Anda di halaman 1dari 2

HR

H & R CITY TRAVELS & TOURS SDN BHD (Co. No. 1022510-A)
NO. 21G, BLOCK F JALAN 18/14, TAMAN SRI SERDANG,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
TEL: 017-6714614 HP: 07-7021310 EMAIL: hrcitytours@yahoo.com

SURAT PERJANJIAN
PENGENALAN
1. Perjanjian ini dibuat diantara pihak peminjam kereta (selepas ini disebut sebagai
PEMINJAM) dan pihak pemilik kereta (selepas ini disebut sebagai PEMILIK).

2. PEMILIK adalah pihak yang memiliki kereta dan bersetuju untuk meminjamkan keretanya
kepada PEMINJAM tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

3. Sepanjang tempoh perjanjian ini, PEMINJAM berhak menggunakan atau meminjamkan


kereta milik PEMILIK kepada pihak lain tertakluk kepada syarat-syarat yang telah
dipersetujui bersama.

4. PEMILIK bersetuju untuk meminjamkan kereta jenis bernombor


pendaftaran

TEMPOH PERJANJIAN BERKUATKUASA


1. PEMILIK bersetuju mengikat perjanjian selama bermula dari
dan akan tamat pada

2. PEMILK tidak berhak mengambil atau menggunakan kenderaan tersebut sepanjang tempoh
perjanjian kecuali dengan kebenaran PEMINJAM dengan kadar yang akan ditetapkan
kemudian.

TUNTUTAN PEMBAYARAN
1. PEMINJAM bertanggungjawab untuk membayar jumlah ansuran kenderaan setiap bulan
sepanjang tempoh perjanjian sebanyak ______. Jika berlaku kemalangan, kos untuk
bayaran ansuran kenderaan adalah ditanggung 100% oleh PEMINJAM.

2. PEMILIK bersetuju menerima pembayaran dari PEMINJAM sebanyak


Sebulan daripada jumlah pendapatan selama 8 bulan. Jika berlaku kemalangan, tiada
pembayaran pendapatan akan dibuat sehingga kereta tersebut boleh beroperasi seperti biasa.

3. PEMINJAM akan menutup akaun pada 30 hb setiap bulan dan akan membuat pembayaran
10 hari berikutnya kecuali disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

4. Selepas tahun, pihak peminjam akan memperbaharui perjanjian ini mengikut


persetujuan antara PEMILIK dan PEMINJAM.

5. PEMINJAM tidak akan bekerjasama terhadap sebarang tuntutan pembayaran awal atau
sebelum tarikh yang ditetapkan.

6. PEMILIK berhak untuk mengambil kembali kenderaan sekiranya PEMINJAM gagal


membuat pembayaran selama 2 bulan berturut-turut tanpa perlu mengemukakan sebarang
notis.

7. Cukai jalan dan insurans adalah ditanggung 100% oleh PEMINJAM.


HR
H & R CITY TRAVELS & TOURS SDN BHD (Co. No. 1022510-A)
NO. 21G, BLOCK F JALAN 18/14, TAMAN SRI SERDANG,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
TEL: 017-6714614 HP: 07-7021310 EMAIL: hrcitytours@yahoo.com

PENYELENGGARAAN DAN KEMALANGAN


1. PEMINJAM akan bertanggungjawab sebanyak 100% terhadap segala bentuk
kemalangan, pembaikan dan kos servis kenderaan di dalam tempoh perjanjian ini, serta
bertanggungjawab untuk menguruskan segala bentuk kemalangan dan pembaikan.

2. PEMINJAM akan menangung sebanyak 100% kos ketika menyelesaikan urusan


berkaitan kenderaan terbabit sekiranya berlaku kemalangan dan kerosakan di luar
kawasan operasi.

3. PEMINJAM akan menanggung segala kos servis kenderaan (Minyak Hitam & Penapis
Minyak) sepanjang tempoh perjanjian.

4. PEMINJAM akan menanggung segala kos bagi menjaga kebersihan kenderaan tersebut.

5. PEMINJAM akan bertanggungjawab untuk mengurus segala urusan yang berkaitan jika
berlaku kes kehilangan kenderaan tersebut sepanjang dibawah jagaan PEMINJAM.

AKUAN PENGESAHAN

Bahawasanya dengan ini, kami memahami dan bersetuju dengan segala terma dan syarat untuk
urusan sepertimana yang terkandung dalam perjanjian ini yang bertarikh

PIHAK PEMINJAM

Tandatangan :
Nama :
No. K/P :
Tarikh :
Alamat :

PIHAK PEMILIK

Tandatangan :
Nama :
No. K/P :
Tarikh :
Alamat : ,.

No. Telefon :
No. Akaun :

COP JARI KIRI dan KANAN PEMINJAM COP JARI KIRI dan KANAN PEMILIK

Anda mungkin juga menyukai