Anda di halaman 1dari 1

FIQRIN EMPIRE TRADING (AS0451173-A)

11A DESA RIANG, JLN PJU 10/6 DAMANSARA DAMAI, 47830 PETALING JAYA, SELANGOR
FACEBOOK :Kereta Sewa Budget Damansara
MAPS@WAZE : Fiqrin Car Rental
NO TEL: 601155002078

SYARAT-SYARAT DAN PERJANJIAN UNTUK PINJAMAN KENDERAAN

1. Sekiranya berlaku kemalangan, saya akan memaklumkan kepada pihak syarikat sebelum
membuat laporan polis ke atas kemalangan yang berlaku.

2. Saya bertanggungjawab untuk membayar RM2000 bagi setiap kemalangan yang melibatkan
tuntutan insurans atau menanggung kos kerosakan kenderaan tersebut serta membayar separuh
daripada harga pinjam untuk setiap hari selama kenderaan tersebut berada dibengkel.

3. Sesiapa yang tidak mempunyai lesen memandu kelas D tidak dibenarkan untuk memandu kereta
yang dipinjam dan sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, PEMINJAM akan dipertanggungjawab
sepenuhnya. Kepada setiap PEMINJAM yang masih memegang lesen P, anda diminta untuk
membawa sendiri pelekat P tersebut.

4. Segala tuntutan saman jalan raya ataupun saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak
berkuasa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh PEMINJAM.
5. Sebarang kerosakan (kecil/besar) akan ditanggung sepenuhnya oleh PEMINJAM dan PENJAMIN
terbabit. Sebarang tuntutan ganti rugi akan dikenakan bayaran mengikut kerosakan yang dialami.
6. Kereta yang dipinjam mestilah dipulangkan tepat mengikut waktu yang dijanjikan. Sekiranya
lewat, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM10.00 untuk setiap setengah jam.
Sekiranya PEMINJAM tidak memulangkan kereta dan melebihi 24 jam tanpa sebarang pesanan
atau maklumat adalah dianggap kenderaan tersebut dicuri dan laporan polis akan dibuat dengan
segera. Sebarang masalah yang timbul akan ditanggung sepenuhnya oleh PEMINJAM terbabit.
PEMINJAM mestilah menghubungi tuan kereta sekiranya ingin menambah masa pinjaman harian
berikutnya.

7. PEMINJAM dilarang sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah, yang menyalahi undang-
undang kerajaan Malaysia. Sebarang kes yang timbul adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh
PEMINJAM dan PENJAMIN terbabit. Ianya tiada berkaitan dengan PEMILIK kenderaan tersebut.
8. PEMINJAM tidak dibenarkan sama sekali menukar sebarang alat ganti terhadap kereta yang
dipinjam.

9. Kenderaan atau deposit wang tunai yang ditinggalkan adalah sebagai cagaran terhadap kereta
yang dipinjam. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kenderaan atau deposit wang tunai
terbabit tidak akan diserahkan kecuali bayaran ganti rugi dibayar sepenuhnya. Sekiranya
peminjam tidak mampu membayar ganti rugi tersebut, kenderaan atau deposit wang tunai
tersebut akan menjadi hak milik tuan punya kereta tersebut.

Anda mungkin juga menyukai