Anda di halaman 1dari 1

(Alamat Rumah)

______________________________________,
______________________________________,
______________________________________.

_________________________________________________________________________

Guru Besar Sekolah _____________________,


(u/p: Nama Guru: Guru Kelas Tahun ________),
_____ (Alamat Sekolah)___________________,
______________________________________. __________ 2020.

Tuan / Puan,

Memohon Pengecualian Kehadiran Anak ke Sekolah kerana Kebimbangan Penularan


Covid-19

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Saya, _____________________, Nombor Kad Pengenalan, ________________


ialah ibu / bapa / penjaga kepada _____________________, Nombor Kad Pengenalan,
________________ dari kelas Tahun _______________ ingin memohon pengecualian
kehadiran anak saya ke sekolah disebabkan kebimbangan penularan Covid-19.

3. Peningkatan kes Covid-19 secara mendadak ini menjadi kerisauan kepada ibu bapa
walaupun saya telah sedia maklum yang pihak sekolah sudah melakukan segala Standard
Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Pengecualian kehadiran ini bergantung
kepada keadaan pandemik ini dan anak saya akan kembali ke sekolah apabila semuanya
kembali terkawal.

4. Saya akan memastikan anak saya menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Saya
juga akan sentiasa berkomunikasi dengan guru-guru yang mengajar anak saya melalui
aplikasi WhatsApp bagi tujuan perkembangan pembelajarannya. Saya bertanggungjawab
sepenuhnya kepada anak saya dari segi keselamatan dan tahap kesihatannya sepanjang
tempoh pengecualian tersebut. Selain itu, saya akan selalu peka terhadap pematuhan SOP
walau di mana-mana kami berada.

5. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak sekolah serta guru-guru
amat besar ertinya buat diri saya. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
Tandatangan
(Nama ibu / bapa / penjaga)

Anda mungkin juga menyukai