Anda di halaman 1dari 2

PERJANJIAN PINJAMAN KENDERAAN

SYARAT-SYARAT DAN PERJANJIAN UNTUK KERETA

1. Saya bertangunggjawab untuk membayar RM8000 bagi setiap kemalangan yang melibatkan
tuntutan insuran atau menanggung kos kerosakan kenderaan tersebut serta membayar separuh
daripada harga pinjam untuk setiap hari selama kenderaan tersebut berada di bengkel.

2. Sekiranya berlaku kemalangan, saya akan memaklumkan kepada tuan kereta sebelum membuat
laporan polis ke atas kemalangan yang berlaku.

3. Sesiapa yang tidak mempunyai lesen memandu kelas D tidak dibenarkan untuk memandu kereta
yang dipinjam dan sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, peminjam akan dipertanggungjawabkan
sepenuhnya.

4. Peminjam dilarang sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang
undang kerajaan Malaysia.

5. Peminjam dilarang merokok di dalam kereta.

6. Peminjam tidak dibenarkan sama sekali menukar sebarang alat ganti terhadap kereta yang
dipinjam.

7. Segala tuntutan saman jalan raya ataupun saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak
berkuasa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh peminjam.

8. Sebarang kerosakan (kecil/besar) akan ditanggung sepenuhnya oleh peminjam dan penjamin
terbabit.

9. Kereta yang dipinjam mestilah dipulangkan tepat mengikut waktu masa yang dijanjikan. Sekiranya
lewat, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM50.00 untuk setiap 30 minit. Sekiranya
peminjam tidak memulangkan kereta dan melebihi 24jam tanpa sebarang pesanan atau maklumat
adalah dianggap sebagai kes curi kereta. Laporan polis akan dibuat dengan segera. Sebarang
masalah yang timbul akan ditanggung sepenuhnya oleh peminjam terbabit. Peminjam mestilah
menghubungi tuan kereta sekiranya ingin menambah masa peminjam harian berikutnya.

10. Motosikal, kereta atau deposit wang tunai yang ditinggalkan adalah sebagai cagaran terhadap
kereta yang dipinjam. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, motosikal, kereta atau deposit wang
tunai terbabit tidak akan diserahkan kecuali bayaran ganti rugi dibayar sepenuhnya. Sekiranya
peminjam tidak mampu membayar ganti rugi tersebut, motorsikal, kereta atau deposit wang tunai
tersebut akan menjadi hak milik tuan punya kereta tersebut. Proses pemindahan nama haruslah
dilakukan dengan segera dan peminjam terbabit haruslah memberi kerjasama sepenuhnya.

11. Kereta yang dipinjam adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh peminjam dalam masa yang telah
dijanjikan. Sebarang masalah ataupun kes yang timbul adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh
peminjam dan penjamin terbabit. Ianya tiada kaitan dengan tuan empunya kereta. Kereta yang
dipinjam haruslah dijaga dengan sebaik mungkin.

12. Kepada setiap peminjam yang masih memegang lesen P, anda diminta untuk membawa sendiri
pelekat P tersebut.

13. Saya bersetuju dan membenarkan barangan yang dijadikan cagaran dilelong sekiranya selepas 6
bulan tidak dituntut.

Yang Benar,

____________

Nama:
No. IC:

Internal
Tarikh:

Internal

Anda mungkin juga menyukai