dalam tempoh yang ditetapkan.

8
Ruj: KP(BPPA)/800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
7.2 Sekiranya Penyewa yang hilang kelayakan untuk menduduki kuarters
ingkar notis mengosongkan kuarters, Penyewa akan dikehendaki oleh
Pegawai Perumahan untuk membayar sewa berdasarkan kadar sewa
pasaran semasa kuarters yang dikira dari tarikh Penyewa hilang
kelayakan.

7.3 Sekiranya keluarga Penyewa ingkar notis untuk mengosongkan


kuarters melebihi tempoh 3 bulan yang dibenarkan oleh Pegawai
Perumahan, Keluarga Penyewa tersebut akan dikenakan sewa
berdasarkan kadar sewa pasaran semasa kuarters semasa sepanjang
melebihi tempoh yang dibenarkan menduduki kuarters.

7.4 Pembayaran berdasarkan kadar sewa pasaran kuarters semasa ini


tidak akan memberi kesan pengenepian hak Kerajaan untuk
menjalankan penguatkuasaan mana-mana hak, remedy atau
peruntukan Peraturan ini pada bila-bila masa atau untuk mengambil
apa-apa tindakan terhadap Penyewa/keluarga Penyewa yang ingkar
mengosongkan kuarters.

8. HAK MEMBUAT PINDAAN TERHADAP PERATURAN MENDUDUKI


KUARTERS KPM

8.1 Pegawai Perumahan adalah sentiasa mempunyai hak membuat


pindaan terhadap Peraturan Menduduki Kuarters ini setiap masa di
sepanjang tempoh jika difikirkan perlu.

8.2 Pindaan kepada Peraturan ini hendaklah dibuat secara bertulis.

9. PERTANYAAN LANJUT

9.1 Sebarang pertanyaan lanjut atau urusan-urusan berkaitan kuarters


KPM sila hubungi:

i) Pejabat Pendidikan Daerah berhampiran; atau


ii) Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian-Bahagian yang berkenaan;
atau
iii) Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset KPM.

Anda mungkin juga menyukai