Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN JUALBELI

PERJANJIAN PENYERAHAN KENDERAAN

PERJANJIAN ini dibuat pada 28 / 10 / 2013 bersamaan pada hari ISNIN di Pejabat Tetuan Azrulhisham
& CO yang beralamat Lot 1342, Tingkat Satu Hadapan Hospital Besut, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh,
Terengganu.
: AHMAD YUSRI BIN ISMAIL

Diantara

(NO. K/P: 800102-11-6131)


Beralamat : Lot 3545 Jalan Tokey Kijang, Kg. Banggol Katong Serada, 20050 K.Terengganu
(selepas daripada ini disebut sebagai Penjual ) pada satu pihak
: WAN HAFIZIE BIN WAN MOHAMD

Dan

(NO. K/P: 891020-11-5131)


Beralamat : No. 17 Kampung Kayu Kelat, 22000 Jerteh Terengganu.
(selepas daripada ini disebut sebagai Pembeli ) pada satu pihak yang lain.
Dengan disaksikan dihadapan oleh :

BAHAWASANYA
1.

Penjual adalah pemunya berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang
dinyatakan di bawah ( selepas daripada ini disebut sebagai Kenderaan tersebut).
1.1

Jenis Kenderaan

KAWASAKI Z800

1.2

No. Pendaftaran

TBL 141

1.3

Tahun Dibuat

2013

1.4

No. Casis

JKBZR800AADA06490

1.5

No. Enjin

ZR800AEA10168

1.6

Bank Pembiaya

AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD

1.7

Bayaran Bulanan

RM 778.00

1.8

Pemunya Berdaftar

AHMAD YUSRI BIN ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

(Sesalinan geran hakmilik kenderaan tersebut dilampirkan didalam Perjanjian ini dan
ditandakan sebagai Lampiran 1).
2.

Penjual telah bersetuju untuk menjual dan pembeli telah bersetuju untuk membeli
kenderaan tersebut secara sambung bayar tertakluk kepada syarat-syarat dan termaterma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

1.

PERSETUJUAN
Dengan fikiran yang waras Penjual telah bersetuju untuk menjual Kenderaan tersebut
secara sambung bayar dan Pembeli bersetuju untuk membelinya tertakluk kepada
syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

2.

BAYARAN BULANAN
Pembeli dikehendaki untuk menjelaskan bayaran bulanan Kenderaan tersebut kepada
Penjual pada atau sebelum 30 HARIBULAN SETIAP BULAN SECARA BULANAN
SELAMA 7 TAHUN (84 BULAN) melalui bayaran secara tunai atau dibankkan ke
dalam akaun Penjual. Walaubagaimanapun Penjual berhak untuk menuntut semula
Kenderaan tersebut dan Pembeli dikehendaki memulangkan Kenderaan tersebut kepada
Penjual sekiranya Pembeli gagal untuk menjelaskan bayaran bulanan Kenderaan tersebut
kepada Bank Pembiaya selama Tiga (3) bulan berturut-turut (selepas daripada ini disebut
sebagai Tunggakan tersebut). Oleh yang demikian Perjanjian ini akan terbatal dengan
sendirinya.
Sekiranya Kenderaan tersebut telah di tarik oleh Bank Pembiaya sebelum sempat
diserahkan kepada Penjual maka Pembeli beraku janji akan bertanggungjawab keatas
segala kos yang berkaitan dengan penarikan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya dan
seterusnya Pembeli akan bertanggungjawab keatas segala kerosakan yang berlaku akibat
daripada kesan penarikkan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya.

3.

TANGGUNGJAWAB PEMBELI
3.1

Pembeli adalah bertanggungjawab keatas segala saman Pihak Berkuasa yang


berkenaan mulai daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut
daripada Penjual.

3.2

Pembeli adalah bertanggungjawab secara mutlak sekiranya Kenderaan tersebut


terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang mulai dari tarikh
Pembeli
mengambil
alih
Kenderaan
tersebut
daripada
Penjual.
Walaubagaimanapun Penjual akan memberikan kerjasama yang sepatutnya
sekiranya perlu berdasarkan kapisiti Penjual sebagai Pemunya Berdaftar
Kenderaan Tersebut.

3.3

Pembeli adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Kenderaan tersebut


tidak dijual kepada pihak ketiga tanpa sebarang kebenaran secara bertulis
diperolehi terlebih dahulu daripada Penjual. Dan sekiranya Kenderaan tersebut
dijual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan Penjual maka Pembeli akan

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

bertanggungjawab secara mutlak terhadap Kenderaan tersebut sehingga


kenderaan tersebut berjaya ditemui dan berada dibawah jagaan Pembeli
sepenuhnya. Segala tunggakkan dan kerosakan yang berlaku kesan daripada
perkara tersebut ( sekiranya ada) akan ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli.

4.

5.

3.4

Pembeli hendaklah memastikan bahawa Kenderaan tersebut dilindungi oleh


insuran yang sah pada setiap masa dan jumlah perlindungan yang diansurankan
mestilah tidak kurang dari harga pasaran semasa dan/atau jumlah baki hutang
dengan Bank Pembiaya yang berkenaan.

3.5

Sekiranya Pembeli secara suka rela menyerahkan Kenderaan tersebut kepada


Penjual didalam tempoh Perjanjian hendaklah memastikan bahawa Kenderaan
tersebut berada didalam keadaan yang sama seperti waktu mengambil alih
daripada Penjual. Segala kekurangan/kerosakan akan ditanggung sepenuhnya
oleh Pembeli dan Deposit akan diserahkan semula kepada Pembeli setelah
ditolak Tunggakkan dan/atau kerosakan (sekiranya ada).

TANGGUNGJAWAB PENJUAL
4.1

Penjual adalah bertanggungjawab memberikan kerjasama untuk segala urusan


yang melibatkan Kenderaan tersebut sekiranya perlu. Sekiranya Penjual gagal
memberikan kerjasama yang sepatutnya maka Pembeli berhak untuk
membatalkan Perjanjian ini.

4.2

Sekiranya Pembeli ingin membiaya atau menyelesaikan segala baki hutang


dengan Bank Pembiaya maka Penjual bertanggungjawab untuk memberikan
keizinan pertukaran hakmilik secara rasmi keatas nama Pembeli atau wakilnya.

HAK PEMBELI
Pembeli berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjual sekiranya
Kenderaan dituntut kembali oleh Penjual tanpa sebarang alasan yang munasabah
walaupun segala terma dan syarat didalam Perjanjian ini dipatuhi sepenuhnya oleh
Pembeli.

6.

HAK PENJUAL
Penjual berhak untuk membatalkan Perjanjian ini sekiranya didapati Pembeli
memudaratkan status Penjual sebagai pemunya berdaftar Kenderaan tersebut.

7.

KLAUSA PENTING
Sekiranya Pembeli gagal untuk membayar bayaran bulanan selama Tiga (3) bulan
berturut-turut dan/atau sekiranya Kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa
pengetahuan dan kebenaran Penjual dan seterusnya gagal untuk menyerahkan kembali
Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya dan/atau Penjual dan setelah usaha dilakukan
oleh Penjual untuk mendapatkan kembali Kenderaan tersebut menemui kegagalan maka

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

satu laporan Polis akan dibuat terhadap Pembeli dan tindakan undang-undang akan
dimulakan terhadap Pembeli berkaitan dengan kehilangan Kenderaan tersebut.

8.

MASA
Masa bila mana dinyatakan didalam perjanjian ini merupakan intipati perjanjian ini.

9.

PENGETAHUAN DAN/ATAU PERSETUJUAN SECARA SENYAP


Pengetahuan dan/atau persetujuan secara senyap oleh Penjual atau Pembeli mengenai
sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau mana-mana satu daripada perkaraperkara tersebut yang terkandung didalam Perjanjian ini hendaklah tidak akan dianggap
sebagai suatu pelepasan syarat-syarat atau akujanji-akujanji tersebut dan walaupun
perkara yang dinyatakan diatas telah berlaku, Penjual atau Pembeli masih berhak untuk
menguatkuasa hak masing-masing di bawah Perjanjian ini serta mengkehendaki
perlaksanaan dengan sempurna oleh mana-mana pihak terhadap segala syarat-syarat
seperti mana yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

10.

NOTIS BERTULIS
Apa jua notis yang perlu diserahkan kepada salah satu pihak di sini mengikut syaratsyarat didalam Perjanjian ini adalah dikira sempurna serahannya apabila:
(a)

(b)

Ianya diserahkan kepada satu pihak itu atau melalui Surat Berdaftar yang
dialamatkan kepada alamatnya yang dinyatakan disini dan adalah dikira
(samada di terima atau tidak) di terima pada masa Surat Berdaftar itu diserah
di dalam keadaan biasa;
Ianya diberikan kepada pihak itu atau melalui surat dan/atau diserahkan dengan
tangan kepada pihak itu.

(RUANGAN INI DENGAN SENGAJA DITINGGALKAN KOSONG)

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

Anda mungkin juga menyukai