Anda di halaman 1dari 6

PERJANJIAN

PERJANJIAN INI adalah diperbuat pada

haribulan,

2010

DIANTARA: pihak-pihak yang butir-butir peribadinya dinyatakan di Bahagian 1 di dalam Jadual


Pertama yang berkembar (selepas ini disebut sebagai Pihak Pertama") di satu Pihak DAN: Pihakpihak yang butir-butir peribadinya dinyatakan di Bahagian 2 di dalam Jadual Pertama yang
berkembar (selepas ini disebut sebagai Pihak Kedua) disatu pihak yang lain.
BAHAWASANYA:
A.

Pihak Pertama adalah pemilik bagi tanah dan Bangunan Pusat Pemasaran beralamat di
Lot 2342, Pertubuhan Peladang Kawasan Kijal, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
(kedua-dua tanah dan bangunan ini dirujuk sebagai Premis tersebut )

B.

Pihak Kedua berhasrat memanfaatgunakan Premis tersebut untuk pengilangan dan


pemasaran produk beras secara borong kepada pemborong beras berlesen.

C.

Dengan balasan Pihak Kedua akan menetapkan komisyen tetap penjualan produk yang
dihasilkan berdasarkan Jadual Kedua di dalam Perjanjian ini yang didasarkan kepada
anggaran munasabah pemerolehan.

D.

Pihak Pertama dibenar untuk membeli produk daripada Pihak Kedua pada harga jualan
pasaran borong dan memasarkan sendiri.

E.

Pihak-pihak di dalam Perjanjian ini telah bersetuju secara bersesama untuk tidak
menganggap penggunaan Premis tersebut sebagai satu sewaan dan perjanjian sewaan yang
dimeterai sebelum Perjanjian ini akan terbatal dan tidak boleh lagi dikuatkuasakan.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:1.

Selepas menandatangani Perjanjian ini, Pihak Kedua akan memulakan bayaran


mengikut Jadual Kedua setiap awal bulan selagi mana Pihak Kedua berjaya
mencapai keuntungan jualan selama tempoh 15 tahun pertama.

2.

Pihak Pertama akan membenarkan penggunaan penuh Premis tersebut dan


membenarkan sebarang pengubahsuaian yang difikirkan perlu bagi operasi
pengilangan dan pemasaran Pihak Kedua.

3.

Jadual Kedua akan berfungsi digunapakai selama 15 tahun bermula dari tarikh
Perjanjian ini, sekiranya mana-mana pihak ingin membuat perubahan pada Jadual
Kedua ini kedua-dua pihak hendaklah bersepakat meminda dan mencadang
pindaan jadual secara bertulis, sebarang pembaharuan hendaklah didaftar meterai
sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.

4.

Pihak Pertama tidak akan mempunyai akses segera yang bebas untuk memasuki
Premis tersebut tanpa kebenaran kecuali dengan Notis Pemberitahuan secara
bertulis beserta dengan sebab dan tujuan.

5.

Pihak Kedua bertanggungjawab atas keselamatan Premis tersebut dan wajar


mendapatkan sebarang perlindungan insurans yang difikirkan perlu.

6.

Perjanjian ini Perjanjian ini hendaklah tidak dianggap sebagai suatu Perjanjian
Perkongsian.

7.

Perjanjian ini hendaklah mengikat waris-waris dan wasi-wasi bagi Pihak Pertama
dan mengikat pemegang serahhak untuk Pihak Kedua.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, pihak-pihak yang tersebut di dalam perjanjian ini
menurunkan tandatangan mereka masing-masing pada haribulan dan tahun yang mula-mula
tertulis.
DITANDATANGANI oleh

UNTUK DAN BAGI

PIHAK PERTAMA

)
)

Di hadapan;

..

Nama:

No.K/P:

Jawatan:

DITANDATANGANI oleh

UNTUK DAN BAGI

PIHAK KEDUA

)
)

Di hadapan;

..

Nama:

No.K/P:

Jawatan:

JADUAL PERTAMA
BAHAGIAN 1
Butir-butir pihak Pertama
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KIJAL sebuah pertubuhan perbadanan yang
ditubuhkan dan didaftarkan di bawah AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 ( AKTA 109 ),
yang beralamat di Pertubuhan Peladang Kawasan Kijal, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu

BAHAGIAN 2
Butir-butir Pihak Kedua
NADI ERA MART SDN. BHD., (No. Pendaftaran 693941 D), sebuah syarikat yang ditubuhkan
di bawah Akta Syarikat 1965 ( Akta 125 ), beralamat di Lot 7427, Jalan Kubang Kurus, 24000
Kemaman, Terengganu

JADUAL KEDUA
Bayaran Komisyen Pengampitan Beras

Bulan

RM

JANUARI
FEBRUARI
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER
OKTOBER
NOVEMBER
DISEMBER

1,250-00
1,350-00
1,150-00
1,450-00
1,300-00
1,300-00
1,600-00
1,000-00
1,500-00
1,100-00
1,250-00
1,350-00

Anda mungkin juga menyukai